Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ha.tian] | ڤرهاتين

Definisi : hasil memerhatikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ha.tian] | ڤرهاتين

Definisi : perihal menumpukan pandangan (fikiran dsb) pd sesuatu, minat (dan reaksi atau layanan): mereka memberikan sepenuh ~ pd pelajaran; semenjak diterbitkan, buku ini mendapat ~ ahli-ahli bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ha.tian] | ڤرهاتين

Definisi : keingin­an atau kesukaan kpd sesuatu; minat: Disangkanya kita ada ~ terhadapnya. menarik ~ menimbulkan minat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Peribahasa

Bermata mata kayu,
     bertelinga telinga kuali.

Bermaksud :

Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, minta lihat contoh ayat di bawah. 1. Hal ini perlu diberi perhatian. ayat (1) setelah diaktifkan, menjadi ayat (2): 2. (Pelaku) perlu memberi hal ini perhatian. Ayat aktif ini juga boleh berbentuk seperti ayat (3), 3. (Pelaku) perlu memberikan perhatian kepada hal ini. jikalau ayat pasif ayat (3) berbentuk macam ini: 4. Perhatian perlu diberikan kepada hal ini. Tetapi, tuan mengatakan bahawa setelah frasa 'diberikan perhatian' dalam ayat (1) diaktifkan, akan menjadi 'memberikan perhatian', itu salah tuan. Sepatutnya objek dalam ayat (1) ialah 'hal ini'. Perkataan 'perhatian' ialah objek sipi. Maka, objek tepat, iaitu 'hal ini' yang dipindahkan ke belakang kata kerja aktif setelah ayat pasif diaktifkan, membentuk frasa kerja 'memberi hal ini perhatian'. Perhatikan bahawa objek sipi 'perhatian' diletakkan di belakang objek tepat 'hal ini'. Objek penerima ialah 'hal ini', jadi digunakan selepas kata kerja 'memberi', manakala 'perhatian' ialah sesuatu yang disampaikan, diberikan atau diserahkan.Jika ayat pasif, "Hal ini perlu diberi perhatian", aktifnya "...memberi hal ini perhatian" dan jika ayat pasif "Perhatian perlu diberikan kepada hal ini", aktifnya "... perlu memberikan perhatian kepada hal ini". Hal ini ialah "objek tepat" dan perhatian ialah "objek sipi". Kami mengambil maklum pandangan tuan dan memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa19.11.2014
PERHATIAN~ PIHAK PENGURUSAN, ANSARY CAR WASH ~KEPADA PELANGGAN YANG DIHORMATI, SILA PASTIKAN TIADA BARANG BERHARGA DITINGGALKAN DALAM KERETA KETIKA KERJA-KERJA MENCUCI DILAKUKAN. KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS BARANG BERHARGA ANDA YANG HILANG. SEKIAN, TERIMA KASIH.Sila kemukakan pertanyaan anda.Lain-lain03.09.2014
Manakah ayat yang betul: 'Sila beri perhatian.' atau 'Tolong beri perhatian.'?Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakanan.Lain-lain22.11.2018
Yang manakah betul? `Perkara ini harus diberi perhatian.` ATAU `Perkara ini harus diberikan perhatian`? Kedua-dua ayat ini nampaknya ialah ayat pasif. Bagaimanakah ragam ayat aktifnya? Terima kasih .Ayat aktifnya ialah seseorang harus memberi perkara ini  perhatian.  Tatabahasa10.04.2009
penggunaan tanda baca: a)"Diam, tolong beri perhatian semasa saya mengajar!" kata Puan Azizah. b)"Diam! Tolong beri perhatian semasa saya mengajar," kata Puan Azizah. mana yang betul?Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Diam, tolong beri perhatian semasa saya mengajar!" kata Puan Azizah.Tatabahasa08.07.2013
memberi perhatian diikuti dengan "kepada" atau "terhadap"? Jika kedua-dua boleh digunakan, apakah perbezaannya? Sekian, terima kasih.Walaupun terhadap juga bermaksud kepada, namun lazimnya kita menggunakan frasa "memberi perhatian kepada". Kata sendi nama kepada digunakan untuk sasaran, maka frasa perhatian kepada + sasaran.Tatabahasa21.02.2013
....Atas perhatian daripada bapa, kita harus mengenang jasanya. Adakah penggunaan kata sendi nama (daripada) itu perlu wujud dalam ayat di atas.Ayat tersebut betul.Lain-lain29.07.2010
Mohon perhatian, mana yang betul (penulisan): Harga buku itu dua setengah ringgit. Harga buku itu dua ringgit setengah. Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen.Yang paling tepat ialah - Harga buku itu dua ringgit lima puluh sen.Lain-lain23.04.2010
Assalamualaikum Mohon perhatian dan DBP,penggunaan Norma Baharu atau Normal Baharu yang lebih tepatnya dalam situasi sekarang.Kerana kalau di dalam Bahasa Inggerisnya di sebut NEW NORMAL bukannya NEW NORM. Terima kasih.
Padanan bahasa Melayu bagi new normal ialah kebiasaan baharu manakala new norm pula ialah norma baharu.

Kebiasaan baharu merupakan tindakan atau tingkah laku yang baharu atau tidak seperti kebiasaan untuk dijadikan standard atau biasa disebabkan oleh sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangki, dalam usaha mengadaptasi keadaan baharu.

Norma baharu pula merupakan peraturan yang diterima atau diguna pakai oleh masyarakat disebabkan berlakunya sesuatu perkara seperti pandemik penyakit berjangkit.

Puan boleh rujuk laman FB Dewan Bahasa dan Pustaka untuk istilah semasa. 
Penyemakan dan penterjemahan02.06.2020
NOTIS PEMAKLUMAN PERHATIAN Adalah Dimaklumkan Bahawa, Pekan Sehari Pada Setiap Isnin Akan Berpindah Sementara Mulai 30 Januari 2018. Peniaga Yang Terlibat Bagi Perpindahan Tersebut Hanyalah Peniaga Yang Berada Di Lokasi Berhadapan Rumah Rehat Lama Sahaja. Perpindahan Tersebut Adalah Memberi Laluan Kepada Pembinaan Dewan Terbuka Di Lokasi Tersebut. Rujuk Pelan Lokasi Sebenar Di Bawah. HARAP MAKLUMSila betulkan ayat dalam notis pemakluman seperti yang berikut: Dimaklumkan bahawa Pekan Sehari pada setiap hari Isnin akan berpindah sementara mulai 30 Januari 2018. Peniaga yang terlibat bagi perpindahan tersebut hanyalah peniaga yang berada di lokasi berhadapan dengan Rumah Rehat Lama sahaja. Perpindahan tersebut bertujuan memberi laluan kepada pembinaan dewan terbuka di lokasi tersebut. Sila rujuk pelan lokasi sebenar seperti di bawah.

Sila ikut pola huruf permulaan setiap perkataan dengan betul.
Tatabahasa23.01.2018
12345678910...

Kembali ke atas