Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ras] | ڤرس

Definisi : ; memeras 1. memerah: ~ kelapa; ~ keringat ki bekerja keras; ~ otak ki berfikir (belajar) bersungguh-sungguh; 2. mengambil keuntungan yg berlebih-lebihan drpd orang, menindas: mereka sudah mengetahui bahawa orang tengah itulah yg selama ini ~ mereka; ~ tenaga membanting tulang; ~ tenaga orang membuat orang bekerja utk keuntungan sen­diri; 3. = memeras ugut; perasan hasil memeras, perahan; pemerasan perbuatan memeras, pemerahan: saya berazam akan merampas segala hak mereka yg didapati dgn ~ itu; pemeras 1. orang yg memeras, pemerah; 2. (alat) utk memeras; mesin ~ mesin utk memeras. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ras] | ڤرس

Definisi : Mn 1. licin; 2. rata; ®paras II. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ras] | ڤرس

Definisi : ; memeras 1 meramas sesuatu supaya keluar airnya dll; memerah: ~ susu lembu. 2 mengambil untung banyak-banyak drpd orang lain; menindas: Sekarang mereka tidak dpt lagi ~ kaum tani. 3 meminta wang dll dgn ugutan: Dia telah ditangkap kerana ~ seorang pekedai kecil. perasan 1 yg terhasil drpd memeras; perahan. 2 tindakan mengambil untung banyak-banyak atau meminta wang dll dgn ugutan. pemerasan perbuatan (hal) memeras: Riba ialah satu cara ~ terhadap orang yg menderita. pemeras 1 orang yg memeras. 2 alat utk memeras: ~ kelapa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peras
Kata Terbitan : memeras, pemerasan, pemeras,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. kebelakangan ini, kes peras ugut semakin menjadi-jadi. adakah belakangan ini merupakan diksi yang lebih betul yang membawa maksud baru-baru ini/ akhir-akhir ini.Perkataan 'belakangan' yang digunakan dalam ayat ini betul.Kata ini juga membawa maksud baru-baru ini atau akhir-akhir ini.Tatabahasa20.08.2010

Kembali ke atas