contoh ayat majmuk,nafi,perintah,tunggal | Ayat majmuk: Ali bermain bola di padang bersama dengan kawan-kawannya. Ayat nafi: Itu bukan rumahnya. Mereka tidak datang semalam. Ayat perintah: Keluar dari bilik ini. Pergilah dari sini. (menggunakan partikel -lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat) Ayat tunggal: Ali bermain bola di padang. Ali bermain bola bersama dengan kawan-kawannya. | Tatabahasa | 14.04.2009 |
minta maaf bila agaknya saya boleh dapat jawapannya?melalui? | Ayat majmuk: Ali bermain bola di padang bersama dengan kawan-kawannya. Ayat nafi: Itu bukan rumahnya. Mereka tidak datang semalam. Ayat perintah: Keluar dari bilik ini. Pergilah dari sini. (menggunakan partikel -lah untuk melembutkannya di samping menegaskan predikat) Ayat tunggal: Ali bermain bola di padang. Ali bermain bola bersama dengan kawan-kawannya. | Tatabahasa | 14.04.2009 |
Tuan, 'kan' dalam dialog berikut perlu dieja bersambung atau dijarakkan? (1) "Janganlah macam tu, kita kan kawan baik." atau "Janganlah macam tu, kitakan kawan baik." (2) "Kau kan tak suka aku." atau "Kaukan tak suka aku." (3) "Ibu... kakak kan... dia kan, dia nak pukul adik". atau "Ibu... kakakkan... diakan, dia nak pukul adik." (4) "Siapalah saya ni kan". atau "Siapalah saya nikan". (5) "Ha, tu kan dah jatuh." atau "Ha, tukan dah jatuh." (6) "Kau ni kan, memang nak kena". atau "Kau nikan memang nak kena". (7) "Pergilah, aku tumbuk kan!" atau "Pergilah, aku tumbukkan!" | Hanya kan yang berfungsi sebagai imbuhan sahaja dieja bersambung dengan perkataan sebelumnya. Selain itu "kan" dieja terpisah kerana kan dalam percakapan bermaksud bukan atau tidak membawa apa-apa makna. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
peribahasa ada menyebut 'Tak kenal maka tak cinta'. sejauhmanakah peribahasa ini dapat mempengaruhi bidang pengkajian bahasa melayu. | Sdr. Nurul, Pihak kami hanya membantu dalam masalah yang mungkin terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu yang pihak sdr. hadapi, tetapi dalam soal berbentuk kajian seperti ini saya rasa sdr. perlu membuat kajian sendiri dan pergilah ke perpustakaan yang terdekat untuk mencari maklumatnya. | Lain-lain | 16.05.2010 |
Selamat pagi. Sekolah saya baru menjalankan peperiksaan percubaan kali ke-4. Kami mengalami kekeliruan terhadap sesetengah jawapan bagi soalan berikut: 1. Penganut agama Hindu itu ____________ tangga untuk sampai ke Batu Caves. A berjalan B menaiki C menuruni D mendaki * Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menaiki' juga bermaksud 'mendaki'. 2. "Awak pergilah dulu ke kantin. Sebentar lagi, saya akan _________," kata Emily kepada En. Woon. A mengejar B menyusul C mengikuti D mengekori ** Mengikut jawapan yang diberi, jawapannya ialah B. Tetapi merujuk kepada DBP edisi ke-4, definisi 'menyusul' juga bermaksud 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sekian, terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, kata 'menaiki' juga sama dengan 'mendaki'. Begitu juga kata ' menyusul' juga bermakna 'mengikuti' dan 'mengekori'. Sila berbincang dengan pihak sekolah tentang perkara ini. | Makna | 08.08.2008 |
Erti pirah mabuk. | Istilah "pirah" tidak terdapat maknanya dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kami berpendapat frasa ini digunakan dalam bahasa lisan dan tidak rasmi yang mungkin bermaksud "Pergilah mabuk". | Lain-lain | 30.01.2018 |
Chandra Cikgu Apakah kekurangan Bahasa Malaysia? Hanya usaha diperlukan untuk mewujudkan istilah Bahasa Malaysia dan bukan sekadar mengambil jalan mudah meminjam bahasa asing sebagai bahasa Malaysia. Pelbagai alasan boleh diberikan, tetapi tujuan dan hala tuju perlu diteliti agar dapat mengekalkan Bahasa Malaysia jangan sampai ditelan zaman. Alasan yang diberikan memang tidak munasabah dan tidak wajar mengikut peredaran masa kini. Masih ada lagi perkataan baru digunakan untuk merujuk sesuatu benda baharu di akhbar Metro dan media massa termasuk menteri-menteri kabinet menggunakan perkataan mereka-meraka dan dari masa ke semasa. Kemungkinan besar DBP tidak mempunyai kuasa terhadap perkara tersebut. Pemikiran yang matang dan berpengalaman dapat menyelamatkan bahasa Malaysia hancur di persada dunia. Kita tidak perlu menjadi pak turut ahli-ahli politik Malaysia sebaliknya berjuang dalam memartabatkan bahasa Malaysia. Walaupun saya seorang bukan Islam, namun kesetiaan saya terhadap bahasa Malaysia sangat utuh tidak akan membenarkan sama sekali bahasa Malaysia dijadikan Jorgan oleh kebanyakan pihak. Jangan hanya membalas soalan dari pejabat sahaja, tetapi pergilah melawat sekolah-sekolah di Malaysia dan mengetahui masalah penggunaan bahasa Malaysia. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. | Terima kasih Cikgu Chandra. Malaysia pasti memerlukan lagi orang seperti cikgu untuk bersama-sama DBP memartabatkan bahasa Kebangsaan. | Lain-lain | 20.01.2014 |