Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perancis


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"akan ke Perancis dan ke Belanda" atau "akan ke Perancis dan Belanda" Penyataan yang manakah lebih tepat dan sesuai? Mengapakah penyataan tersebut lebih tepat?

"akan ke Perancis dan ke Belanda"

Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.

Tatabahasa26.03.2011
ejaan sebenar untuk perkataan negara PerancisMengikut Kamus Dewan Inggeris-Melayu, ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah Perancis, manakala ejaan dalam bahasa Inggeris ialah France. Walau bagaimanapun, tuan/puan bolehlah merujuk Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai ejaan yang betul nama-nama negara.Lain-lain17.03.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ejaan manakah yang betul, Perancis atau Peranchis? Kedua-dua ejaan ini ada tercatat dalam data DBP. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Perancis.Ejaan27.05.2014
Salam DBP, Saya nak tahu, adakah penggunaan istilah bahasa Inggeris yang tiada erti yang sesuai; seperti "Arrondissement"? (juga diakui oleh ahli sastera bahasa Inggeris sendiri bahawa tiada maksud sesuai bagi istilah bahasa Perancis "aʁɔ̃dismɑ̃") Secara kasarnya bermaksud "daerah", lebih etimologi tepat, tetapi kurang kiasan, definisi akan menjadi '''kepungan''', dari bahasa Perancis ''arrondir''. Tetapi oleh kerana Perancis sendiri terlalu banyak pembahagian (daripada bahagian arrondissement, dibahagikan lagi menjadi komun dan kanton), istilah "daerah" atau "mukim" tidak sesuai kerana maksudnya lari dan tidak sesuai dengan perkataan harian Bahasa Melayu. Jadi adakah saya boleh menggunakan istilah "Arrondissement" secara terus dari BI untuk menyatakan maksud pembahagian kuasa kawasan di Perancis, kerana BM juga belum ada istilah sesuai untuk istilah tersebut? (Komun dan kanton mudah untuk ditranslisasikan daripada BI, "Commune" dan "Canton") Dan begitu juga perkataan lain yang masih belum ada terjemahan BM, bolehkah saya translisasikan sahaja perkataan yang tiada maksud dalam BM, jika boleh?Soalan ini akan dipanjangkan  kepada Bahagian Perkamusan untuk mendapatkan bantuan jawapan.  Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel.  Terima kasihLain-lain16.06.2017
Salam sejahtera Saya merupakan penuntut di sebuah universiti luar negara. Sepanjang tempoh pengajian, kebanyakan masyarakat tempatan yang saya temui menunjukkkan minat yang kuat terhadap Malaysia dan bahasa pertuturan rakyatnya. Soalan yang sering diajukan adalah : Apakah nama bagi rakyat ( Perancis )* dalam bahasa melayu? *negara Jawapan yang saya beri : orang perancis Soalan saya adakah terdapat kata adjektif untuk setiap rakyat sesuatu negara? Jika ya, mungkin saya cetek ilmu bahasa sendiri. Jika tidak, perlu diwujudkan supaya memudahkan masyarakat.

Encik Mohd Khairul,

Memang tidaka ada kata adjektif bagai nama setiap rakayat bagi sesuatu negara. Mungkin Encik keliru dengan panggilan orang putih. Ini gelaran yang diberikan kepada orang Inggeris.

Lain-lain02.10.2010
apakah penterjemahan bahasa melayu bagi nama-nama negara berikut: Czech Republic Faeroe Islands Federal Republic of Germany Perancis Gibraltar Grand Duchy of Luxembourg Greece Greenland Hungary Ireland Italy Kingdom of Belgium Kingdom of Denmark Kingdom of Norway Kingdom of Spain Kingdom of Sweden Kingdom of the Netherlands People's Republic of China Portuguese Republic Principality of Andorra Principality of Liechtenstein Republic of Austria Republic of Bulgaria Republic of Cyprus Republic of Estonia Republic of Finland Republic of Iceland Republic of Indonesia Republic Of Korea Republic of Latvia Republic of Lithuania Republic of Malta Republic of Poland Republic of San Marino Republic of Singapore Republic of Slovenia Romania Saint Pierre and Miquelon Slovak Republic State of Israel Swiss Confederation Ukraine United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland United States of America dan dimanakah sumber rujukan untuk penterjemahan nama negara yang tepat?

Penterjemahan bahasa Melayu bagi nama negara luar adalah seperti yang disenaraikan dalam Garis Panduan Penentuan Nama Geografi,Edisi Kedua, 2006 yang diterbitkan di Malaysia oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Penyemakan dan penterjemahan03.12.2014
apa maksud repondez s'il vous plait

Puan,

Ungkapan ini ialah ungkapan dalam bahasa Perancis yang bermaksud 'sila jawab'. 

Makna24.05.2010
BAHAN RUJUKAN TENTANG BUKU GENRE SASTERA ZAMAN RENAISANCE ?Sila rujuk di mana-mana perpustakaan - bahan yang terlibat selepas Revolisi Perancis terutama karya-karya Shakespeare. Sekian, teima kasih.Lain-lain10.10.2008
Saya tidak faham kata nama khas boleh diubah seperti Amerika Syarikat (America), Penang (Pulau Pinang), Johore Johor), Klang Valley (Kuala Lumpur), Perancis (France)... perkara ini diterima pakai dalam penulisan umum.Apa yang berlaku bukanlah perubahan pada nama khas yang tersebut tetapi penggunaan dalam dua bahasa yang berbeza seperti United States of Amerika dalam bahasa Melayu ialah Amerika Syarikat, Penang dalam bahasa Melayu ialah Pulau Pinang dan Klang Valley dalam bahasa Melayu ialah Lembah Klang.Ejaan14.02.2012
kalang II; kalangan 1. lingkungan, golongan: sajak ‘Sidang Roh’ oleh Kassim Ahmad mendapat reaksi yg keras drpd berbagai-bagai ~; di ~ orang Melayu; di ~ mahasiswa; di ~ negara Barat hanya Perancis berusaha mencapai matlamat dasar luar negeri;--contoh di atas adalah dari kamus dewan. 1) Menurut jawapan yang diberikan oleh pihak DBP dalam khidmat nasihat, tuan menyokong "dlm kalangan". "dlm kalangan" tidak pernah muncul dlm contoh ayat kamus dewan dan hanya muncul dlm majalah. Jadi, adakah ini bermakna contoh dari kamus dewan tidak gramatis? 2) "Puan Siti sayangkan anaknya." Penggunaan "sayangkan" gramatis atau tidak? "sayangkan" terdapat dlm kamus dewan dan adakah penggunaan ini hanya untuk pantun?Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan kamus umum yang pengumpulan datanya dibuat berdasarkan kajian korpus. dari segi penggunaan dalam korpus yang dikaji frasa 'di kalangan' dan 'sayangkan anak' digunakan dengan meluas. Walau bagaimanpun frasa yang lebih tepat adalah 'dalam kalangan'. Kata sendi 'di'  digunakan untuk merujuk tempat.  Ayat yang betul ialah Puan Siti menyayangi anaknya atau Puan Siti sayang akan anaknya.    Tatabahasa06.03.2008
1234

Kembali ke atas