Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbezaan nya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin tahu penggunaan kata ganti nama -nya dan perbezaan antara ‘kamu'dan 'kamu'.Terima Kasih.1. "-nya" ialah kata ganti nama diri ketiga.
2. "kamu" ialah kata ganti nama diri kedua.
Tatabahasa02.11.2015
Contoh ayat: Tuhan (Pencipta) menghulurkan pertolongan/bantuan kepada umat-Nya (makhluk ciptaan-Nya). Tuhan memakbulkan doanya dengan membantu/menolongnya terlepas daripada pemenjaraan. apakah jawapan saudara dan sila huraikan jawapan saudara yang boleh membantu saya melihat perbezaan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih.Merujuk Kamus Dewan perkataan pertolongan sama maksudnya dengan bantuan dan begitu juga dengan membantu sama maksudnya dengan menolong. Oleh itu, tidak ada perbezaan maksud bagi kedua-dua pasangan kata tersebut.Makna11.01.2012
Salam, Adakah perbezaan antara penggunaan -lah dengan -nya sebagai partikel? Maksudnya adakah maksud "syukurlah" sama dengan "syukurnya"? Mohon berikan tunjuk ajar. Sekian, terima kasih.Kata penegas atau partikel memberi penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat, iaitu -kah, -tah dan -lah. Manakala "nya" ialah kata ganti nama diri ketiga. Untuk maklumat lanjut rujuk buku Tatabahasa Dewan , halaman 261.Tatabahasa24.03.2013
Apakah perbezaan antara kursus, seminar dan bengkel?Kursus biasa nya melibatkan sesi ceramah dan latihan samada dalam atau luar tempat berkursus.Seminar diadakan dalam dewan dan melibatkan pembentangan kertas oleh pembentang yang terdiri dari mereka yang pakar dalam bidang berkenaan.Manakala bengkel biasanya melibatkan perbincangan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan iaitu bengkel kerja.Lain-lain18.01.2008
Perbezaan di antara perkataan lain-lain hal dan hal-hal lain yang biasa nya di catit di dalam minit mesyuarat.

Saudara,

Yang betul ialah hal-hal lain, tidak ada frasa lain-lain hal kerana ini menyalahi hukum D-M dalam tatabahasa bahasa Melayu.

Tatabahasa29.06.2010
1. wujudkah perbezaan makna antara "di antara" dan "antara"2. adakah " rakan sahabat" melanggar hukum tatabahasa kerana rakan dan sahabat membawa makna yang sama? jelaskan. 3. "pertamanya marilah kita memanjatkan..." betulkah penggunaan "-nya" pada ayat tersebut. jelaskan. terima kasih.

Jawapan 1:
Frasa sendi nama di antara digunakan apabila kata antara berfungsi sebagai kata nama. Frasa sendi nama di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat.  Contohnya: 1.  Anak kecil itu duduk di antara ibu dengan bapanya. 2. Tambak Johor terletak  di antara Johor Bahru dengan Singapura.

1. Kata antara yang berfungsi sebagai kata sendi nama boleh mendahului ayat yang menunjukkan perbandingan. Contohnya: 1. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi ada persamaannya. 2. Antara Fatimah dengan Rahmah banyak perbezaannya.

2. Kata sendi nama antara biasanya diikuti oleh kata nama am yang tidak perlu diulang. Contohnya: Antara lagu persembahannya ialah...  (betul). Antara lagu-lagu persembahannya ialah... (salah)

3. Kata sendi nama antara hanya dapat diikuti kata nama am jamak yang mengalamai penggandaan separa seperti adik-beradik yang membawa makna kumpulan orang dan sebagainya yang tertentu. Contohnya: Mereka berbincang antara adik-beradik.

4. Kata sendi nama antara boleh juga diikuti oleh bilangan tentu seperti dua, tiga, sepuluh, seribu dan sebagainya, kata bilangan tidak tentu seperti beberapa, semua dan sebagainya, dan kata bilangan himpunan seperti kedua-dua, ketiga-tiga, beratus-ratus dan sebagainya. Contohnya: Antara dua bangunan itu jauh perbezaannya. 

5. Kata sendi nama antara juga boleh diikuti oleh kata ganti nama diri seperti mereka, kita dan -nya. Contohnya: Antara mereka, banyak persamaannya. 

Jawapan 2:
Makna bagi perkataan rakan ialah sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll). Rakan juga membawa maksud bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan dan contoh yang lebih lanjut, Harap maklum.

Jawapan 3:
Perkataan "Pertamanya...." pada permulaan ayat tidak sesuai digunakan, boleh diganti dengan perkataan "Pertama sekali,....".

Tatabahasa29.03.2013
Apakah perbezaan di antara perkataan 'ia' dan 'ianya'. Selain itu, perkataan apakah yang sesuai untuk menggantikan perkataan yang merujuk haiwan @ binatng dalam sesebuah ayat. Contohnya: Lembu - lembu itu berkeliaran dan ...... enggan masuk ke kandang.

Yang betul ialah ia, iaitu ganti nama diri ketiga untuk manusia. Perkataan nya tidak boleh digandingkan dengan ia menjadi ianya kerana nya juga ganti nama diri ketiga. Bagi binatang, boleh digantikan dengan haiwan itu atau mamalia tersebut.

Tatabahasa15.04.2010
saya ingin bertanyakan apa perbezaan di antara pascasiswazah dan pascaijazah. bilakah penggunaan nya dalam ayat.Pascasiswazah membawa maksud penuntut yang meneruskan pendidikan yang lebih tinggi selepas menamat­kan ijazah pertama. Pascaijazah juga boleh membawa maksud yang sama. Lazimnya, istilah "pascasiswazah" digunakan.Istilah17.09.2015
Apakah perbezaan antara perkataan ibadah atau ibadat? adakah cara penggunaannya sama ? atau ada perbezaan?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ibadat dan ibadah merupakan perkataan yang sama. Perkataan ini merupakan kata Arab yang bermaksud bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat;Istilah24.02.2010
Apakah perbezaan antara 'tersangat' dengan 'sangat'?Tersangat ialah terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. Sangat pula ialah kata yang digunakan untuk me­nya­takan perbandingan yang tinggi; ter­lalu; terlampau: Harganya ~ tinggi. 2 makin menjadi (berkenaan penyakit); teruk; kuat: Penyakitnya bertambah ~. 3 dengan sungguh-sungguh benar; tidak main-main: Saya hendak ~ pergi ke sana.Makna22.07.2013
12345

Kembali ke atas