Salam. Adakah ayat di bawah ini betul? Menurut Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), spesies Harimau Malaya dan seladang serta penyu spesies terancam. | Ayat yang betul ialah: Menurut Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), spesies harimau Malaya, seladang dan penyu merupakan spesies yang terancam. | Tatabahasa | 15.01.2022 |
Memohon bantuan semakan bahasa di iklan yang dilampirkan. Poster ini akan dipaparkan di Laman Web Rasmi dan Media Sosial Kem. Tenaga dan Sumber Asli dan Jabatan PERHILITAN | Kami cadangkan pembetulan seperti yang berikut: 1. Harimau Malaya: "Kelangsungan hidup Harimau Malaya, di tangan kita" atau Harimau Malaya: "Kelangsungan hidup haiwan ini, di tangan kita" 2. Tambah perkataan kita dan masukkan titik dalam ayat “Sekiranya tindakan luar biasa (extraordinary actions) tidak dilakukan dari sekarang, negara kita akan kehilangan spesies ikonik ini buat selama-lamanya. ” 3. Masukkan titik untuk singkatan: HJ. NASARAH | Lain-lain | 21.07.2021 |
Adakah RTM, KPM dan BPR termasuk dalam golongan akronim? Terima kasih | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang diberikan, RTM, BPR dan KPM merupakan akronim. | Tatabahasa | 09.12.2013 |
Assalamualaikum, Saya nak tahu istilah dalam Bahasa Melayu dan Nama dalam Istilah Saintifik (famili & spesis) pokok berikut: Nama Pokok : Ibol (Bahasa Murut) Kegunaan : Untuk menghasilkan warna Hitam dicampur dengan arang untuk mewarna buluh. Terima kasih | Pihak DBP tidak menyimpan senarai nama pokok seperti yang diperlukan. Saudara boleh menghubungi Jabatan Pertanian atau Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar di tempat saudara. | Lain-lain | 01.03.2008 |
Boleh saya tahu kata baru yang menggabungkan bahagian kata (Akronim) selain daripada Selembu (seladang + lembu), apa lagi ya? Terima kasih | Mengikut Kamus Dewan, perkataan "AKRONIM" bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata), pawagam (panggung wayang gambar) dan banyak lagi. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkataan "AKRONIM", puan bolehlah merujuk buku Tatabahasa Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Tatabahasa Dewan sangat berkesan untuk dijadikan panduan dalam pembelajaran tatabahasa Melayu. | Tatabahasa | 11.02.2021 |
Saya ingin mendapatkan khidmat nasihat bagi ejaan akronim Sekolah Menengah Sains Tapah iaitu "SESTA". Adakah penulisan rasmi di dalam perenggan biasa selain tajuk menggunakan ejaan "SESTA", "Sesta" ataupun "SeSTa"? Terima kasih. | Untuk makluman pihak tuan, akronim ialah kata yang terbentuk daripada gabungan huruf awal, suku kata atau bahagian lain beberapa perkataan lain atau frasa yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan, contohnya MARDI (Malaysian Agricultural Research Development Institute), jentolak (jentera tolak), ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan Bernama (Berita Nasional Malaysia). Pihak kami mencadangkan akronim untuk sekolah tuan ialah Semesta. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 47. | Tatabahasa | 09.11.2023 |
Saya ingin bertanya adakah singkatan bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di tulis JAKIM ataupun Jakim. Mohon jawapan berserta penjelasan daripada pihak tuan kerana terdapat percanggahan pendapat berhubung perkara ini di pejabat kami. Terima kasih. | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim. | Ejaan | 04.12.2013 |
Terima kasih atas jawapan bagi soalan-soalan saya yang terdahulu. Saya amat hargai. Singkatan nama Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan "DBP", Kementerian dalam Negeri "KDN", "MAMPU", "INTAN" dan sebagainya. Bagaimana pula sewajarnya singkatan nama bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia? Adakah ada kaedah tertentu sama ada menggunakan "JAKIM" atau "Jakim"? Persoalan huruf kecil atau huruf besar. Saya dahului dengan ucapan terima kasih atas jawapan tuan. | Terdapat beberapa cara pembentukan akronim, iaitu: 1. Cantuman huruf awal pertama seperti ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) 2. Cantuman huruf dan suku kata perkataan seperti Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) 3. Cantuman suku kata awal perkataan seperti Bernama (Berita Nasional Malaysia) Berdasarkan contoh yang tersebut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk dalam cara pembentukan yang kedua dan sewajarnya dieja Jakim. | Tatabahasa | 31.01.2013 |
Soalan di lampiran | Untuk makluman pihak tuan, akronim ialah kata yang terbentuk daripada gabungan huruf awal, suku kata atau bahagian lain beberapa perkataan lain atau frasa yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan, contohnya PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia), MARDI (Malaysian Agricultural Research Development Institute), jentolak (jentera tolak), ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan Bernama (Berita Nasional Malaysia). Pembentukan akronim YAPEIM dibuat dengan mencantumkan suku kata pertama bagi perkataan pertama dengan huruf awal perkataan-perkataan yang berikutnya, dengan penyeragaman penggunaan keseluruhan huruf besar bagi nama khas. Oleh yang demikian pembentukan akronim YAPEIM betul dan boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 47 dan buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2014), halaman 105 - 106. | Tatabahasa | 20.11.2024 |
Saya ingin bertanya berkaitan akronim. berdasarkan Tatabahasa Dewan, akronim ialah gabungan perkataan huruf awal dan suku kata daripada satu rnagkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar contoh Bernama, Mara, ubahsuaii. berdasarkan satu kenyataan dalam Khidmat Nasihat DBP pada 2013 (rujuk lampiran) RTM, KPM, BPR turut disenaraikan dalam akronim. Saya agak keliru sedikit. Bukankah akronim harus diujarkan sebagai satu perkataan? Maka apakah beza akronim dan singkatan? Mohon prncerahan. | Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain).
| Lain-lain | 06.09.2015 |