1. Makin hari perangainya makin menjadi-jadi. 2. Kereta baru keluaran Proton itu amat bergaya sekali. 3. Bapa pengantin lelaki tidak menang tangan melayan tetamu yang datang. Adakah ketiga-tiga ayat di atas ini betul? Kalau salah tolong terangkan kesalahan pada ketiga-tiga ayat tersebut. 4. Pokok ciku madu ditanam di halaman kebun datuk saya. bolehkah perkataan "halaman" digunakan dalam ayat ini. 5. Dua orang pelancong itu telah tersesat di dalam hutan. Adakah perkataan 'pelancong' dalam ayat ini betul? 6. Telefon bimbitnya rosak kerana terjatuh. Adakah kegunaan perkataan 'telefon' dalam ayat ini betul. 7. Murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. "kokurikulum" dalam ayat ini betul tak? semua ayat ini dikatakan salah dalam buku kerja yang saya gunakan, saya minta tuan terangkan apakah kesalahan dalam ayat-ayat tersebut. saya tidak faham apakah kesalahannya. sekian terima kasih. | 1. Makin hari perangainya makin menjadi-jadi. 2. Kereta baru keluaran Proton itu amat bergaya sekali. 3. Bapa pengantin lelaki tidak menang tangan melayan tetamu yang datang. Ketiga-tia ayat tersebut betul dan tiada kesalahan. 4. Pokok ciku madu ditanam di halaman kebun datuk saya. - halaman menunjukkan kawasan perkarang rumah, oleh itu kata halaman tidak sesuai dalam ayat ini. 5. Dua orang pelancong itu telah tersesat di dalam hutan. - perkataan pelancon boleh digunakan dalam ayat ini. 6. Telefon bimbitnya rosak kerana terjatuh. - Penggunaan perkataan telefon adalah betul. 7. Murid-murid perlu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. - Penggunaan perkataan kokurikulum dalam ayat ini adlah betul. | Tatabahasa | 07.12.2009 |
PERTANYAAN MENGENAI AYAT SONGSANG BAIK SUNGGUH PERANGAINYA. UNTUK AYAT INI, MANA BAHAGIAN SUBJEK? MANA BAHAGIAN PREDIKAT? APAKAH POLA AYATNYA? MAKLUM BALAS AMAT DIHARAPKAN. TERIMA KASIH DIDAHULUKAN. | Subjek (perangai) dan predikat (baik sungguh). Pola ayat ialah Frasa Nama + Frasa Adjektif. | Tatabahasa | 03.03.2015 |
Maksud peribahasa berikut dan ayat yang sesuai: i. Kalau ada asap tentu ada api ii.Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga iii.Seperti harimau menyembunyikan kukunya | i. Peribahasa kalau ada asap tentu ada api bermaksud tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya. ii. Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga bermaksud bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik. iii. Seperti harimau menyembunyikan kukunya bermaksud orang yang menyembunyikan kelebihannya. | Lain-lain | 08.08.2011 |
i dan kan bagaimana digunakan dan bila sesuail untuk digunakan | Akhiran -kan digunakan wujud atau digunakan dua jenis ayat tertentu sahaja, iaitu 1. dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua (Rencana-rencana itu saya bukukan), dan 2. dalam ayat suruhan (Belikan saya sepasang kasut). Seperti akhiran -kan akhiran -i juga wujud atau digunakan dalam dua bentuk ayat, iaitu 1. dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua (Perangainya yang baik itu akan kami contohi), dan 2. dalam ayat suruhan (Contohilah teladan yang baik itu). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 183 hingga 190. | Tatabahasa | 21.02.2009 |
Apakah perbezaan antara suka dan sukai, gemar dan gemari. Boleh berikan contoh dan cara penggunaan yang betul dari segi tatabahasa? Terima kasih. | Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -i untuk membentuk kata kerja. Contohnya perkataan suka dan gemar, pada asalnya merupakan kata adjektif. Walau bagaimanapun, apabila perkataan tersebut menerima akhiran -i, iaitu sukai dan gemari, golongan katanya berubah menjadi kata kerja. Kata kerja ini hanya wujud dalam dua bentuk kata, iaitu: i. Dalam ayat pasif bagi orang pertama dan kedua. Contoh dalam ayat, Perangainya yang baik itu akan kami contohi. ii. Dalam ayat suruhan. Contoh dalam ayat, Tolong baiki basikal yang rosak ini. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 117-121 dan 183- 190. | Tatabahasa | 17.03.2021 |