Tuan, objek abstrak boleh digandakankah? Contoh: 1. ciri-ciri 2. contoh-contoh 3. kesan-kesan 4. kepentingan-kepentingan 5. faedah-faedah 6. aktiviti-aktiviti/kegiatan-kegiatan 7. perasaan-perasaan 8. pandangan-pandangan | Tidak perlu digandakan perkataan tersebut, tunggal atau jamak boleh ditentukan berdasarkan konteks ayat yang digunakan. | Tatabahasa | 11.05.2014 |
Soalan Kata Tanya: Apakah perasaan anda? atau Bagaimanakah perasaan anda? | 'Bagaimanakah perasaan anda' lebih tepat kerana 'bagaimana' merupakan kata tanya untuk menanyakan hal. Manakala 'apa' ialah kata untyuk menanyakan nama. | Tatabahasa | 24.03.2008 |
1)(Apakah)perasaan anda? 2)(Bagaimanakah )perasaan anda? YANG MANA SATU KATA TANYA BETUL ATAUPUN KEDUA-DUA PUN BETUL? | Ayat Tanya yang betul ialah, Bagaimanakah perasaan anda? | Tatabahasa | 21.04.2015 |
Perasaan Mak Limah benar-benar ( terluka , terharu ) dengan perbuatan anak-anaknya. Apakah jawapan yang paling sesuai ? Terima kasih.. | Perasaan Mak Limah benar-benar terluka dengan perbuatan anak-anaknya. Terluka bermaksud perasaan yang sakit, pedih kerana kecewa. | Tatabahasa | 24.09.2009 |
Apakah kata seru yang boleh digunakan untuk melahirkan kegembiraan? Cthnya jika B Inggeris ada 'hurray' atau 'yay', bagaimana dgn B m'yu? | Merujuk buku Tatabahasa Dewan, tidak semua kata seruan yang disenaraikan dapat melahirkan pelbagai perasaan termasuklah perasaan gembira. Berdasarkan contoh dalam Kamus Dewan 'hurray' dalam bahasa Inggeris diterjemahkan kepada 'hore' seperti dalam contoh ayat: Hore, kita menang! | Tatabahasa | 15.04.2011 |
1. Apakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? 2. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula ? Ayat tanya manakah yang betul ? Mengapa ? 1. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini pada peringkat antarabangsa ? 2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa ? kata sendi manakah yang betul di dalam dua ayat di atas ? Segala tunjuk ajar dan pertolongan yang diberikan, saya mengucapkan terima kasih. | 1. Bagaimanakah perasaan Mohan sebelum pertandingan bermula? Bagaimana berfungsi sebagai kata tanya untuk menanyakan hal, manakala "apa" berfungsi sebagai kata untuk menanyakan nama termasuklah jenis, sifat, dan lain-lain sesuatu (bukan manusia. 2. Beliau berjaya menyertai pertandingan ini di peringkat antarabangsa. Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, manakala kata sendi nama "pada" berfungsi untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. | Tatabahasa | 18.05.2009 |
Salam, saya ingin tahu apakah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan takut apabila melihat pokok-pokok yang tinggi di dalam hutan. Bolehkah perkataan 'gayat' digunakan untuk menggambarkan perasaan itu? Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, gayat bermaksud takut untuk melihat sesuatu dari atas ke bawah. Tetapi, dalam kes ayat yang saya berikan, perasaan takut itu datang apabila melihat sesuatu yang besar dan tinggi dari bawah. Bolah saudara@saudari jelaskan? Terima kasih. | Tuan/puan boleh menggunakan perkataan "gerun" bagi mengambarkan keadaan di atas. Gerun membawa maksud takut, ngeri, gamang: dia gerun dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka; menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh; kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam; penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~. | Istilah | 23.05.2013 |
saya menenangkan perasaan mangsa supaya bersabar. ayat ini adalah betul? | ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 20.07.2017 |
Mana jawapannya? Perasaan Mak Cik Aini........apabila mengenangkan.........anaknya berada di perantauan menjelang pagi hari raya. A. pilu....kekandasan B.sedih...kegagalan C.sakit...kelemahan D.sedih...kemanjaan | Tidak ada jawapan yang sesuai. | Tatabahasa | 11.07.2012 |
"Perasaannya dan Ali" atau "perasaan dia dan Ali"? Terima kasih. | Frasa "Perasaannya dan Ali" dan "perasaan dia dan Ali - kedua-duanya betul kerana menggunakan kata ganti nama dalam kategori yang sama iaitu kata ganti diri diri orang ketiga "dia" dan "-nya". Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 87. | Tatabahasa | 16.10.2017 |