Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
perenggan (kata nama)
1. Bersinonim dengan paragraf: rangkap, untai, stanza, wacana, teks,

2. Bersinonim dengan batas: takat, had, perhinggaan, sempadan, enggat, terat, tanggat, sakat,

Kata Terbitan : berperenggankan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Perenggan 1 dan perenggan 2 harus berkaitan antara satu sama lain" atau "Perenggan 1 dan perenggan 2 harus berkaitan dengan satu sama lain"? Ayat mana yg betul dari segi tatabahasa? Sekian, terima kasih.Dua-dua frasa ini betul.Tatabahasa16.12.2019
Kami telah membuat carian berkenaan perkataan “open-end” di PRPM dan mendapati padanan yang dibuat adalah “hujung terbuka”. Walau bagaimanapun, dalam konteks peruntukan di bawah ini kami berpandangan bahawa padanan “bahagian terbuka” adalah lebih tepat. Bolehkah padanan “bahagian terbuka” digunakan bagi maksud ini? “16. (3) For the purposes of paragraph (1)(a), a package shall be deemed to have been sealed if— (a) …;and (b) in the case of paper package, the open end of such package has been folded over and such fold is secured in position by an adhesive tape or other effective means. (3) Bagi maksud perenggan (1)(a), sesuatu bungkusan hendaklah disifatkan telah tertutup jika— (a) …; dan (b) dalam hal bungkusan kertas, bahagian terbuka bungkusan itu telah dilipatkan dan lipatan itu dilekatkan pada tempatnya dengan kertas pelekat atau dengan apa-apa cara lain yang berkesan.”.
Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah "open-end" dalam bahasa Melayu ialah "hujung terbuka; terbuka".

Bagi terjemahan ayat mengikut konteks, cadangan sesuai bagi frasa "open end of such package" ialah "hujung terbuka pada bungkusan tersebut". Terjemahan bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.


Lain-lain28.05.2021
Dalam minit mesyuarat, saya perlu menulis ayat seperti di bawah: 1. i) Penambahan perenggan baharu 3.5.5 seperti berikut:'Mesyuarat juga bersetuju supaya urus setia membuat rundingan tawaran harga dengan syarikat ABC'. Soalan: Adakah tatacara penulisan dengan penggunaan tanda (:) diikuti tanda (') adalah betul? Sila beri tunjuk ajar

Tanda baca titik bertindih (:) boleh digunakan kerana fungsinya memperkenalkan atau menambah keterangan.

Manakala tanda petik tunggal (') tidak perlu digunakan kerana selalunya digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit dengan tanda petik (").

Maka, penggunaan tanda baca yang betul adalah: i) Penambahan perenggan baharu 3.5.5 seperti yang berikut: Mesyuarat juga bersetuju supaya urus setia membuat rundingan tawaran harga dengan syarikat ABC.

Tatabahasa01.06.2011
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang surat kiriman rasmi. Kenapakah surat kiriman rasmi tidak mencatatkan nombor 1 dalam kandungan surat? Sebaliknya diteruskan kepada nombor 2. Terima kasihFormat penulisan surat rasmi yang bermula dengan perenggan pertama (tanpa nombor) dan perenggan seterusnya bermula dengan nombor 2 dan seterusnya telah lama diterima pakai. Format yang hampir sama juga diterima pakai dalam penulisan esei, perenggan pertama bermula dari tepi dan menginden (mengesot sedikit ke dalam) pada perenggan yang seterusnya. Walau bagaimanapun tiada maklumat tentang penyusunan format penulisan yang sedemikian dalam pangkalan data kami. Sedikit maklumat tambahan, format penulisan surat rasmi ini menerima pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 yang dikeluarkan oleh JPA.Tatabahasa07.11.2015
Bagi buku teks BM tingkatan 1 dan 2 didapati permulaan setiap perenggan pertama suatu petikan tidak dijarakkan sedikit tetapi permulaan perenggan kedua dan berikutnyanya dijarakkan pula. Adakah digunakan untuk semua petikan?
Lain-lain10.10.2018
BETUL ATAU TIDAK PERKATAAN/AYAT MELELAPKAN BAYARAN? CONTOH DI BAWAH. 6.2 Adalah sentiasa dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa cagaran yang dirujukkan di perenggan 6.1 di atas akan dikembalikan kepada Pengusaha tanpa apa-apa faedah selepas perjanjian ini ditamatkan dengan memuaskan dan tertakluk kepada potongan yang dibuat oleh Koperasi mengikut perjanjian ini. Adalah dipersetujui bahawa KKUiTMB berhak untuk melelapkan Bayaran Dahuluan jika perjanjian ini ditamatkan oleh sebab apa-apa perlanggaran syarat-syarat perjanjian ini oleh Pengusaha dan kelelapan deposit ini juga tidak akan menyekat Koperasi untuk menuntut kerugian atau gantirugi lain yang diakibatkan oleh Kontrak ini.Dalam bidang kewangan, perkataan melelapkan bayaran dalam ayat tersebut betul kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, lelap bermaksud tidak dapat ditebus kembali kerana sudah lewat masanya (barang gadaian).

Mohon dibetulkan ejaan ganti rugi (dua perkataan).
Istilah15.04.2021
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

1.  Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam.

2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya.

Tatabahasa17.02.2011
Di dalam puisi, 1) adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya tajuk Puisi di tulis dengan huruf kecil walaupun pada permulaan perkataan? 2) adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya permulaan ayat puisi untuk tiap-tiap perenggan tidak menggunakan huruf besar? 3) adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya tiap baris puisi tidak mempunyai tanda koma atau nokhtah tiap akhir ayat/perenggan?Selamat pagi
Jawapan bagi soalan di atas:
1. Boleh.
2. Boleh.
3. Boleh.
Lain-lain31.05.2016
1. Adakah format terkini bagi karangan UPSR tidak memerlukan perenggan untuk pendahuluan? 2. Bagi bahagian A Kertas 2 UPSR - Adakah murid-murid digalakkan menggunakan nama untuk membina ayat? 3. Apakah perubahan atau format terbaharu bagi Bahagian C - Ulasan (UPSR)? 4. Bagaimanakah pengaplikasian tanda koma (,) bagi lebih drpd 3 objek?

Encik Ganesan, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Soalan ini lebih kepada format yang telah ditetapkan oleh Kementerian. Oleh itu saya rasa Encik boleh terus menghubungi Bahagian Peperiksaan Kementerian bagi mendapatkan penjelasannya. Terima kasih.,

Tatabahasa04.02.2010
Untuk memulakan perenggan ke 2 surat rasmi mana perkataan yang betul: 1. Dimaklumkan bahawa... 2. Sila maklum ...3. Untuk makluman....4. Adalah dimaklumkan bahawa...Frasa yang betul ialah "dimaklumkan bahawa ...".Tatabahasa19.07.2012
1234

Kembali ke atas