| Apakah maksud pantun ini?Biasa berpisau,jangan berparang,Biasa pada kau,jangan bawa ke orang.Manakala bagaimanakah membina ayat dengan menggunakan pantun ini? | Pantun tersebut boleh ditafsirkan sebagai jangan mengajak orang lain mencontohi atau mengikut perbuatan buruk kita. | Makna | 03.02.2021 |
| Tuan, adakah mengukur baju di badan sendiri fungsi ataupun maksud Samadengan tepuk dada tanyalah selera? | 1. Mengukur baju di badan sendiri - bermaksud "menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri".(Peribahasa lain yang sama makna ialah Mengenakan baju di badan maka sesuai") 2. Tepuk dada tanya selera - bermaksud "Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri" *Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu | Lain-lain | 12.05.2015 |
| Apakah takrifan yang tepat bagi istilah Pergaulan Bebas | Pergaulan bebas ialah hal atau perbuatan bergaul, biasanya antara lelaki dengan perempuan yang menyimpang daripada norma agama, budaya dan sosial sesuatu masyarakat dan boleh membawa kepada kesan buruk sekiranya tidak dibendung. | Makna | 14.12.2024 |
| 1,Apakah perbezaan antara mengakibatkan dengan menyebabkan | Mengakibatkan bermaksud menyebabkan berlaku atau timbul sesuatu peristiwa, kejadian, masalah, perbuatan dan sebagainya; dan biasanya buruk. Contoh ayat: Kejadian ini mengakibatkan kematian kepada pokok muda. Menyebabkan bermaksud menjadi sebab sesuatu perkara, hal dan sebagainya berlaku atau terjadi. Contoh ayat: Satu benda berat mengenai tengkuknya menyebabkan dia pengsan. Untuk maklumat lanjut, rujukan Kamus Dewan Perdana hlmn. 45 dan 1979. | Makna | 09.09.2023 |
| Apa beza mencolok mata dan menjolok mata? | Tiada dijumpai simpulan bahasa mencolok mata. Colok ialah suluh yang dibuat darip[ada kain buruk dan dicelup dalam minyak. Mencolok bermaksud menyuluhi dengan colok, menusuk atau mencucuk, mencelup. Menjolok mata bermaksud dibenci, iaitu perkara atau perbuatan yang melnggar batas kesusilaan dan norma masyarakat seperti cara berpakaian dan kelakuan. | Makna | 26.06.2008 |
| adakah aib dan malu suatu perkara yang sama? | Aib bermaksud rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dan sebagainya oleh seseorang anggota keluarga dan sebagainya, cela, nama buruk, penghinaan. Malu pula bermaksud berasa hina atau berasa aib kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau kerana kekurangan sesuatu. Berdasarkan maksud tersebut, aib dan malu mempunyai makna yang hampir sama. | Makna | 07.05.2021 |
| Perkataan "lacur" dalam tafsiran/terjemahan DBP banyak dikhususkan kepada perbuatan kurang bermoral iaitu menjual maruah bagi seorang perempuan. Bolehkah perkataan "lacur" itu digunakan kepada penjualanbarang2 lain selain maruah, seperti saya katakan, "seorang penjual bunga telah melacurkan bunganya di tepi jalan"? | Mengikut Kamus DEwan Edisi Keempat, halaman 864, perkataan lacur bermaksud 1. tidak jadi, gagal, malang,sial.2. buruk laku, sundal. Oleh yang demikian perkataan ini tidak sesuai digunakan dalam konteks melacurkan bunga. | Makna | 02.05.2008 |
| Apakah perbezaan antara moral dan etika? Terima kasih. | 1. Moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan. 2. Etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan. | Makna | 05.01.2017 |
| Assalamualaikum/Salam sejahtera. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan TAHU dalam ayat berikut : Jika remaja TAHU bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu. Pengunaan TAHU atau MENGETAHUI yang lebih tepat? Sekian terima kasih. | Penggunaan kata mengetahui lebih tepat dalam konteks ayat ini. Jika remaja mengetahui bahawa perlakuan seks bebas itu ialah perbuatan yang salah dan akan mengundang banyak masalah, pasti mereka akan mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kancah itu. Penerangan: Kata dasar mengetahui ialah tahu. Kata mengetahui digunakan dalam ayat aktif. Contoh ayat lain untuk penggunaan kata mengetahui adalah seperti berikut: Daripada peristiwa buruk yang menimpa rakyat Jepun di Hiroshima dan di Nagasaki itu, dapatlah kita mengetahui betapa kuatnya kuasa bom atom itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Tatabahasa | 31.12.2017 |
| Mohon bantuan tuan, apakah maksud peribahasa berikut 1. Belum dicakap, sudah tahu 2. Dapat emas ditempat gelap 3. Di laut jadi buaya, di darat jadi harimau 4. Elok dicontohi, buruk diketepi 5. Gulai sedap, nasi basi terima kasih | Peribahasa Gulai sedap, nasi basi (Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah) bermaksud "perbuatan yang tidak sempurna" (Kamus Istimewa Peribahasa Melayu : halaman 76). Bagi mendapatkan maksud sesuatu peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, Kitab Kiliran Budi, Tikaman Bahasa, Mestika Bahasa dan Peribahasa Bertema. | Sastera | 04.09.2024 |