Salam Sejahtera. Mohon bantuan tuan untuk perkara berikut; | 1. Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. 2. Ejaan yang betul ialah hari sukan. 3. Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan baju kurung. | Ejaan | 23.07.2012 |
Tuan adakah ayat songsang di bawah ini gramatis 4. Kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan meningkat kenapa? • mengapakah meningkat kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan? • mengapakah meningkat pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya? • pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya kenapa meningkat? • pada musim perayaan kenapa meningkat kes kemalangan jalan raya? 5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malayisa. • lebih digemari oleh rakyat Malaysia kereta jenama Jepun iaitu Mazda • lebih digemari kereta jenama Jepun iaitu Mazda rakyat Malaysia adakah ada jawapan lain untuk soalan no.5? | Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan. Pola ayat songsang ialah predikat + subjek. Ayat yang betul dan ayat songsang. 4. Mengapakah Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan? - Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan Mengapa?
5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malaysiia - Lebih digemari oleh Rakyat Malaysia, Kereta Buatan Jepun iaitu Mazda.
Walau bagaimanapun, untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang ayat songsang tersebut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. | Tatabahasa | 17.06.2020 |
perayaan Tahun Baru Cina atau Tahun Baharu Cina? | Kedua-dua ungkapan "Tahun Baru Cina" dan "Tahun Baharu Cina" adalah betul.
| Ejaan | 08.05.2014 |
Perayaan Jubli Emas UiTM: "Raikan bersama kami" | Jawapan yang lebih tepat ialah "Raikan bersama-sama kami" | Lain-lain | 26.09.2006 |
Cikgu, frasa sempena (perayaan) atau bersempena dengan (perayaan) barulah betul mengikut tatabahasa? Contoh: sempena Tahun Baharu Cina atau bersempena dengan Tahun Baharu Cina? | Mengikut buku Kamus Dewan, sempena ialah tuah, berkat manakala bersempena bermaksud mengambil sempena (dengan), mengambil berkat, mengambil tuah. Kedua-dua frasa yang ditanya betul mengikut konteks ayat yang ingin disampaikan. | Tatabahasa | 28.05.2014 |
Salam bahagia. Adakah meraikan hari jadi setiap tahun dianggap sebagai suatu perayaan. Contoh soalan : Tuliskan karangan tentang perayaan yang kamu raikan pada setiap tahun. Boleh pelajar menulis pengalamannya meraikan hari jadinya setiap tahun. Sekian dan selamat berpuasa. | Kamus Dewan, edisi keempat, mentakrifkan perayaan sebagai pesta untuk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan dan lain-lain. Contoh yang diberikan ialah maulud Nabi SAW dan hari kemerdekaan. Daripada takrif dan contoh tersebut, dapatlah dikatakan bahawa perayaan ialah sambutan yang diadakan secara besar-besaran. | Makna | 24.07.2012 |
Maaf, saya ingin bertanya tentang kata dasar bagi perkataan perayaan. Adakah raya adalah kata dasar bagi perayaan? Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Kata dasar untuk kata terbitan "perayaan" ialah "raya" yang telah menerima imbuhan pe-..-an. | Tatabahasa | 29.05.2020 |
JABATAN KASTAM SABAN TAHUN MENYAMBUT HARI KASTAM SEDUNIA.TAHUN-TAHUN SEBELUMNYA KAMI MENGGUNAKAN PERKATAAN " SAMBUTAN" NAMUN TAHUN DEPAN PIHAK PENGURUSAN BERCADANG MENGGUNAKAN PERKATAAN " PERAYAAN HARI KASTAM SEDUNIA".ADAKAH PENGGUNAAN ISTILAH BAHASA "PERAYAAN" ITU BETUL MENGIKUT PANDANGAN DBP.MOHON DIPERJELASKAN KEDUA-DUA ISTILAH BAHASA DI ATAS. TERIMA KASIH | Sambutan bermaksud penerimaan atau cara-cara meraikan atau menyambut sesuatu (hari raya, tetamu, dan lain-lain), manakala perayaan bermaksud pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, seperti perayaan hari kemerdekaan. Berdasarkan makna tersebut, kata perayaan itu betul dan begitu juga dengan sambutan, oleh itu saudara boleh memilih mana satu yang hendak digunakan. | Makna | 03.12.2008 |
Salam sejahtera tuan ! Dalam koleksi soal jawab tuan ada menyatakan perkara berikut: 1. Hari Deepavali = "H" & "D" huruf besar bagi tujuan penyeragaman. 2. hari Deepavali = "D" sahaja huruf besar dengan berpandukan contoh "hari Isnin", Isnin sahaja huruf besar. Mohon keputusan muktamad yang mana betul dan tepat ! | Deepavali telah membawa maksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, namun dalam penulisan kita menyeragamkannya dengan perayaan-perayaan lain seperti Hari Natal, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali. | Lain-lain | 16.10.2016 |
Salam sejahtera, sebenarnya saya ingin mencari jawapan bagi perkataan "hari" di hadapan perayaan, sama ada patut dalam huruf besar atau huruf kecil. Tapi kelihatannya tiada jawapan yang tepat telah diberikan. Jadi harap pihak PRPM boleh menjawab persoalan ini. Terima kasih banyak-banyak. | Salam sejahtera, Hari perayaan merupakan kata nama khas, seperti Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, perlu dieja dengan huruf besar. Bagi perayaan seperti Krismas dan Deepavali, tidak perlu ada perkataan hari di hadapannya kerana sudah merujuk kepada hari perayaan. | Lain-lain | 14.12.2017 |