Apakah perkataan yang lebih sesuai untuk menggambarkan organisasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Adakah: 1. Program Kesihatan Pergigian (sedia ada) 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian 3. Program Pergigian Program berperanan sebagai agensi utama untuk; 1. Menentukan, membangun serta mengkaji semula dasar kesihatan pergigian 2. Menerajui penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang serta peraturan berkaitan amalan kesihatan Pergigian Negara 3. Menerajui pengendalian Perkhidmatan Kesihatan Pergigian termasuk merancang, mengatur, melaksana, memantau dan menilai penjagaan kesihatan pergigian 4. Menerajui pengendalian Aktiviti Promosi Kesihatan Pergigian. | Frasa yang sesuai ialah 2. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian | Lain-lain | 10.01.2018 |
Pohon nyatakan penggunaan bahasa yang betul untuk menggambarkan organisasi; Adakah 1. Program Pergigian 2. Program Kesihatan Pergigian atau 3. Program Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Buat masa sekarang kami menggunakan- Program Kesihatan Pergigian. Terima kasih | Nama yang lebih tepat untuk menggambarkan organisasi ialah PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN (program - untuk menjelaskan aktiviti yang dilaksanakan) | Lain-lain | 05.01.2018 |
Definisi bagi perkataan Jururawat Pergigian | Jrurawat pergigian ialah orang yang bertugas membantu doktor gigi/merawat pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan pergigian. | Makna | 07.05.2009 |
Selamat sejahtera, Apakah gelaran yang kita patut gunakan bagi orang yang datang ke klinik pergigian? Adakah 'pesakit' atau 'pelanggan'. Oleh sebab klinik pergigian berbeza dengan klinik biasa dan orang yang datang ke klinik pergigian tidak semestinya mengalami sebarang penyakit (mereka mungkin hanya ingin melakukan prosedur pergigian biasa seperti membersihkan gigi). Yang manakah sesuai digunakan? 1) Melayan pesakit. 2) Melayan pelanggan. Mohon penjelasan DBP, terima kasih. | Betula, pesakit bermaksud orang yang sakit. Jika tidak sakit boleh ditulis, orang ramai mendapatkan rawatan di klinik gigi. Pelanggan lazimnya merujuk orang yang membayar untuk sesuatu khidmat yang diperoleh. | Tatabahasa | 26.04.2015 |
Terapist - jururawat pergigian | terapi | Lain-lain | 25.03.2008 |
Dikatakan betul, Klinik Pergigian Dr. Ali dan salah bagi Klinik Gigi Dr. Ali. Bagaimanakah dengan Klinik Mata Dr. Ali dan Klinik Telinga Dr. Ali? | Frasa yang paling tepat ialah Klinik Pergigian bagi merujuk hal yang berkaitan dengan gigi dan bukannya gigi semata-mata. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah dental clinic dan tidak ada teeth clinic. Hal ini mungkin tidak sama bagi Klinik Mata dan Klinik Telinga. | Tatabahasa | 18.12.2013 |
salam sejahtera..mana perkataan yang betul digunakan...Klinik Gigi Aina atau Klinik Pergigian Aina? terima kasih tuan.. | Ayat yang betul ialah Klinik Pergigian Aina | Tatabahasa | 09.07.2011 |
Salam bahagia. Kami akan membuka sebuah klinik pergigian di sebuah kompleks membeli-belah. Untuk memohon lesan iklan, pihak berkuasa Majlis Bandar Subang Jaya mahu kami melampirkan iklan/nama klinik kami kepada pihak tuan supaya pihak tuan mengesahkan ejaan perkataan "Klinik Pergigian Woo" adalah betul. Tolong bagi tahu cara untuk meminta pengesahan name klinik daripada pihak tuan. Sekian. Terima kasih. Dr. Woo Soey Geok/03-7806-1755 | Sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan DBP untuk pengesahan iklan melalui laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Pelanggan/login.aspx Sekian terima kasih | Lain-lain | 26.04.2017 |
Soalan ke-55,"Klinik Gigi" yang ditunjukkan pada 07/07/2007 Arkib Pantau Regur bahasa, diterangkan salah dan perkataan yang betul ialah "Klinik Pergigian". Namun, bahagian Arkib soalan (soalan 62) pengguna Web ini menjelaskan Klinik Gigi ialah perkataan yang betul. Ini telah menyebabkan kami keliru, kami amat menghargai penjelasan yang diterangkan oleh pihak DBP,tetapi kami amat harap pihak DBP menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dengan teliti supaya tidak menjadikan sebarang keliruan. Terima Kasih! | Pergigian bermaksud hal-hal berkaitan gigi. Dalam penamaan premis biasanya menggunakan frasa yang ringkas dan mudah. Contohnya, Klinik Gigi, Klinik Mata, Klinik Kulit. Manakala pergigian biasanya digunakan sebagai contoh Fakulti Pergigian. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan. | Lain-lain | 20.06.2010 |
Salam sejahtera. Saya Chai; 22; dari Taiping; siswa Pergigian di USM Kampus Kesihatan. Merujuk bahagian dalam petak oren pada gambar yang dilampirkan, bukankah istilah yang tepat bagi Dewan Rakyat, Dewan Negara ialah "Yang di-Pertua"? Saya juga mengalu-alukan pihak tuan/puan memberi pencerahan tentang mana-mana kesiilapan tatabahasa/struktur ayat pada mesej ini. Terima kasih. | Tiada lampiran yang disertakan. Walau bagaimanapun, seperti yang tuan sedia maklum "Yang di-Pertua Dewan Rakyat" dan "Yang di-Pertua Dewan Negara", batul. | Tatabahasa | 21.08.2014 |