Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percakapannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
tuan, emak membilang butir-butir dari kalung mutiara yang dibelinya. butir-butir percakapannya tidak difahamni kerana sebutannya terlalu cepat. (tuan, adakah butir-butir boleh diguinakan dalam ayat di atas? TQ)

Penggunaan butir-butir dalam ayat tersebut adalah betul. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16.

Tatabahasa15.08.2011
1. Ayat yang manakah yang betul? I semasa mesyuarat itu, Fauzi mempertajam percakapannya. II pembacaan dapat mempertajam pemikiran. III Pak Ramli mempertajam parangnya. IV Raziah mempertajam telinganya di dalam bilik. 2. perkataan yang manakah yang tepat? kita perlu minum untuk menggantikan/mengganti air yang keluar dari/ daripada badan.Ayat yang betul ialah, "Pembacaan dapat mempertajam pemikiran" dan "kita perlu minum untuk menggantikan air yang keluar daripada badan"Tatabahasa31.10.2007
apakah maksud berkongkalikong dan biala boleh digunakan dalam pembinaan ayat?. Terima kasih.

Puan Suhana terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut kamus Dewan kongkalikong bermakna - mengikut bahasa percakapannya ialah bp curang (tidak jujur atau berterang-terang); 2. sekongkol dlm melakukan sesuatu yg tidak baik; Kebiasaannya kita tidak menggunakannya dalam penulisan. Terima kasih.

Tatabahasa10.07.2009
1.apakah maksud bagi perkataan dramatik? 2.apakah makna dekorasi? 3.apakah makna aromatik? 4.apakah yang dimaksudkan dengan pengembaraan? 5.apakah ekpedisi?

Makna dramatik ialah 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya.

 Dekorasi pula ialah 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa.

Aromatik bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena.

Pengembaraan ialah 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi.

Ekspedisi ialah penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll).

 

Makna07.02.2010
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa,perpaduan dan bahasa rojak?

Puan terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Bahasa perpaduan merujuk bahasa yang dapat menyatukan pelbagai bangsa dan etnik dalam sesuatu negara. Contohnya bahasa Melayu menjadi bahasa perpaduan bagi kita di Malaysia Manakala bahasa rojak ialah bahasa yang semasa dituturkan dicampuradukkan, iaitu dalam masa seseorang itu bercakap atau berucap dicampuradukkan antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris atau bahasabahasa lain. Sepatutnya semasa bertutur seseorang itu perlu menumpukan percakapannya dalam satu bahasa sahaja. Terima kasih.

Makna01.12.2009
Assalamualaikum. Adakah betul ayat ini: "Ini cuma pendapat; boleh dimarahkan kalau nak memarahi, boleh ditolak kalau nak menolak, boleh didebatkan kalau nak berdebat, boleh dikritik kalau nak mengkritik. Boleh diterima kalau nak menerima, tapi tak boleh diambil bulat-bulat." Terima kasih.Ayat ini tidak gramatis. Apabila hendak membina ayat yang mempunyai rima pastikan juga hukum tatabahasanya betul. Contohnya frasa "boleh dimarahkan kalau nak memarahi", dimarahkan ialah bentuk pasif bagi memarahi tetapi subjek dan predikatnya tidak lengkap dan lazimnya perbuatan marah kesannya kepada manusia itu sendiri, bukan percakapannya.  
 
Tatabahasa07.05.2013
salam..saya pelajar dari Kolej Mara Banting..saya perlu menyiapkan tugasan World Literature..saya telah memilih novel Lagak Wasangka dan Okonkwo bagi tugasan tersebut..tajuk yang saya ketengahkan ialah tindakan watak utama lelaki dalam menimbulkan unsur dramatik terhadap pembaca..sebagai pendahuluan..saya memerlukan definisi unsur dramatik yang digunakan dalam novel dan juga definisi tindakan berdasarkan pandangan para sarjana..saya harap pihak tuan dapat memberi bantuan kepada saya..sekian terima kasih..

Dramatik adalah suatu unsur dalam PLOT. Dalam Kamus Dewan edisi ke-4, dramatik bermaksud 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menim­bulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb). Berdasarkan definisi tersebut, maksud kedua adalah berkaitan untuk menghuraikan tentang unsur dramtik yang terdapat dalam dua buah novel yang ingin saudari kaji. Saudari bolehlah melihat perkara-kara yang mengugah jiwa atau dengan kata lain tindakan-tindakan watak utama sama ada dalam dialognya atau pun tindakannya kepada watak lain.

Berkaitan dengan definisi tindakan watak oleh para sarjana sastera pula, tidak terdapat suatu pun pandangan konkrit tentang tindakan watak dalam sesebuah karya. Jika ada pun pandangan para sarjana adalah apabila mereka menyentuh sesebuah karya berdasarkan pendekatan Psikoanalisis. Dalam pendekatan tersebut, Sigmund Freud telah menghuraikan tingkah laku manusia (tindakan) berdasarkan id, ego dan superego. Berkaitan dengan pendekatan Psikoanalisi ini mungkin saudari boleh merujuk maklumat-maklumat yang terdapat di laman internet di bawah entri Sigmund Freud.

Lain-lain14.06.2010

Kembali ke atas