Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.mah] | ڤرامه

Definisi : orang yg ramah, bersifat ramah: penumpangnya itu ~ orangnya; bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang drpd kawannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.mah] | ڤرامه

Definisi : 1 bersifat ramah: Ayu sangat ~. 2 orang yg ramah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ramah (adjektif)
Bersinonim dengan mesra, kencang, suka berkawan, pandai bergaul, receng mulut;,
Kata Terbitan : beramah-tamah, beramah-ramahan, meramahi, keramahan, keramah-tamahan, peramah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah paling tepat: a) Pak Cik Jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati. b) Pak cik jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati.Pak Cik Jaga yang setia memantau keselamatan pelajar sekolah itu seorang peramah dan baik hati, jika Jaga merujuk nama  seseorang.Ejaan21.05.2012
Ibu suka sikapnya yang peramah itu. Ayat ini sepatutnya "... suka akan ..."Ayat yang betul ialah "Ibu suka akan sikapnya yang peramah itu"Tatabahasa16.07.2013
Banyak orang/Ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. ramai orang betul atau banyak orang betul? atau kedua-duanya betul? apa rasionalnya?

Banyak/ramai orang suka akan waklil rakyat yang prihatin dan peramah itu. Banyak dan ramai kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. Dalam Kamus Dewan, banyak sama makna dengan bukan sedikit, tidak sedikit seperti orang dan sebagainya.

Tatabahasa04.09.2008
1. bagaimanakah imbuhan pe-(allomof bagi peN-)dan imbuhan per dibezakan apabila kata dasar yang bermula dengan huruf r-diterbitkan? cth1. peramah 2. peramal 3. peramai seperti contoh-contoh di atas, dari segi morfologi, bagaimana kita dapat tahu bahawa kata- kata dasar tersebut adalah bergabung dengan imbuhan berbentuk per- atau imbuhan berbentuk pe-(allomof bg peN-)? sebab dalam buku- buku tatabahasa tidak dinyatakan dengan jelas. sekian terima kasihTidak ada panduan khusus untuk memudahkan kita mengetahui apakah kata dasar (sama ada bermula dengan huruf R atau tidak) bagi kata terbitan pe- dan per-, melainkan merujuk kamus dengan kerap. Walau bagaimanapun ada sesetengah perkataan meman telah dimaklumi kata dasarnya kerana kebiasaannya kata terbitan bagi kedua-dua kata dasar (kata yang bermula dengan huruf dan bukan r) tidak sama, conthnya: peramal daripada kata dasar ramal, kerana bagi kata dasar amal antara kata terbitan yang ada ialah pengamal (peramal tidak ada). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 -115. Sila rujuk juga kajian-kajian ilmiah tentang tajuk ini.Tatabahasa25.07.2009
1. bagaimanakah hendak membezakan sesuatu kata dasar yang bermula dengan huruf r adalah digabungkan dengan imbuhan pe-(allomof bg peN-)atau imbuhan per-. contoh 1. peramah 2. peramai 3. peramal 2. bolehkah senaraikan kata-kata dasar yang bermula dengan huruf r yang bergabung dengan imbuhan per-? sekian terima kasihAwalan pe- mempunyai dua makna; i. orang atau benda yang mengalami perbuatan dalam kata dasar atau keadaan, contohnya petinju (orang yan bertinju), dan ii. oran yang melakukan kerja yan terkandung dalam maksud kata dasar, contohnya paramal (orang yang meramal). untuk maklumat lanjut tentan awalan pe- dan peN- sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halamn 108 - 116 dan rujuk juga Kamus Dewan untuk mendapatkan senarai kata yang bermula dengan huruf R serta kata terbitan daripada kata dasar yang bermula dengan huruf R (kata peramai tidak ada dalam Kamus Dewan).Tatabahasa25.07.2009
boleh ke penanda wacana seperti Lebih-lebih lagi dan Dengan ini digunakan di hadapan ayat? boleh tak Marcapada dan sementelahan digunakan sebagai penanda wacana ? bukankah kata2 tersebut ialah bahasa melayu klasik? boleh ke digunakan lagi?Lebih-lebih lagi digunakan dalam ayat bukan di hadapan ayat seperti dalam penggunaan berikut:  Mereka yang mempunyai sifat kegembiraan ini selalu murah rezeki, lebih-lebih mereka yang peramah dan berbudi bahasa. Dengan ini boleh digunakan di hadapan ayat seperti dalam penggunaan berikut: Dengan ini dimaklumkan bahawa ... . Kata marcapad dan sementalahan masih digunakan dalam penulisan.       Tatabahasa16.07.2008

Kembali ke atas