GEMPAK BOLA PILIH & DAPATKAN TV PERCUMA DAPATKAN TV PERCUMA SEKIRANYA ANDA MEMILIH PASUKAN YANG MENANG TERTAKLUK PADA TERMA & SYARAT | Gempak Bola, Pilih dan Dapatkan TV Percuma Dapatkan TV percuma jika pasukan yang anda pilih menang. Tertakluk pada terma dan syarat. | Tatabahasa | 17.05.2014 |
yang manakah betul? barang percuma atau barangan percuma? | Frasa yang betul ialah barangan percuma. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma c) Hukuman yang menanti adalah maut d) Hukuman yang menanti ialah maut Yang manakah ayat yang betul. 2. Di sesetengah jalan raya ada dibuat lorong khas untuk motosikal dan basikal. Perkataan yang digunakan ialah "lorong sikal". Adakah betul penggunaannya. 3. Tolong berikan ayat contoh penggunaan 'ia' | 1. a) Masuk adalah percuma b) Masuk percuma - kedua-dua ungkapan ini betul, perkataan adalah dalam ungkapan pertama menunjukkan unsur penegasan dalam ungkapan tersebut. Hukuman yang menanti ialah maut - ayat ini yang betul. 2. Istilah laluan sikal (bukan lorong sikal) ada digunakan sebagai padanan bikeway dalam bidang Kejuruteraan Automatif. 3. Ia - kata ganti nama diri ketiga; atau dia: contoh ayat, ia bercita-cita hendak menjadi doktor. | Tatabahasa | 28.05.2010 |
Salam sejahtera, pilihan ayat yang mana satukah lebih tepat untuk digunakan? a) Langganan Percuma, e-Paper selama setahun; b) Percuma langganan e-Paper selama setahun Terima kasih. | Frasa yang betul, "Langganan e-Paper percuma selama setahun" atau "Percuma, Langganan e-Paper selama setahun". | Penyemakan dan penterjemahan | 18.09.2015 |
sehingga RM90 kredit percuma | kredit percuma sehingga RM90 | Lain-lain | 28.07.2008 |
Salam sejahtera, Bolehkah "Free Shred Day" diterjemahkan sebagai "Hari Cincang Kertas Percuma"? Ini merupakan hari yang disambut oleh Amerika Syarikat supaya rakyatnya boleh mencincang kertas dengan percuma di sesebuah lokasi yang terpilih. Jika terjemahan tidak sesuai, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Sumber: https://www.westerndisposal.com/blog/shred-days-announced/ Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih. | "Free Shred Day" lebih sesuai diterjemahkan sebagai "Hari Mencincang Kertas". Walaupun perkataan "free" membawa maksud percuma, namun dalam konteks ini, perkataan percuma digugurkan kerana Hari Mencincang Kertas sudah cukup untuk membawa maksud hari mencincang kertas secara percuma. Sekian. Terima kasih. | Makna | 14.01.2018 |
ternestnal (saluran percuma) | saluran/stesen tak berbayar | Istilah | 06.03.2012 |
Adakah betul terjemahan dalam bahasa di bawah: 2-YEAR FREE MEMBERSHIP Enjoy 2-year membership when you sign up on 30 & 31 Jan 2015. BAHASA PERCUMA KEAHLIAN 2 TAHUN Daftar pada 30 & 31 JAN 2015 untuk menikmati keahlian percuma selama 2 tahun. | Terjemahan yang betul ialah DUA TAHUN KEAHLIAN PERCUMA. Nikmati dua tahun keahlian percuma apabila anda mendaftar pada 30 dan 31 Jan. 2015. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.01.2015 |
bagaimana untuk dapatkan terjemahan percuma bagi teks berbahasa melayu ke English?Di mana saya boleh dapatkannya?? | Kami tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian sama ada secara percuma atau tidak. Jika saudara memerlukan perkhidmatan tersebut, saudara bolehlah menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (21424381) atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (41497210)tetapi saudara perlu membayar kos penterjemahan tersebut. | Lain-lain | 05.09.2007 |
Di atas pembungkusan pek promosi, kami ingin mencari perkataan lain untuk menggantikan perkataan "Percuma 20g", sila berikan cadangan. | Cadangan kami bagi menggantikan frasa Percuma 20 gram ialah Lebih 20 gram dan Tambahan 20 gram. | Tatabahasa | 02.03.2015 |