Terjemahan untuk twin sharing. | Berdasarkan Daftar Ungkapan Umum Pelancongan dan Perhotelan, padanan istilah twin sharing dalam bahasa melayu ialah dwiinap. Terima kasih. | Istilah | 22.03.2004 |
Apakah terjemahan yang betul bagi perkataan Inggeris "welcoming drink" yang selalu wujud ketika kita mendaftar masuk ke hotel. Pihak hotel menerima tetamu dengan memberikan "welcoming drink". Sudah adakah istilah khusus untuk perkataan ini terutamanya dalam istilah perhotelan | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan welcome drink ialah minuman alu-aluan. | Istilah | 20.09.2008 |
Saya ingin bertanya jika terdapat perkataan 'suite' dalam bahasa melayu kerana saya cek Kamus Dewan tiada tetapi dalam carian kata wujud bilik suite dalam Istilah Malaysia. Jika tiada apa pula maksud suite dalam BM. Terima Kasih | Dalam bidang perhotelan istilah suite dikekalkan seperti Bilik Suite, manakala dalam bidang Kesenian istilah suite diterjemahkan kepada suit seperti Suit Perancis. | Istilah | 06.08.2012 |