Apakah beza antara 'perceraian' dengan penceraian? | 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraianperihal (perbuatan) menceraikan. Diharap maklumat di atas dapat membezakan kedua-dua makna kata terbitan tersebut. | Tatabahasa | 12.04.2008 |
Selamat pagi. Apakah contoh ayat yang boleh membezakan makna antara perkataan 'perceraian' dengan 'penceraian'?.Terima kasih. | Perceraian bermaksud perpisahan atau perihal bercerai, contohnya perceraian pasangan tersebut berlaku kerana tiada lagi persefahaman antara mereka. Penceraian bermaksud perbuatan menceraikan, contohnya penceraian berlaku apabila suami menjatuhkan talak kepada isterinya dan bahan yg larutannya mengalirkan arus elektrik akan mengalami penceraian elektrolisis. Dalam konteks cerai (talak) agak sukar juga untuk membezakan penggunaan perkataan perceraian dan penceraian. Berdasarkan rujukan kami apabila membicarakan konteks makna cerai (talak) perkataan perceraian lebih banyak digunakan. Manakala perkataan penceraian banyak digunakan bagi menggantikan makna pemisahan daripada satu unsur dengan unsur yang lain seperti dalam ayat contoh ketiga. | Tatabahasa | 15.05.2013 |
Apakah beza istilah berikut: a) perceraian dan penceraian b) perguruan dan keguruan | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, (a) perceraian bermaksud 1. perpisahan, perpecahan; 2. perihal (kejadian) bercerai (antara suami isteri); penceraian pula ialah perihal (perbuatan) menceraikan. (b) perguruan ialah 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa. Manakala keguruan pula ialah yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; | Lain-lain | 12.06.2010 |
adakah terdapat kesalahan bahasa dalam ayat ini 'Dengan meletusnya kes perceraian digital pertama Malaysia di antara pasangan..'? jika ada, mengapa? | Frasa yang betul ialah "Dengan meletusnya kes perceraian melalui alat telekomunikasi yang pertama di Malaysia antara pasangan, ..." Perkataan yang lebih tepat ialah alat telekomunikasi berbanding digital manakala frasa di antara adalah salah kerana kata sendi "di" digunakan untuk merujuk tempat atau ruang. | Tatabahasa | 31.10.2013 |
Masih dengan persoalan "antara...dan" dan "antara dengan". Adakah "antara...dengan" digunakan dlm kes perbandingan? Bagaimana pula dengan contoh ayat di bawah? 1) PErkahwinan antara William and Carol berakhir dengan perceraian. 2) Syaitan cuba merosakkan hubungan antara Tuhan dan umat-Nya. | Kata sendi 'antara' perlu diikuti oleh kata sendi nama 'dengan' atau kata hubung 'dan'. Berdasarkan contoh yang diberikan, ayat yang betul ialah 'Perkahwinan antara William dengan Carol berakhir dengan perceraian dan Syaitan cuba merosakkan hubungan antara Tuhan dengan umat-Nya'. Penerangan dan contoh penggunaan kata sendi 'antara' diikuti kata hubung 'dan' telah diberikan sebelum ini. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
apakah perbezaan dari segi makna bagi janda dan balu kerana dari segi takrifan janda bermaksud wanita yg tidak bersuami cerai hidup mahupun mati. Bilakah keaadaan yang patut digunakan perkataan janda atau balu? | perbezaannya jelas, wanita yang tidak bersuami lagi sama ada disebabkan perceraian atau kematian disebut janda, manakala balu khusus kepada wanita yang kematian suami. Maka perkataan janda digunakan secara umum. | Makna | 09.07.2012 |
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih. | Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru; Mengharu-birukan 1. menimbulkan kerusuhan (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikirannya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya; keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang berlaku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya. Huru-hara ialah dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramalkan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an; | Tatabahasa | 08.07.2013 |