Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
syarikat (kata nama)
Bersinonim dengan badan perniagaan, perkongsian, firma, kompeni;,
Kata Terbitan : persyarikatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan memaklumi betul pada ayat dibawah? Memaklumi Syarikat dengan segera jika pekerja melanggar peraturan Syarikat. Adakah oenggunaan "memaklumkan" lebih tepat?Untuk makluman, perkataan yang lebih tepat ialah "memaklumkan". Akan tetapi, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat, "Sila memaklumkan kepada pihak syarikat dengan segera jika terdapat pekerja yang melanggar peraturan".Tatabahasa28.12.2016
Assalammualaikum Tuan, Saya bernama Shamsul Izuan bin Sapiin. Bertugas sebagai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran di Unit Inspektorat & Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami sekarang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah kesalahan Peraturan 16A(2)(b) iaitu perkara yang dilarang pada bungkusan atau label hasil tembakau. Disertakan keratan Peraturan 16A(2)(b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Kesalahan syarikat ini adalah di mana telah menyatakan satu perkataan pack sleve di bungkusan kotak rokok dengan perkataan “ #1 MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND” - Disertakan gambar sebagai rujukan. Oleh itu, pihak kami memohon jasa baik tuan, untuk memberi tafsiran perkataan di atas samada iainya berbentuk kualiti atau pengredan. Pihak kami akan membuat rakaman secara bertulis ke atas pihak tuan bagi membantu siasatan dalam kes ini. Pihak tuan boleh berhubung seperti nama di atas di talian : 01110022740. Kerjasama dari pihak tuan, kami ucapkan ribuan terima kasih. Shamsul Izuan bin Sapiin Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Unit Inspektorat & Perundangan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Tel : 01110022740Kebiasaannya tanda pagar pada perkataan tidak boleh diterjemahkan kerana digunakan oleh sesebuah organisasi yang menjalankan kempen pada produk. Cadangan terjemahan bagi MEVIUS GLOBAL CHARCOAL FILTER BRAND ialah "JENAMA PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS" atau cukup sekadar "PENAPIS ARANG GLOBAL MEVIUS". Bagi kualiti atau pengredan sesuatu produk pula, ini merupakan luar bidang kuasa pihak kami. mohon tuan merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab yang mengawal selia bagi pengeluaran rokok di Malaysia.
 
Makna03.03.2022
Assalamualaikum...salam sejahtera... Saya nak bertanya...perbezaan ejaan saidina dengan saiyidina...contoh...saidina ali. Soalan 2 Maksud mengawal selia... Maksud mengawasi.... Terima kasih.Alaikumussalam.
Ejaan yang tepat ialah "sayidina"

Mengawal selia berasal daripada perkataan kawal selia yang bermaksud: tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan.

Mengawasi pula bermaksud: memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat;
Ejaan11.11.2014
Selamat petang Tuan, Saya dalam proses pemohonan daftar iklan. Boleh saya tahu apa peraturan untuk memenuhi papan ikhlan bahasa. Contohnya, papan iklan mesti ada bahasa melayu atau nama penuh syarikat baru boleh mendapatkan kelulusan dari Dewan Bahasa. Atas bantuan amat dihargai. Terima kasih. Lim Junyi

Pihak DBP hanya menyemak dan mengesahkan penggunaan bahasa Melayu sahaja dalam iklan. Nama premis perniagaan perlulah sama dengan nama perniagaan yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau MyIPO. Jika ingin menggunakan nama yang lain, sila pilih dan gunakan nama dalam bahasa Melayu sepenuhnya dengan maksud yang baik.



Lain-lain25.06.2021
Apakah perkataan tataurusan boleh digunakan? Mohon penjelasan penggunaan perkataan tersebut Terima kasih.Perkataan tataurusan boleh digunakan. Maksud perkataan tersebut ialah cara dan peraturan untuk mengurus sesuatu, sistem pengurusan. Contoh ayat: Tataurusan syarikat itu akan disusun semula.Makna19.01.2018
Adakah terjemahan yang dilakukan sesuai untuk kualiti polisi ISO untuk syarikat idaman pharma ?1. Menghasilkan produk farmaseutikal  secara  konsisten, dengan mematuhi piawaian antarabangsa dan piawai yang berkaitan demi kepentingan kualiti, identiti, keberkesanan dan keselamatan serta memenuhi kehendak pelanggan.  

2. Mematuhi Amalan Pengilangan Baik, Terkini dan Mematuhi Peraturan
3. Menggunapakai, Mengekal dan Menambah Baik Sistem Pengurusan Kualiti secara berterusan. 
4. Menggunakan Teknologi Terkini.
5. Fokus kepada Pembangunan Tenaga Mahir.
6. Mengguna Pakai Pembaikan Secara Berterusan.
7. Kualiti adalah tangungjawab semua.
8. Penyata polisi ini akan dikaji semula dan disampaikan kepada semua kakitangan agar mematuhi polisi ini dengan taat.

Tatabahasa05.09.2014
Kenapa singkatan nama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Ke-2 ditulis klia2 sedangkan mengikut peraturan sepatutnya KLIA2? Kenapa tidak ditulis dalam bahasa rasmi negara LTAKL2? Kenapa bahasa Melayu diabaikan? Terima kasih.Dewan Bahasa dan Pustaka melaksanakan  pemantauan penggunaan bahasa dalam semua media termasuklah media peragaan dan paparan. Pemantauan kesalahan penggunaan bahasa yang dibuat berserta dengan pembetulannya  akan dikemukakan kepada pihak-pihak berkenaan untuk diambil tindakan pembetulan dan sebagainya.   

Usaha pemantauan memang dilakukan termasuklah surat-surat teguran yang dihantar kepada syarikat atau agensi kerajaan yang melakukan kesalahan dalam apa juga jenis paparan yang ditujukan untuk umum. 


Terima kasih kerana peka dengan kesalahan dan perkara berkenaan dan amatlah kami hargai.
Tatabahasa09.05.2014
Tuan, adakah ayat "Dia pernah kenal gadis itukah?" harus dibetulkan kepada "Pernah mengenal gadis itukah dia?" ? Betulkah predikat "pernah mengenal gadis itukah" perlu didepankan kerana adanya kata penegas -kah pada kata "itu"? Atau sebahagian daripada predikat sahaja yang perlu didepankan? Jika sebahagian predikat, bahagian predikat manakah yang wajar didepankan? Bolehkah bahagian "gadis itukah" sahaja yang didepankan, membentuk ayat: Gadis itukah dia pernah mengenal? Bolehkah ayat ini "Gadis itukah dia pernah mengenal" diterima, dengan pendepanan objek "gadis itukah" dan frasa kerja transitif "pernah mengenal" tiada dijudulkan? Boleh tak macam ini? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 21, terbitan Syarikat Pelangi.)

Dia pernah mengenal gadis itukah? Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. 


Tokoh20.03.2015
Tuan, dua ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Wit cuba mengagak peristiwa itu. 2. Wit mencuba mengagak peristiwa itu. Saya merasakan bahawa "mencuba" lebih sesuai, kerana "mencuba" bermaksud berusaha untuk mencapai maksud. Jadi, "mencuba mengagak peristiwa itu" bermaksud "berusaha untuk meneka peristiwa itu". Adakah pendirian saya betul? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 19, terbitan Syarikat Pelangi)Kata mencuba lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut. Mengambil ayat daripada sumber karya kreatif sebagai contoh untuk memahamkan aspek tatabahasa, perlu dielak kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.Tatabahasa20.03.2015
Tuan, "berpengalaman dalam membuat lakaran wajah penjenayah" betul tak? Saya berpandangan frasa kerja ini harus dipinda kepada: "berpengalaman dalam pembuatan lakaran wajah penjenayah" ATAU "berpengalaman dalam pelakaran wajah penjenayah. Mengikut Tatabahasa Dewan, kata sendi nama "dalam" diikut oleh frasa nama yang abstrak, iaitu mempunyai lingkungan yang tidak ada jarak atau tidak ada ruang. Jadi, kata kerja "membuat" yang mengikut kata sendi nama "dalam" tidak sesuai digunakan dalam ayat ini kerana kata sendi nama "dalam" berada di hadapan frasa nama, bukan kata kerja. Oleh hal demikian, saya telah mengubah bentu kata kerja "membuat" kepada bentuk kata nama "pembuatan", atau bentuk kata nama "pelakaran" yang bermaksud hal melakar. Betulkah pembetulan saya? (Punca: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 20, terbitan Syarikat Pelangi)Kami berpandangan ayat "berpengalaman dalam pelakaran wajah penjenayah", betul. Sila ambil contoh ayat daripada buku bahasa untuk berhujah atau memahamkan peraturan tatabahasa. Mengambil ayat daripada karya kreatif bukanlah langkah yang tepat kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa. Tatabahasa20.03.2015
12

Kembali ke atas