Bagaimana dengan percutian saudara yang lalu? atau Bagaimanakah dengan percutian saudara yang lalu? | Ayat yang betul ialah "Bagaimanakah dengan percutian saudara yang lalu?". | Tatabahasa | 05.03.2017 |
Mohon semakan terjemahan Have a safe and sound stay in here. Semoga awak menikmati percutian yang selamat di sini. | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Semoga anda selamat dan menikmati percutian di sini. | Penyemakan dan penterjemahan | 08.11.2017 |
Assalamualaikum, Bolehkah saya menterjemahkan perkataan homestay kepada percutian desa? Terima kasih atas bantuan tuan/puan. | Inap desa. | Istilah | 02.12.2009 |
Penggunaan 'per' atau 'par' Yang mana satukah yang betul: 1) Beratnya 50 kg per kotak atau Beratnya 50 kg par kotak? 2) Harga percutian ialah RM300 per pax atau par pax? | Untuk makluman perkataan "per" tidak digunakan dalam konteks ini. 1. Ayat yang dicadangkan ialah Berat satu kotak ialah 50 kg atau Berat sekotak ialah 50kg 2. Harga percutian ialah RM300 seorang. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.03.2016 |
Yang manakah betul? Murid-murid menjalani aktiviti yang berfaedah ( dalam, pada ) percutian sekolah. | Ayat yang gramatis adalah seperti yang berikut: Murid-murid menjalani aktiviti yang berfaedah pada musim cuti sekolah. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.06.2017 |
Salam hormat. Saya ingin dapatkan kepastian. Adakah ayat ini betul - "Nikmati percutian santai yang menyeronokkan" (untuk diguna sebagai tajuk artikel). Terima kasih | Ayat tersebut betul. | Lain-lain | 23.10.2015 |
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya apa perbezaan terjemahan bagi "vacation" dan "holiday" selain daripada perkataan "percutian"? Apakah cadangan pihak DBP jika kedua-dua perkataan tersebut digunakan dalam satu ayat, contohnya, "they are strictly prohibited from going to any vacation trips and holidays". Terima kasih. | “Holiday” dan “vacation” mempunyai persamaan dari segi maksud, iaitu bercuti. Selain itu, berehat dan berlibur juga membawa maksud yang sama. Maka, ketiga-tiga perkataan ini boleh digunakan bersilih ganti. Kami mencadangkan ayat “Mereka dilarang untuk melancong dan bercuti” sebagai terjemahan bagi ayat dalam bahasa Inggeris yang diberikan. | Makna | 29.05.2020 |
Salam. Apakah terjemahan yang sesuai untuk Working Holiday Visa? Terima kasih | Working Holiday Visa boleh diterjemahkan kepada Visa Percutian Bekerja, iaitu permit kediaman yang membolehkan pelancong melakukan pekerjaan (dan kadang-kadang belajar) di negara yang mengeluarkan visa untuk menambah dana perjalanan mereka. Walau bagaimanapun dalam konteks negara kita, sila rujuk Jabatan Imigresen untuk mendapatkan maklumat terperinci. | Penyemakan dan penterjemahan | 26.12.2017 |
Telah merujuk dan menyemak Kamus Dewan tetapi tidak menemui kata rehlah / rihlah. Sedangkan kata ini terdapat dalam tulisan di dada-dada akhbar semasa. Mohon penjelasan. Terima kasih. | Perkataan rihlah tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, perkataan ini berasal daripada bahasa Arab dan maksudnya ialah perjalanan, percutian, lawatan atau cara merehatkan minda melalui lawatan, senaman dan sebagainya. | Makna | 26.04.2012 |
Apakah istilah paling sesuai untuk campervan atau camper van dalam bahasa Melayu? Campervan berbeza daripada caravan yang tidak bermotor dan ditarik sebagai treler. Sebaliknya campervan didefinisikan sebagai kenderaan berjentera yang berfungsi sebagai pengangkutan dan juga tempat tidur. Contohnya seperti sebuah van yang diubah suai menjadi campervan bagi orang yang hidup nomad. Lain-lain istilah bagi campervan termasuk motor caravan dan caravanette. Harap pihak anda dapat membantu. Terima kasih. | Untuk makluman tuan/puan, belum ada padanan kata campervan dalam bahasa Melayu. walau bagaimanapun bahasa Melayu telah menerima padanan istilah karavan daripada caravan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan maklumat yang tuan/puan diberikan, campervan membawa definisi yang hampir sama dengan caravan iaitu kenderaan yg dilengkapi tempat tidur, dapur dsb utk dijadikan sbg tempat tinggal semasa percutian. Pihak kami mencadankan padanan campervan dalam bahasa Melayu ialah van perkemahan. | Istilah | 16.11.2019 |