Saya percaya buku yang dimaksudkan ialah karangan Buyong Adil. Sdr Zaidah boleh meminjam buku tersebut di Pusat Dokumentasi Melayu di Pejabat DBP Wilayah Selatan di Johor Bahru melalui khidmat Sistem Perbekalan Penerbitan atau dikenali sebagai Pinjaman Antara Perpustakaan. Jika sdr belum menjadi ahli sdr boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan di Pusat Dokumentasi Melayu dan seterusnya mendapat kemudahan meminjam buku. Terima kasih kerana sudi menghubungi kami.
Thanks for clicking. That felt good.