Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranan bahasa melayu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin bertanyakan soalan...bolehkah saya tahu,buku apakah yang boleh kita buat rujukan untuk lihat apakah fungsi dan peranan Bahasa Melayu?saya tidak mahu menggunakan sepenuhnya maklumat daripada internet...jadi saya mahu tugasan Bahasa Melayu Komunikasi saya ada sumber rujukan buku..terima kasih...Beberapa buku yang boleh tuan jadikan rujukan seperti Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun tinggi, terbitan DBP. Untuk melihat senarai buku yang berkaitan untuk tuan jadikan rujukan, klik peranan+bahasa+melayu&d=9">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=peranan+bahasa+melayu&d=9.Lain-lain16.11.2012
apakah peranan bahasa melayu di dalam bidang pentadbiran,kehakiman,pendidikan,keagamaan,perniagaan,teknologi maklumat,hiburan?Peranan bahasa Melayu dalam kesemua bidang yang dinyatakan  adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan.  Lain-lain27.03.2008
Assalamualaikum, saya sedang menyiapkan assigment saya yan bertajuk " Peranan bahasa dalam pembinaan tamadun". saya ingin mendapatkan maklumat mengenai pencemaran bahsa melayu di kalangan rakyat negara kita pada hari ini. selain itu juga, saya ingin mengetahui tentang peranan bahasa melayu dalam pembinaan Tamdun Melayu.Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP) atau mendapatkan maklumat/ membuat rujukan melalui buku-buku atau majalah-majalah terbitan DBP.Lain-lain22.08.2007
APAKAH PERANAN SEBENAR BAHASA MELAYU DALAM KEHIDUPAN MODEN PADA HARI INI? DAN BAGAIMANA FUNGSI INI MAMPU UNTUK BERTAHAN PADA MASA HADAPAN?

Sila rujuk bahan ini :

1. Peranan bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun tinggi oleh Abd Rahman Yaakub. DBP : 2004

   

Lain-lain31.01.2008
apakah peranan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar? mengapakah perkataan bahasa malaysia ditukar kepada bahasa melayu?Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan soalan ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Perancangan Bahasa Melayu karya Awang Sariyan, Buku Tatabahasa Dewan atau membuat rujukan pada majalah-majalah terbitan DBP atau berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP (PDM DBP).Lain-lain27.08.2007
apa peranan bahasa melayu di dalam perniagaanBahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar sistem persekolahan, kemudian diangkat sebagai bahasa ilmu pengetahuan, bahasa perpaduan, bahasa komunikasi sosial dan bahasa teknologi maklumat. Dalam sektor perniagaan, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa pentadbiran, bahasa perniagaan (pemasaran, iklan, promosi,dll) kerana bergantung pada bidang yang diniagakan, pelanggannya terdiri daripada penduduk majoriti.Lain-lain17.02.2008
Kaitkan peranan Bahasa Melayu dengan jatidiri dan wawasan negara.Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan, Setiap rakyat harus mematuhi peruntukan ini. Kita perlu memelihara dan mendaulatkan bahasa kebangsaan kita dan mempunyai rasa bangga dan megah diri terhadap bahasa kita. Untuk mencapai wawasan negara bM berperanan sebagai bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa perhubungan.Lain-lain15.11.2007
apakah fungsi bahasa melayu dan peranannya terhadap perpaduan negara

Sila rujuk bahan ini :

1.Fungsi Dinamik Bahasa Melayu oleh Asiah Idris. Jurnal Dewan Bahasa : Mei 1995

2. Peranan bahasa melayu dalam pembinaan tamadun tinggi oleh Abd. Rahman Yaakub DBP : 2004

3.Bahasa Melayu jambatan Perpaduan oleh F.P Chew. Pelita Bahasa : Januari 2004

.

   

   
Lain-lain31.01.2008
Apakah hubung kait peranan Bahasa Melayu dengan jati diri rakyat Malaysia dan wawasan negaraBerdasarkan Perlembagaan Persekutuan, ada tiga ciri utama bangsa Melayu; beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Gabungan tiga unsur ini membentuk identiti yang unggul dan ampuh. Aspek kedua yang mesti dipertahankan ialah bahasa Melayu. Bahasa tidak dapat dipisahkan daripada bangsa. Pepatah Melayu mengatakan bahasa jiwa bangsa. Kekuatan sesuatu bahasa terletak pada keupayaannya menjadi wahana ilmu yang dilambangkan menerusi penulisan dan komunikasi pelbagai bidang ilmu. Itulah jati diri Melayu asli, tulen dan murni. Jati diri yang mesti dipertahankan, dicontohi dan diteladani yang memperkembangkan sahsiah, keyakinan diri, keimanan, memperteguhkan semangat, jati diri dan kecintaan terhadap agama, bangsa dan tanah air.Lain-lain19.07.2007
saya ingin bertanyakn mengenai peranan bahasa melayu dalam beberape aspek seperti berikut: 1. sebagai bahasa kebangsaan 2. sebagai bahasa rasmi 3. sebagai bahasa perpaduan 4. sebagai bahasa ilmu 5. sebagai bahasa komunikasi sosial saya juga ingin tahu beberapa lagi aspek bahasa melayu mengenai: 1. perkembangan terkini dan pemantapan bahasa melayu di alaf baru 2. pembakuan bahasa yang mantap 3. perkamusan 4. ejaan 5. peristilahan 6. tatabahasa 7. sebutan dan bagaimanakah caranya memartabatkn bahasa melayu dan mempraktikkan bahasa inggerisBagi membantu saudar mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, sususr Galur Bahasa Melayu atau buku Perancangan Bahasa Melayu atau boleh membuat rujukan di Pusat Dakumentasi Melayu DBP(PDM DBP)Lain-lain27.08.2007
12345678910...

Kembali ke atas