Salam, Soalan pertama: Antara berikut, yang manakah betul dan apakah alasannya? 1) Lebih kurang 70-80 peratus bumi diliputi air 2) Lebih kurang 70 peratus-80 peratus bumi diliputi air Soalan kedua: Perlukah kata sendi nama diulang dalam ayat berikut dan apakah alasannya? - Mereka akan bercuti ke Perak dan ke Sabah. - Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan pada waktu petang. - Murid-murid yang berada di perpustakaan dan di makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya. | 1. Lebih kurang 70- 80 peratus bumi diliputi air. 2. Mereka akan bercuti ke Perak dan Sabah. 3. Dia menyiram pokok bunga pada waktu pagi dan petang. 4. Murid-murid yang berada di perpustakaan dan makmal komputer perlu menutup suis selepas menggunakannya. Tidak perlu pengulangan kata kerana ayat tersebut sudah mantap. | Tatabahasa | 10.04.2013 |
pembetulan ayat - 'masing-masing 0.2 peratus atau 0.2 peratus masing-masing' | Masing-masing 0.2 peratus. | Tatabahasa | 14.08.2008 |
salam di sini ada 1 soalan 1)peratus sekiranya nombor dalam perpuluhan disebut satu perpuluhan dua tiga (1.23) bagaimana pula dengan peratus (%) adakah disebut satu perpuluhan dua puluh tiga peratus atau seperti di atas? | Dalam penulisan teks, kata peratus (%) hendaklah dieja, misalnya 1.23 peratus. Manakala dalam ilustrasi, misalnya jadual dan statistik, simbol % digunakan. | Tatabahasa | 06.10.2010 |
"kenaikan sebanyak 2.5 peratus setahun" berdasarkan contoh ayat ini..bagaimana sebutan yang betul bagi " . " 1. kenaikan sebanyak dua 'perpuluhan' lima peratus setahun 2. kenaikan sebanyak dua 'point' lima peratus setahun terima kasih | Bacaan yang betul untuk keterangan tersebut ialah "Kenaikan sebanyak dua 'perpuluhan' lima peratus setahun" | Lain-lain | 03.11.2017 |
Saya ingin bertanya, perbezaan antara perkataan 'peratus' dan 'peratusan', dan penggunaan kedua-dua perkataan dalam konteks ayat. Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud peratusan ialah kadar atau bilangan mengikut peratus manakala peratus pula bermaksud perseratus, seperatus satu di-bahagi dengan seratus. | Tatabahasa | 14.06.2016 |
salam 1Malaysia, mohon penjelasan dan pembetulan bagi menerangkan pernyataan berikut: hasil analisis menunjukkan bahawa peratus respons bersetuju responden guru yang mempunyai pengalaman mengajar 11 – 20 tahun, lebih tinggi berbanding peratus respons responden guru yang mempunyai pengalaman mengajar 1 – 5 tahun. Manakala, peratus respons bersetuju responden guru berpengalaman mengajar 11 – 15 tahun adalah lebih tinggi berbanding 6 – 10 tahun. soalan saya, berdasarkan pernyataan di atas, bolehkah saya membina ayat yang baru dengan menggabungkan ayat tersebut seperti berikut: hasil analisis menunjukkan bahawa peratus respons bersetuju responden guru yang mempunyai pengalaman mengajar 11 – 20 tahun dan 1 – 5 tahun masing-masing, lebih tinggi berbanding peratus respons bersetuju responden guru berpengalaman mengajar 11 – 15 tahun dan 6 – 10 tahun. mohon penjelasan. terima kasih | Ayat ini betul. Hasil analisis menunjukkan bahawa peratus respons bersetuju responden guru yang mempunyai pengalaman mengajar 11 – 20 tahun dan 1 – 5 tahun masing-masing, lebih tinggi berbanding peratus respons bersetuju responden guru berpengalaman mengajar 11 – 15 tahun dan 6 – 10 tahun. | Tatabahasa | 19.08.2015 |
Adakah ayat berikut ini baku? Jika tidak baku, mohon cadangan tuan untuk menyuntingnya. 'Dari segi segi tahap pengajian pula, kadar kebolehpasaran graduat pemegang diploma lebih tinggi daripada pemegang sijil, iaitu 53.0 peratus dan 38.3 peratus masing-masing.' Terima kasih. DZULHIJAH SOKARNO | Dari segi tahap pengajian pula, kadar kebolehpasaran pemegang diploma lebih tinggi daripada pemegang sijil, iaitu 53.0 peratus dan 38.3 peratus masing-masing. | Tatabahasa | 13.05.2008 |
1. bolehkah menggunakan simbol '%' dalam penulisan/peperiksaan atau perlu tulis dalam perkataan 'peratus' ? | Dalam penulisan teks, kata peratus (%) hendaklah dieja, misalnya 1.23 peratus. Manakala dalam ilustrasi, misalnya jadual dan statistik, simbol % digunakan. | Lain-lain | 04.04.2017 |
merujuk kepada jawapan no.12, jika berturutan dengan peratus, adakah betul jika saya sebut 1.23% satu perpuluhan dua puluh tiga peratus? | Betul, 1.23% disebut sebagai satu perpuluhan dua puluh tiga peratus. | Lain-lain | 08.10.2010 |
BERAPA PERATUS RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBACA DAN JUMLAH BUKU ATAU ARTIKEL/MAJALLAH YANG DI BACA DAN BANDINGAN PEMBACAAN DIKALANGAN NEGARA LAIN DIDUNIA. APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENGGALAKKAN ORANG MEMBACA DI NEGARA INI DAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH NEGARA LAIN DI DUNIA. | Sila rujuk bahan ini : 1. Peningkatan pembacaan melalui pemasyarakatan perpustakaan oleh Nik Safiah Karim. Pelita Bahasa.1 Jun 1993 2. Masyarakat Malaysia malas membaca-hanya satu mitos oleh Maizura Mohd Ederis.Milenia Muslim.1 /01/2005 | Masyarakat Malaysia malas membaca - hanya satu mitos | Maizura Mohd Ederis | Milenia Muslim | 01/01/2005 |
| Lain-lain | 17.02.2008 |