Apakah beza antara perkataan berhambus dengan berambus? | kedua-dua perkataan berhambus dan berambus mempunyai maksud yang sama pergilah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini. Perkataan yang baku alah berambus, manakala berhambus ialah bahasa percakapan. | Ejaan | 19.10.2018 |
Salam sejahtera. Adakah ejaan "berambus" sudah tidak boleh digunakan dan perlu digantikan dengan "berhambus"? | Dalam Kamus Dewan, berambus memberi makna nyah; pergi: ~ engkau dr sini! Manakala berhambus pula bermakna menghambus bp pergilah, nyahlah: biarkan dia ~; pergi ~ dr sini; menghambuslah engkau cepat-cepat. Oleh itu, perkataan berambus dan berhambus memberi maksud yang sama. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan yang baku ialah berambus, manakala berhambus ialah bahasa percakapan. | Istilah | 09.11.2020 |
Salam sejahtera masitah, Soalan : Berkenaan penggunaan partikel "-lah", adakah penggunaannya wujud untuk penulisan formal? Atau penggunaannya lebih hanya untuk penulisan tidak formal. Terima kasih. Jawapan : Penggunaan kata penegas lah ialah partikel atau kata tugas yg digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya serta terikat dengannya.Penggunaan partikel lah wujud dalam penulisan formal. Contoh; Makanlah kuih itu. Janganlah kamu berasa segan. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam jawapan di atas, contoh yang diberikan merujuk kepada perbualan. Contoh lain yang dapat saya fikirkan ialah seperti berikut: -Tidurlah wahai anakku -Belilah perisian yang original -Sayulah hatinya mengenangkan nasib yang menimpa keluarganya. -Marilah pergi mengundi -Terimalah hadiah ini Adakah perbualan dan penulisan kreatif dianggap penulisan formal. Pada pemahaman saya, penulisan formal seperti menulis surat rasmi atau laporan. Harap dapat maklum balas dengan kadar segera. | Penulisan formal seperti surat rasmi dan laporan juga terdapat penggunaan partikel lah. Misalnya perkataan "hendaklah" yang lazim digunakan dalam surat rasmi mahupun pekeliling rasmi. | Tatabahasa | 15.01.2013 |
Penggunaan partikel -lah dan la dalam penggunaan ayat agak mengelirukan. Terlalu banyak kekeliruan yang terjadi dalam penggunaan ayat. Boleh terangkan perbezaan antara dua tatabahasa ini? Antara yang berikut mana yang lebih tepat penggunaannya? " Aku rasa la lebih baik kau pergi saja ke sana?" " Aku rasalah lebih baik kau pergi saja ke sana?" | Ayat yang betul ialah “Aku rasalah lebih baik kaupergi saja ke sana.” Penggunaan partikel atau kata penyerta yang betul ialah “–lah”, yang berfungsi untuk memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. | Tatabahasa | 13.06.2022 |
Nak tanya 1. ............lah masuk ke dalam rumah saya. 2. ........... datang ke majlis hari jadi saya, esok. Pilihan jawapannya jemput dan sila | Jemput dan sila boleh bertukar ganti penggunaannya kerana mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat: Jemput bermaksud 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yang pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: Sila = silalah, silakan, silakanlah minta dengan hormat supaya ..., jemputlah, sudilah: | Makna | 29.10.2015 |
adakah redha sama maksud dengan rela? | reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; | Makna | 03.11.2009 |
Apakah perbezaan antara LEPAS dan SELEPAS? Dalam konteks ayat yang bagaimanakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan? Terima kasih. | LEPAS - tidak terikat lagi, tidak mempunyai pertalian (perhubungan, sangkut paut) lagi, bebas: apa bicara Bendahara kerana segala rantau barat ~lah drpd kita; ia tidak ~ drpd memikirkan kekasihnya; 2. lari atau bebas (drpd kurungan, penjara, tahanan, dsb), lucut (drpd ikatan dll): ia meronta-ronta dan menghempas-hempas tetapi tidak juga ~; selepas -kata terbitan perkataan lepas yang membawa maksud sesudah, setelah sudah, setelah selesai: tiada berapa lama ~ bersalin, si Helang Bakau dan suaminya serta pengikutnya pergi memukat;. Perkataan ini berperanan sebagai kata hubung waktu. Lazimnya, kedua-duanya boleh digunakan apabila berfungsi sebagai kata hubung masa. " Lepas" biasanya digunakan dalam bahasa percakapan. cth: Lepas sarapan, dia terus pergi kerja.
| Tatabahasa | 11.09.2012 |
1)saya ingin bertanya barkaitan dengan sejarah lagu ghazal pak ngah balik. selain itu juga saya ingin mengetahui sinopsis lagu tersebut. 2)saya masih tercari-cari pantun melayu klasik yang berkaitan maksud dengan si dara jelita sedang tenang menunggu kepulangan teruna idaman. 3)saya menyertai pesta zapin, jadi perlu menghantar sinopsis lagu dan jenis zapin. zapin yang kami bawa adalah zapin putar alam dan tajuk lagu pula ialah lagu pak ngah balik. mohon idea penulisan dari pihak anda. | Lagu Pak Ngah Balik adalah berentak ghazal (bukan zapin) dan dinyanyikan oleh Zainurin Md. Dom. Rakaman lagu ini dibuat dalam piring hitam jenis MHT A2 dengan iringan Orkes Sri Penambang Ghazal Muar pimpinan Atan Penambang. Pencipta lagu ini ialah Pak Lomak atau nama sebenarnya Haji Musa Yusof. Pak Ngah Balik Bulan mengambang Pak Ngah lah yang balik Ahailah sayang Bulanlah yang mengambang Bulan mengambang Tengah malam Bulan mengambang Pak Ngah lah yang balik Ahailah sayang Bulanlah yang mengambang Bulan mengambang Tengah malam Ahailah nampak bercahaya Nampak bercahaya dengan serinya Janganlah abang Pak Ngah lah yang balik Ahailah sayang Janganlah abang Janganlah abang berhati bimbang Hai adik pergi Adik pergi tidaklah lama Tidaklah lama Untuk mendapatkan pantun yang dimaksudkan, saudara/saudari boleh merujuk buku pantun 'Kurik Kundi Merah Saga' | Lain-lain | 26.03.2010 |