Salam. Terma "Pemerdagangan Manusia" sedikit mengelirukan saya. Apa beza perdagangan dan pemerdagangan? Saya juga ada masalah dari segi letakan imbuhan pemer itu sendiri. Kerana belum pernah saya lihat penggunaan imbuhan pemer ini. Minta rujukan dan penerangan pihak tuan/puan. Terima kasih. | Perdagangan berasal daripada apitan peN-...-an dengan kata akar dagang dan perdagangan bermaksud perihal berdagang. Manakala kata pemerdagangan berasal daripada awalan peN- + kata dasar (perdagangan), terbentuklah pemerdagangan. Pemerdagangan bermaksud perihal perdagangan. Walau bagaimanapun kata terbitan yang sedemikian bentuknya tidak produktif dalam bahasa Melayu, contoh yang lain seperti pemerolehan, pemerbadanan dan pemersatuan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
As salam, saya ingin bertanya mengenai ayat ini sama ada betul atau salah; Dirasmikan oleh: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Dirasmi oleh: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan atau Perasmi: YB Dato' Sri ismail Sabri bin Yaakob Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Sekian, terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Dirasmikan oleh YB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan". | Tatabahasa | 21.11.2012 |
maksud persatuan , pusat konvensyen , pusat persidangan , perancang mesyuarat korporat , perancang mesyuarat bebas , tour operator , pameran perdagangan dan eksposisi ,penaja pameran perdagangan dan kontarktor perkhidmatan dalam maksud pelancongan | Maksud persatuan ialah 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata. Konvensyen ialah 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb). Maklumat selanjutnya, Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 11.02.2007 |
apa "Commercial Financial Sector" dalam BM? Sektor Kewangan Perdagangan atau Sektor Kewangan Komersil | Puan Noryeen, Padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut ialah sektor kewangan perdagangan. | Istilah | 13.01.2010 |
salam tuan, kenapa dalam iklan tv selalu guna perkataan "pemerdagangan orang bukan perdagangan.Apakah beza antara kedua-dua perkataan tersebut .Mohon penjelasan. | Pemerdagangan ialah terjemahan dalam bahasa Melayu bagi perkataan Commercialization. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan Trade yang bermaksud perihal berdagang, urusan berniaga, atau perniagaan. Walau bagaimanapun frasa pemerdagangan manusia atau perdagangan manusia, kedua-duanya adalah betul. | Tatabahasa | 07.11.2010 |
maksud Sistem pengangkutan awam yang cekap dari perspektif sosial, ekonomi dan perdagangan (business) | Sistem pengangkutan awam yang cekap bermaksud sistem pengangkutan awam seperti bas, kereta api, komuter, teksi dan PUTRA yang mampu menyediakan perkhidmatan yang terbaik, mesra dan menepati masa. Dari segi sosial, sistem pengangkutan awam mampu memberi perkhidmatan bagi memenuhi keperluan masyarakat, manakala dari segi ekonomi dan perdagangan, sistem pengangkutan awam mampu menyediakan prasarana dalam jaringan pusat pertumbuhan ekonomi seperti kilang, pelabuhan, kewangan dan pasaran. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang berkaitan. | Makna | 11.08.2008 |
salam sejahtera. adakah papan iklan "Sains Trade"sesusi , mengelirukan atau perlu diganti dengan perkataan lain? | Terjemahan trade dalam bahasa Melayu ialah niaga, dagang atau perdagangan. Frasa Sains Trade adalah mengelirukan dan berbentuk bahasa rojak. Oleh itu, penggunaan yang betul ialah Sains Perdagangan bukan Sains Trade. | Istilah | 31.01.2011 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya perbezaan antara PERDAGANGAN dengan PEMERDAGANGAN. Saya telah merujuk Kamus Dewan untuk mencari maksud PEMERDAGANGAN tetapi tidak ada. Soalan kedua ialah maksud peribahasa "Seperti balak hanyut" dan "Seperti balak terendam". Peribahasa ini juga tidak terkandung dalam KD. Terima kasih. | Saudara, Kedua-dua istilah ini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris 'Commerlization'. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan bahasa Inggeris 'trade' yang bermaksud perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara). Untuk menjawab soalan kedua diharap dapat memberikan contoh penggunaan 'peribahasa' ini. | Makna | 15.06.2010 |
Dagang | Pusat Perdagangan | Tatabahasa | 15.02.2007 |
APAKAH PERBEZAAN ANTARA LARAS KESUSASTERAAN DALAM PERUNDANGAN, PERDAGANGAN, EKONOMI DAN PERTANIAN? | Saudari boleh merujuk buku berikut iaitu, 1. Laras Bahasa, 1995 oleh Kamaruddin Hj. Husin terbitan Utusan Publications 2. Laras Bahasa, 1989 oleh Nik Safiah Karim terbitan Nurin Enterprise 3. Laras Bahasa Ilmiah, 1995 oleh S. Nathesan terbitan DBP dan buku yang berkaitan dengan laras bahasa. | Lain-lain | 20.08.2007 |