| Bolehkah penggunaan perdana-perdana menteri bagi merujuk kepada ramai perdana menteri? | Penggunaan perdana-perdana menteri adalah betul. | Tatabahasa | 03.08.2020 |
| Selamat sejahtera tuan/puan. Mohon pertolongan tuan/puan untuk menyatakan pilihan jawapan yang tepat berdasarkan pilihan jawapan di bawah. 1.Menteri-menteri besar ATAU menteri besar-menteri besar 2.Perdana-Perdana Menteri ATAU Perdana Menteri-Perdana Menteri 3.Kaki-kaki botol ATAU kaki botol-kaki botol Mohon penjelasan untuk setiap pilihan jawapan yang tepat. Terima kasih tuan/puan. Maaf untuk mengganggu | Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah i. Menteri-menteri Besar ii. Perdana-perdana Menteri iii. Simpulan bahasa kaki botol tidak sesuai untuk digandakan. Lazimnya untuk menunjukkan bilangan jamak boleh menggunakan kata bilangan. Contohnya sekumpulan, semua dan beberapa. | Tatabahasa | 03.09.2019 |
| salam, saya nak tanya, perdana menteri ditulis Perdana Menteri atau perdana menteri | Ejaan yang betul ialah perdana menteri. Sekiranya, perkataan ini digunakan sebagai nama khas, contohnya Perdana Menteri Malaysia, maka huruf besar akan digunakan pada permulaan perkataan. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana, halaman 1680. | Ejaan | 16.08.2023 |
| Apa itu debat perdana?Apakah pertandingan-pertandingan debat antara IPT yang dikategorikan sebagai Debat Perdana? | Perdana ialah sesuatu yang utama. Debat Perdana boleh dianggap sebagai debat yang utama. Tidak ada kriteria khusus untuk menamakan sesuatu itu sebagai perdana atau sebaliknya. Namun bersesuaian dengan maksud perdana, debat yang dipertandingkan itu hendaklah memiliki ciri-ciri keutamaannya seperti pertandingan debat paling besar yang dianjurkan oleh penganjur dan melibatkan peserta yang berketerampilan. | Tatabahasa | 17.12.2014 |
| Salam sejhatera ! Ungkapan Perdana Menteri digunakan kerana telah diterima umum walaupun yang sebenarnya ialah Menteri Perdana. Adakah ungkapan Menteri Perdana boleh digunakan memandangkan tiada terdapat dalam kamus ? Terima kasih | Bagi padanan Prime Minister, terjemahan Perdana Menteri telah mantap penggunaannya dan diterima sebagai betul. | Tatabahasa | 12.03.2015 |
| Salam sejahtera. Soalan saya ialah manakah yang betul antara "Perdana Menteri Interim" dengan "Perdana Menteri interim"? | Ejaan yang betul ialah Perdana Menteri Interim. | Ejaan | 15.10.2021 |
| Prime minister sepatutnya menteri perdana. Ikut hukum DM. Mengapa gunakan Perdana Menteri? Menteri pendidikan - education minister. | Pembentukan istilah Perdana Menteri ialah kekecualian bagi Hukum D-M, iaitu penerang (Perdana) mendahului inti (Menteri). | Istilah | 15.04.2022 |
| Mohon panduan tatacara penggunaan ( / ) yang betul i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak) atau ii. Perdana Menteri/ Timbalan (tanpa jarak dan dijarak)atau iii. Perdana Menteri / Timbalan (dijarakkan terus) Sekian, terima kasih jua. | Penggunaan tanda palang ( / ) yang betul ialah i. Perdana Menteri/Timbalan (tanpa jarak) | Tatabahasa | 08.04.2015 |
| Adakah peranan atau nama jawatan perlu dieja dengan huruf besar? Contohnya, perdana menteri atau Perdana Menteri? Dalam Bahasa Inggeris, pekerjaan/peranan tidak perlu diletakkan huruf besar. Contohnya, "Obama was the president of the United States. Tetapi jika jawatan digunakan sebagai gelaran, iaitu "President Obama", barulah huruf besar digunakan. Bagaimana dengan Bahasa Melayu? | Perdana Menteri adalah kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar. | Ejaan | 15.06.2020 |
| Mengapa Hukum D-M ada kekecualian? Contohnya : Perdana Menteri sepatutnya Menteri Perdana | Hampir semua bahasa di dunia da kekecualian. Bahasa Inggeris mempunyai lebih banyak kekecualian berbanding dengan bahasa Melayu. Kekecualian Hukum D-M berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 377. | Tatabahasa | 11.07.2012 |