selamat sejahtera. terima kasih atas respon. mohon pencerahan lanjut, adakah sesuai jika saya terjemahkan "emerging adulthood" kepada "kedewasaan peralihan". manakala "emerging adult" kepada "dewasa peralihan"? terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "emerging adulthood' dan "emerging adult" dalam pangkalan data kami. Sekiranya istilah yang dicadangkan bertepatan dengan konsep yang ingin disampaikan, tuan boleh menggunakan istilah tersebut. | Istilah | 13.10.2015 |
apakah yang dimaksudkan anjakan paradigma | Anjakan paradigma bermaksud peralihan paradigma daripada satu lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik). | Makna | 21.12.2006 |
saya ingin mengatahui maksud sastera moden dan ciri-cirinya? | Sastera moden ialah peralihan bentuk pengucapan daripada yang bercirikan tradsional kepada ciri-ciri moden. salah satu ciri sastera moden ialah menggunakan sisitem tulisan. Untuk mendapatkan huraikan lebih lanjut, DBP telah menerbikan sebuah buku (2006) yang berjudul "Siri Lestari Sastera: Sejarah Kesusasteraan Melayu". Buku ini boleh di dapati di Kedai Buku DBP atau di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.09.2009 |
Penggunaan perkataan manakah yang tepat? Perpindahan antara Syarikat atau Pemindahan antara Syarikat? Perpindahan atau Pemindahan? | Mengikut Kamus Dewan, kata perpindahan bermaksud perihal perbuatan, kejadian berpindah, peralihan. Kata pemindahan perbuatan memindahkan (mengalihkan). Dalam istilah perniagaan, pemindahan ialah padanan bagi transference. Daripada keterangan ini, perpindahan antara syarikat merujuk pada peralihan syarikat boleh digunakan manakala pemindahan syarikat pula secara fizikal dipindahkan. Mohon kemukakan konteks penggunaan yang diperlukan agar kami dapat memberikan cadangan lain yang memenuhi keperluan pihak anda. | Istilah | 02.09.2014 |
berikan saya maksud martabat dan anjakan paradigma | Martabat ialah kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat. Anjakan paradigma ialah peralihan paradigma drpd satu lingkungan atau batasan kpd sesuatu yg baru (biasanya kpd yg lebih baik). Untuk keterangan lanjut atau mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 08.02.2009 |
Salam sejahtera pada pihak DBP, apakah isu yang sesuai dan boleh dikupas untuk saya kaji di dalam Hikayat Indera Nata? Dan apakah buku-buku rujukan yang boleh saya gunakan dalam kajian saya? Saya masih buntu dalam mencari tajuk kajian saya. | Hikayat Indera Nata digolongkan dibahagikan dalam zaman peralihan Hindu-Islam. Secara umum, pelbagai perkara boleh dikaji daripada teks tersebut. Di antara kajian tersebut ialah seperti berikut: Pemikiran dalam teks tersebut Teknik Naratif/penceritaan teks zaman peralihan Gaya Bahasa teks zaman peralihan Unsur-unsur Mitos, Dongeng, Fantasi dan sebagainya Konsep Wira dalam teks tersebut Konsep Kuasa dalam teks tersebut Unsur-unsur Islam dalam teks tersebut dll
Sekian, terima kasih | Lain-lain | 06.07.2009 |
Apakah maksud anjakan paradigma ? Apakah maksud pula modus operandi? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, anjakan paradigma bermaksud peralihan paradigma daripada satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang baru (biasanya kepada yang lebih baik). Modus operandi pula bermaksud cara (prosedur dan sebagainya) untuk melakukan (melaksanakan) sesuatu. | Makna | 03.08.2011 |
Adakah ayat ini betul? Masalah pencemaran semakin serius. Oleh itu, pelbagai anjakan paradigma haruslah dilakukan untuk membendung masalah ini. Terima kasih | Anjakan paradigma bermaksud peralihan atau perubahan daripada sesuatu keadaan atau lingkungan fikiran kepada keadaan atau lingkungan fikiran yang baru, biasanya yg lebih baik. Penggunaan ungkapan anjakan paradigma tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih sesuai dari aspek maknanya. | Tatabahasa | 09.02.2012 |
Tuan, Saya ada kemusykilan. Sekolah saya ada 2 sesi. Sesi pagi merangkumi sesi perdana (Tingkatan 4 & 5) dan Tingkatan 6 atau Pra Universiti manakala sesi petang adalah kelas-kelas dari Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1, 2 & 3. Ayat-ayat di bawah ini yang mana satu betul? 1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar perdana sesi pagi. atau Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana pagi. 2. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana petang. atau Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar perdana sesi petang. Bagaimana pula dengan tajuk di bawah? Yang mana satu betul? Dialog Prestasi Sesi Perdana Pagi atau Dialog Prestasi Perdana Sesi Pagi Dialog Prestasi Sesi Perdana Petang atau Dialog Prestasi Perdana Sesi Petang? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah ayat 1. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dikendalikan oleh guru-guru dan pelajar sesi perdana, manakala ayat 2. Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan diuruskan oleh guru-guru dan pelajar tingkatan sesi petang. | Lain-lain | 19.09.2019 |
selamat sejahtera. saya ingin bertanyakan mengenai terjemahan bagi perkataan Bahasa Inggeris "emerging adulthood" kepada Bahasa Malaysia yang diguna pakai dalam bidang psikologi perkembangan. terima kasih. | Cadangan terjemahan bagi "emerging adulthood" ialah peralihan dewasa. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.10.2015 |