Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ca] | ڤرچا

Definisi : kepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa drpd jahitan dll, reja (carik) kain: dia membongkar-bongkar bakul jahitannya, mencari-cari ~ kain utk membebat lukanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ca] | ڤرچا

Definisi : ; getah ~ sj getah, getah taban. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ca] | ڤرچا

Definisi : ; lintah ~ sj lintah yg besar, Hirundinaria javanica. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ca] | ڤرچا

Definisi : potongan kain sisa drpd kain yg dibuat pakaian; reja kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perca

Puisi
 

Pergi ke teluk membeli bawang,
     Lada muda di perca kain;
Saya tak takut ditinggal abang,
     Badan muda mencari lain.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam... apakah penjodoh bilangan yg paling sesuai utk perca2 kain.?Perca ialah kepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa daripada jahitan, reja (carik) kain: dia membongkar-bongkar bakul jahitannya, mencari-cari ~ kain untuk membebat lukanya. Perkataan perca tidak memerlukan penjodoh bilangan. Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan.Tatabahasa25.02.2013
Adakah ayat-ayat berikut merupakan ayat majmuk pancangan? 1. Nenek Sandra menjahit cadar daripada perca kain. 2. Nenek Sandra memperoleh pendapatan daripada jualan itu. 3. Apabila pulang ke kampung, Helmi suka melihat datuknya bekerja. 4. Ali menghiris bawang dengan menggunakan pisau. Kalau ayat-ayat di atas bukan ayat majmuk, mohon penjelasan tentang golongan kata bagi perkataan "daripada", "apabila" dan "dengan". Terima kasih.

Ayat (3) “Apabila pulang ke kampung, Helmi suka melihat datuknya bekerja.” dan  (4) “Ali menghiris bawang dengan menggunakan pisau.”  ialah ayat majmuk pancangan. Kata “Daripada” ialah kata sendi nama yang hadir di hadapan kata nama atau frasa sendi nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan, benda dan unsur mujarad. “Apabila” ialah kata hubung pancangan keterangan, menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama dan “dengan” pula kata hubung keterangan cara yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau kejadian berlaku.


Tatabahasa12.10.2021

Kembali ke atas