Bolehkah saya terjemahkan "dexterous" kepada cekap? Berikut merupakan definisi yang diberikan oleh Cambridge Dictionary having the ability to perform a difficult action quickly and skilfully with the hands; having the ability to think quickly and effectively or to do something difficult extremely well | Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak melaksanakan fungsi terjemahan. Saudara bolehlah merujuk kepada Institut Terjemahan & Buku Malaysia untuk jawapan yang lebih tuntas. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Oxford Fajar Advanced Learners English-Malay Dictionary (Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 2001), ada dua padanan yang diberikan untuk dexterous, iaitu (a) skilful with one's hand, cekap: She's very dexterous with the knitting needles. Dia sangat cekap mengendali jarum kait. (b) skilfully perform, tangkas: a dexterous movement pergerakan yang tangkas. Kedua-dua padanan ini adalah berbeza mengikut konteks ayat atau penggunaannya.
| Penyemakan dan penterjemahan | 06.02.2024 |
Adakah terjemahan ini tepat? Workfare: a welfare system that requires those receiving benefits to perform some work or to participate in job training. "Workfare" kepada kebajikan kerja | Pihak kami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi perkataan "workfare" ialah kerja kebajikan. | Istilah | 21.09.2020 |
Apakah perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan 'spacewalk' dalam Bahasa Inggeris? Contoh ayat: Two astronauts will perform a spacewalk from the Quest module on the International Space Station. Dua angkasawan akan melakukan _____ dari modul Quest di International Space Station. Terima kasih. | Perkataan Bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan "spacewalk" ialah perjalanan angkasa. Perkataan perjalanan angkasa boleh digunakan jika bersesuaian. | Makna | 24.09.2018 |
Istilah sesuai untuk A large language model (LLM). Penerangan LLM is a type of machine learning model that can perform a variety of natural language processing (NLP) tasks such as generating and classifying text, answering questions in a conversational manner, and translating text from one language to another. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah large language model (LLM) ialah model bahasa besar. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 22.04.2024 |
Salam tuan, Saya mohon pencerahan maksud istilah Technology Convergence dalam Bahasa Malaysia. Contoh ayat adalah seperti berikut: "Technology convergence refers to the process by which different technologies, previously separate and distinct, come together to perform similar or related functions." Terima kasih. | Padanan bagi istilah technology convergence dalam bahasa Melayu ialah pergabungan teknologi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 18.03.2024 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin mendapatkan khidmat bantuan pihak DBP untuk menentukan istilah Bahasa Melayu yang sesuai bagi setiap perkataan Bahasa Inggeris seperti yang berikut: 1. Employee Work Passion 2. Employee Work Intention 3. Organizational Citizenship Behavior 4. Social Cognitive Theory of Appraisal 5. Work Cognition 6. autonomy 7. connectedness with leader 8. connectedness with colleagues 9. collaboration 10. distributive justice 11. feeback 12. growth 13. meaningful work 14. intent to use discretionary effort 15. intent to endorse 16. intent to perform 17. intent to be an organizational citizen Segala maklum balas dan perhatian pihak tuan didahului dengan terima kasih. sekian. | Waalaikumsalam, berikut ialah cadangan perkataan/istilah dalam bahasa Melayu bagi perkataan bahasa Inggeris yang dikemukakan. 1. Employee Work Passion – keghairahan bekerja 2. Employee Work Intention – niat bekerja 3. Organizational Citizenship Behavior –Sikap staf organisasi 4. Social Cognitive Theory of Appraisal – Teori penilaian kognitif sosial 5. Work Cognition – kognisi kerja 6. autonomy - autonomi 7. connectedness with leader – Hubungan dengan ketua/pemimpin 8. connectedness with colleagues –hubungan dengan rakan sekerja 9. collaboration – kerjasama 10. distributive justice – keadilan teragih 11. feeback – maklum balas 12. growth - berkembang 13. meaningful work – kerja yang bermakna/bermanfaat 14. intent to use discretionary effort – berniat menggunakan budi bicara 15. intent to endorse – bersungguh-sungguh menyokong 16. intent to perform – bersungguh-sungguh/berazam untuk maju 17. intent to be an organizational citizen – berniat untuk menjadi sebahagian daripada warga organisasi
| Istilah | 04.06.2018 |
bolehkah pihak tuan menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan lokusionari,ilokusionari dan perlokusionari dalam 'lakuan bahasa'. | Lokusioner ialah kita menyatakan maksud untuk menyampaikan mesej dengan terus-terang, contohnya; saya katakan "air dalam gelas ini sejuk". Tidak ada maksud lain selain daripada air di dalam gelas ini sejuk. Tetapi kalau ayat "eh... sejuknya air ni", bukannya mengatakan air itu sejuk tetapi menyampaikan pada masa yang sama maksud yang lain kerana kenapa beri air yang sejuk dan sudah tidak air lain lagi? Dengan suhu sejuk diberi pula air yang sejuk. Perlakuan ini disebut ilokusioner. Perlokusioner ialah intension menunjukkan apa yang hendak diperform. Contohnya dalam majlis perasmian, "dengan lafaz bismillah saya dengan sepenuh hati merasmikan menara Dewan Bahasa dan Pustaka ini", bercakap serentak dengan melakukan benda itu. Ini dikenali sebagai perlokusioner. | Tatabahasa | 28.08.2008 |
TERJEMAHAN PERKATAAN “BELLIGERENT” KE BAHASA MELAYU Tuan, Sukacita saya merujuk perkara di atas. 2. Saya memohon bantuan pihak Tuan untuk menterjemahkan perkataan “belligerent” ke dalam bahasa Melayu. Contoh ayat yang menggunakan perkataan “belligerent” ialah seperti di bawah subseksyen 5(b) Akta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (Perbadanan) 1965 [Akta 540] di bawah: “Purpose of the Corporation 5. The purposes of the Corporation shall be— (a) in time of peace or war, to carry on and assist in work for the improvement of health, the prevention of disease and the mitigation of suffering throughout the world; (b) in time of war, to furnish voluntary aid to the sick and wounded of armies and non-belligerents, to prisoners of war and to civilians suffers from the effects of war, in accordance with the spirit and covenants of the Geneva Conventions for the amelioration of conditions of the wounded and sick in armed forces in field, signed at Geneva on 12 August 1949; (c) to perform all the duties devolved upon a national society by each nation which has acceded to the said Conventions.” 3. Jawapan segera daripada pihak Tuan amat dihargai. Sekian, terima kasih. AIN-NUR ‘AMIYERRA AWOD BINTI ABDULLAH Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang Jabatan Peguam Negara | Kami mencadangkan belligerent diterjemahkan sebagai "pihak berperang". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Istilah | 29.01.2022 |