Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbezaannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, apakah perbezaannya jika kita meletakkan akhiran -kan di belakang meN... dan TIDAK meletakkan akhiran -kan di belakang meN...? Sebagai contoh: 1. (a)menggunakan (b) mengguna 2. (a) menyaksikan (b) menyaksi 3. (a) memastikan (b) memasti 4. (a) menerbitkan (b) menerbit 5. (a) memberitahu (b) memberitahukan 6. (a) membersih (b) membersihkan 7. (a) melibat (b) melibatkan 8. (a) mengagih (b) mengagihkan 9. (a) mengekal (b) mengekalkan 10. (a) merekod (b) merekodkan 11. (a) memuliakan (b) memuliaUntuk makluman, terdapat kata dasar yang boleh menerima awalan meN- dan boleh juga menerima apitan meN-...-kan. Contohnya:
1. membaca, membacakan 2. membeli, membelikan 3. membesar, membesarkan 4.mengalir, mengalirkan 5. memberitahu, memberitahukan 6. memberi, memberikan
Terdapat juga kata dasar yang hanya dapat menerima apitan meN...-kan dan tidak dapat menerima awalan meN- . Contohnya: menggunakan, menyaksikan, memastikan, membersihkan, melibatkan, mengekalkan, memuliakan
Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 190 - 197.
Tatabahasa29.04.2014
Tuan, bolehkah tuan terangkan perbezaannya antara senyum dan tersenyum? mengapakah dia senyum lebar salah? perlu dia tersenyum lebar? terima kasih.

Dalam Kamus Pelajar tersenyum bermaksud  melahirkan rasa gembira dan lain-lain dengan memaniskan muka (mulut tertutup atau terbuka sedikit). 

Senyum pula bermaksud gerak bibir yang ternaik pada hujungnya yang membayangkan rasa suka (geli hati, setuju, dsb) tanpa mengeluarkan suara.
Klausa tersenyum lebar lazim digunakan berbanding senyum lebar. Kedua-duanya boleh digunakan.

Tatabahasa16.07.2020
penggunaan ialah dan adalah...perbezaannya?Untuk makluman, ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.ntara ialah dan adalah:
Tatabahasa29.10.2015
menjalankan dengan menjalani apakah perbezaannyaMerujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, pada dasarnya sukar ditentukan makna khusus apitan men...i, selain membentuk kata kerja transitif dan mendukung makna asas yang terkandung dalam kata dasar. Apabila dibandingkan penggunaan apitan men..kan dengan men..i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga. Antaranya fungsi apitan men..kan menandakan kausatif, manakala apitan men..i menandakan lokatif. 2. Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan men...kan dan men i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan men..kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan men...i menerima objek yang bernyawa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, muka surat 205-207.Tatabahasa05.09.2008
Salam, saya ingin bertanya apakah perbezaannya terjemahan untuk perkataan "hearing" dan "trial" dalam istilah dalam mahkamah. Contoh ayat: "Spare me the diatribe, counselor. This is a hearing, not a trial". Sekian, terima kasih.Dalam data kami, terdapat istilah routine hearing yang digunakan dalam bidang sains politik yang mempunyai padanan bahasa Melayunya ialah sidang dengar  rutin.

Manakala istilah trial dipadankan dengan perbicaraan yang digunakan dalam bidang undang-undang.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hearing untuk lebih lanjut.
Tatabahasa16.04.2014
Apakah maksud denotasi dan konotasi serta perbezaannya?Denotasi ialah makna eksplisit sesuatu perkataan, lwn konotasi; 2. hubungan semantik antara satuan bahasa dgn benda (simbol dll). Konotasi pula ialah asosiasi atau idea yg dimaksud­kan oleh sesuatu perkataan atau ungkapan selain maknanya yg tersurat: erti istilah perlulah tepat dan tidak boleh mempunyai ~ buruk; berkonotasi mempunyai konotasi, ada konotasinya.Tatabahasa04.04.2010
1. Apakah maksud perucapan awam dan perbezaannya dengan ceramah? 2. Antara" tip-tip" dan "tips" yang mana satu betul untuk digunakan?

Encik Mohamad Noor,

Untuk makluman saudara, ceramah, syarahan, pembentangan kertas kerja, taklimat, kuliah dan sebagainya merupakan bentuk pengucapan awam. Oleh yang demikian tidak ada perbezaan antara kedua-dua ini. Bagi soalan kedua, perkataan yang betul ialah "panduan" bukan "tip-tip" atau "tips".    

Lain-lain06.02.2010
Bagaimanakah membezakan perkataan "menyangkut" dan "menyangkutkan" ? Adakah perbezaannya seperti ayat di bawah: a)Ali menyangkut baju. b)Ali menyangkutkan baju pada dinding.

Saudara,

Perkataan menyangkut/menyangkutkan daripada perkataan 'sangkut' bermaksud  1 terletak pd sesuatu dgn berkait; bergantung: Baju­nya ~ pd paku di dinding bilik tidurnya. 2 ada kaitan atau hubungan (dgn): ~ dgn perkara itu, mereka akan mengadakan mesyuarat khas. bersangkutan 1 ber­sangkut banyak-banyak atau banyak yg bersangkut (bkn pakaian dll). 2 bersangkut dgn (bkn hubungan atau kaitan); ada pertaliannya atau ada hubungannya antara satu dgn yg lain; bertalian. menyangkut 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu per­­kara (urusan dsb); melibatkan. me­nyangkutkan meletakkan se­suatu pd kait; menggantungkan; meng­gayutkan: Dia ~ bekalannya pd dahan pohon jambu. tersangkut 1 terlekat pd sesuatu; ter­paut; tergantung: Layang-layangnya ~ pd dahan pokok. 2 tidak dpt bergerak atau tidak dpt keluar dgn lancar; terhenti: Kerana air bah, kami ~ di Temerloh. 3 turut terlibat dlm sesuatu perkara: Dia ~ juga dlm perompakan itu. sangkutan 1 tempat menyangkutkan sesuatu. 2 apa-apa yg mengganggu atau yg menghalang; rintangan. persangkut­an hal, keadaan dsb bersangkut atau ber­sangkutan; pertalian; perhubungan. penyangkutan perihal, perbuatan dsb menyangkut atau menyangkutkan. penyangkut alat yg digunakan utk me­nyangkutkan sesuatu.

Daripada makna di atas, kata menyangkut  digunakan dalam konteks melekat pada sesuatu. Contoh kawat menyangkut pada kawat yang lain, manakala kata menyangkutkan  pula digunakan dalam konteks meletakkan sesuatu   pada sesuatu. Contoh, Ali menyangkutkan bajunya pada dinding.

Tatabahasa25.08.2010
1.kamu , engkau , dan awak ada apa perbezaannya? 2.apakah maksud untuk `seperti katak diharung ular`(tidak dapat dicari) 3.apakah kesalahan untuk ayat ini? ~perselisihan faham itu pokok daripada perebutan harta pusaka1. Kamu ialah kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), awak, engkau. Oleh itu kamu, awak dan engkau sama sahaja maknanya, tetapi adasedikit perbezaan pada kata engkau, juga  ganti nama diri kedua tetapi biasanya digunakan untuk orang yg setaraf atau yg lebih rendah, dan digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa).  2. Peribahasa seperti katak diharung ular tidak dijumpai dalam sumber rujukan kami.  3. Ayat ini tidak perlu menggunakan kata sendi daripada, yang betul - ~perselisihan faham itu pokok perebutan harta pusaka.Tatabahasa09.09.2008
Salam sejahtera. Aku Janji atau Akur Janji? Apakah perbezaannya?Salam sejahtera saudara.

Perkataan yang tepat ialah aku janji, bukan akur janji. 
Dalam konteks penggunaan seperti pada lampiran tuan, frasa aku janji pelajar adalah betul. Contoh frasa lain untuk menunjukkan penggunaan aku janji ialah surat aku janji.
Perbezaan ditunjukkan pada ejaan semata-mata. Namun begitu, perkataan akur janji tidak berpadanan untuk undertaking yang menjadi padanan istilah bagi perkataan aku janji. 
Tatabahasa01.03.2025
12345678910...

Kembali ke atas