Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ra.ngi.nan] | ڤراڠينن

Definisi : 1. tempat beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk ber­istirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ra.ngi.nan] | ڤراڠينن

Definisi : ; tempat ~ tempat beristirahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peranginan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagi pendapat pihak tuan adakah penggunaan kata penguat dalam ayat berikut adalah betul? Amat terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Amat sungguh terindah pemandangan pulau peranginan itu. Sungguh amat terindah pemandangan puau peranginan itu.

Ayat yang betul ialah Sungguh amat indah pemandangan pulau peranginan itu. Penggunaan kata adjektif dalam ungkapan darjah penghabisan dapat dilakukan mengikut cara-cara yang berikut:

i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama : sepandai-pandai tupai, setinggi-tinggi gunung

ii. ter + kata adjektif : terbaik, tercantik

iii. paling + kata  adjektif : paling lazat, paling pandai

iv. kata adjektif + sekali : besar sekali, cantik sekali

v. ter + amat/sungguh + kata adjektif : teramat baik, teramat cantik

vi. amat/sungguh/sangat + kata adjektif + sekali : sungguh tinggi sekali,

Untuk makluman saudara, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah, sangat kurang sopan, terlalu amat pedih. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 244 dan 410 . 

Tatabahasa09.12.2010
Tuan, merujuk(Kamus Dewan Edisi Keempat), definasi bagi tempat peranginan bermaksud beristirahat atau berangin-angin (rumah atau bahagiannya); 2. = tempat ~ = kawasan ~ tempat utk ber­istirahat yg biasanya agak jauh dr bandar (spt di tepi pantai, di puncak bukit, dsb). Di sini, saya ingin tahu, zoo adakah juga termasuk sebagai tempat peranginan? Minta pencerahan. Terima kasihBerdasarkan Kamus Pelajar, tempat peranginan bermaksud  tempat orang pergi berehat (di tepi pantai dan lain-lain). Secara tidak langsung zoo juga merupakan tempat untuk berehat, namun penggunaan yang lebih tepat ialah tempat pelancongan.Tatabahasa04.09.2021
salam tuan, saya menghadapi masalah untuk menerangkan penggunaan kata penguat dalam ayat di bawah. Sungguh amat indah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu.(PMR 2010). Terima kasih.Sungguh dan amat kedua-duanya kata penguat hadapan dan penggunaan salah satu daripada perkataan tersebut telah memadai. Oleh itu, ayat yang betul ialah sungguh indah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu atau amat indah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu.Tatabahasa09.04.2013
"waterfront" adakah sesuai digunakan kawasan dermaga sekiranya ia berunsur kawasan peranginan dan tempat release tensionDalam pangkalan data kami terdapat contoh penggunaan waterfront city yang diterjemahkan kepada bandar persisiran, bermaksud padanan waterfront ialah persisiran.  Istilah30.05.2011
Adakah perkataan "resort" dimasukkan dalam perkataan Bahasa Melayu? Apabila perkataan "resort "digunakan dalam buku bahasa Melayu, perlukah guna font italic?

Padanan bahasa Melayu bagi resort ialah tempat peranginan.

Jika ia nama khas yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tidak perlu italik bagi perkataan "resort", tetapi jika ia bukan nama yang telah berdaftar, sila gunakan perkataan dalam bahasa Melayu yang baik dan betul iaitu tempat peranginan. Jika perkataan dalam bahasa Inggeris hendak digunakan, perkataan tersebut perlu italik.

Lain-lain07.10.2021
Seorang 'ulat bilik' berusia 31 tahun nyaris maut selepas ditikam oleh sekumpulan lelaki kerana cuba memonopoli semua bilik sebuah hotel di pusat peranginan Genting Highlands semalam. - Mstar online Apakah maksud 'ulat bilik' ? Terima kasih.Contoh penggunaan kata ulat yang  selalu digunakan dalam frasa ialah ulat buku yang bermaksud seseorang yang sangat rajin membaca buku. Manakala bagi contoh yang membawa maksud negatif ialah seseorang yang menjalankan kegiatan tidak mengikut peraturan yang betul seperti ulat teksi. Dalam contoh ayat yang diberikan, gambaran  ulat bilik  tidak ada dalam rujukan kami. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mendapatkan maklumat lanjut.Makna03.09.2009
Seperti berkepil.1. Permata pantai Timur, 2. Tempat bermula Budaya Melayu, 3. Permata Utara, 4. Jelapang Padi Malaysia, 5. Keajaiban Alam Semula Jadi Silam, 6. Bandaraya Bersejarah, 7. Bandar bersejarah dan Pulau Peranginan, 8. Penjelajahan Tanpa Henti, 9. Taman Pulau Borneo, 10. Ibu Kota Bercahaya Malaysia, 11. Gerbang Selatan, 12. Anugerah Alam Semula Jadi, 13. Bandar Taman Bestari.Makna27.12.2006
MAKNA PERKATAAN "SENTOSA" DAN "VILLA" SECARA TERPERINCI.Sentosa bermaksud aman dan tenteram,bebas daripada segala bencana,sejahtera, selamat. Vila bermaksud rumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota atau di tempat peranginan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman  1456 dan 1790. Makna06.03.2008
saya ingin merujuk kepada pihak tuan berkaitan soalan PMR 2010 baru-baru ini iaitu : Tandakan sama ada A,B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. Sungguh amat terindah pemandangan di sekitar pulau peranginan di negeri Sabah itu. A. amat terindah B. sungguh amat indah C. amat sungguh terindah D. sungguh amat terindah saya dan rakan-rakan sudah merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan namun tiada jawapan yang memuaskan dapat diberikan. pohon kerjasama pihak tuan untuk menyelesaikan masalah ini. Cikgu Amir AzhaBerdasarkan rujukan kami, tidak ada jawapan untuk soalan yang tersebut. Jawapan B, C dan D adalah salah kerana darjah penguat tidak boleh hadir beriringan. Jawapan A juga salah kerana tidak ada bentuk amat/sungguh + ter + adjektif (amat terindah), yang ada ialah ter + amat/sungguh + adjektif  (teramat indah).Tatabahasa20.10.2010
maksud hotel,resort,chalet,motel,hostel,INN hotel,TRAVEL hotel,CITY hotel,SPA hotelMaksud ungkapan yang saudara perlukan adalah seperti yang berikut: 1.hotel-bangunan tempat penginapan yg menyediakan makanan dan perkhidmatan-perkhidmatan lain utk orang luar yg datang mengunjungi sesuatu tempat.2.resort-tempat peranginan.3.motel-hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa. 4. hostel- bangunan tempat penginapan utk pelajar dll, asrama. 5.INN hotel-hotel murah.6.TRAVEL hotel-hotel kembara.7.CITY hotel-hotel bandar. 8.SPA hotel-hotel SPA. l,INN hotel,TRA,CITY hotel,SPA hotelMakna22.08.2007
12

Kembali ke atas