Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berperam ki selalu tinggal di rumah sahaja; memeram 1. menyimpan buah-buahan dll (dgn membungkusnya dll) supaya lekas masak: ~ pisang; 2. ki menyuruh tinggal di rumah sahaja, memingit, mengurung; 3. ki menyim­pan, memendam (perasaan): bertahun-tahun Mamat ~ dendam; ~ hati ki menyimpan perasaan dlm hati; yg seorang ~ batu, yg seorang ~ pisang prb yg seorang dapat menunggu tetapi yg seorang tidak; terperam ki dipendam atau tersimpan dlm hati: mengeluarkan segala yg ~; peraman buah-buahan (tapai dll) yg diperam; pemeraman perbuatan memeram. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
peram
Kata Terbitan : memeram, terperam, peraman, pemeraman,

Puisi
 

Pisang berjantung tepi perigi,
     Masak sebiji diperam-peram;
Awan tergantung di langit tinggi,
     Dipukul angin tak senang diam.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Untuk membuat ikan wadik, ikan perlu diperam bersama-sama garam sekurang-kurangnya selama sebulan". Adakah "diperam" atau "diperap" lebih sesuai dalam konteks ini? Menurut Kamus online, "peram" lazimnya dipakai untuk penyimpan buah-buahan supaya masak. "Perap" pula memang boleh merujuk daging, ikan dan sebagainya, tapi mengikut fahaman umum, biasanya dipakai dalam konteks masakan.Salam sejahtera,

Dalam konteks tersebut, memeram atau diperam adalah lebih sesuai kerana takrif bagi memeram ialah "menyimpan (buah-buahan, ikan dan lain-lain) dalam tempoh yang agak lama setelah dibungkus, dilumurkan dengan garam, ditaburkan bahan kimia dan sebagainya supaya lekas masak, sebati, lebih sedap dan sebagainya."

Sila dapatkan kamus terkini terbitan DBP, iaitu Kamus Dewan Perdana yang terbit pada tahun 2020 untuk rujukan kosa kata yang lebih luas dan tuntas.
Makna16.11.2025

Kembali ke atas