definisi masalah peribadi | Masalah peribadi bermaksud sesuatu yang memerlukan penyelesaian; perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran dalam diri sendiri. | Makna | 05.07.2008 |
MAKSUD NILAI PERIBADI DAN NILAI PENDIDIKAN | Saudara, Secara umumnya, nilai peribadi bermaksud sifat atau taraf diri dan nilai pendidikan pula boleh bermaksud sifat atau taraf sesuatu dari segi pendidikan. Walau bagaimanpaun, untuk mendapatkan maksud atau maklumat lanjut tentang perkara ini saudara perlulah membuat rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara atau merujuk buku-buku tentang bidang berkaitan. | Makna | 12.10.2010 |
adakah perkataan personal telah boleh digunapakai seerti dengan peribadi. adakah ia bahasa inggeris @ telah dimelayukan? | Padanan dalam bahasa Melayu bagi personal ialah peribadi, bermakna penggunaan personal tidak digalakkan kerana penggunaan istilah dalam bahasa Melayu diutamakan. | Istilah | 10.05.2010 |
apakah maksud karakter? | Saudara, Perkataan tersebut bermaksud n 1. (in writing) huruf, aksara: Chinese ~s, huruf Cina; 2. mental and moral make-up, peribadi, sifat, watak: she has a strong ~, dia mempunyai peribadi yg tegas; ~ building, pembentukan peribadi; 3. moral strength, peribadi yg tinggi: a man of ~, seorang yg mempunyai peribadi yg tinggi; 4. distinguishing feature, ciri, sifat: a house with a ~ of its own, sebuah rumah yg mempunyai ciri yg tersendiri; 5. style, corak: the film changes in ~ half-way through, filem itu bertukar corak pd pertengahan cerita. Tidak diberi padanan 'karakter' dalam bahasa Melayu. | Makna | 16.09.2010 |
Apakah terjemahan paling sesuai untuk Perkataan Privacy selain dari diterjemahkan sebagai Privasi. Adakah Persendirian ? Peribadi ? atau ? ada perkataan yang lebih sesuai atau hanya SENDIRIAN Contoh Privacy Right = HAK PRIVASI atau HAK PERIBADI atau HAK PERSENDIRIAN atau HAK BERSENDIRI ? atau HAK MENYENDIRI ? sama seperti dalam Private Limited Company diterjemah sebagai Syarikat Sendirian Berhad? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, privasi ialah keadaan atau suasana bersendiri tanpa sebarang gangguan: tentunya di rumah sewa spt itu kami tidak ada ~. | Makna | 16.04.2010 |
Maksud 'Sahsiah' | - Salam. Menurut Kamus dewan Edisi ke 4, sahsiah berasal dari perkataan Arab yang bermaksud keperibadian, peribadi: Contoh penggunaan: yg utama ialah menuntut ilmu dan melengkapkan proses pembinaan peribadi atau ~ sbg insan yg terpuji. Sekian.
| Lain-lain | 21.12.2008 |
Salam sejahtera, mohon berikan cadangan terjemahan bagi "Privacy Policy" (polisi yang biasanya dinyatakan jika kita mengisi borang, untuk melindungi butir peribadi kita) dan sejenis warna, "medium green". Terima kasih | 1. Ruangan tersebut bukanlah suatu dasar, sebaliknya disebut "Maklumat Peribadi" yang perlu dilengkapkan apabila kita mengisi borang. 2. Medium bermaksud sederhana dan jika medium green diterjemahkan itulah warna hijau yang sebenarnya. Maka cukup sekadar kita menandakannya sebagai warna hijau kerana jika berlebihan hijaunya baharu disebut hijau pekat dan jika sebaliknya disebut hijau cair. | Istilah | 17.07.2012 |
salam..sy nak tanya betul tak ayat " Perancangan strategik peribadi menjadi motivasi bagi kita untuk sedar siapa kita dan akan ke mana bangsa ini"... sy nk tahu penggunaan "siapa" dan "mana" dalam ayat ini boleh digunakan atau tidak kerana sedia maklum kata tanya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata.harap dapat membantu.terima kasih. | Pendapat saudara betul, siapa dan mana ialah kata tanya. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi: Perancangan strategik peribadi menjadi motivasi bagi kita untuk sedar siapakah kita dan akan ke manakah bangsa ini. | Tatabahasa | 15.02.2012 |
Perkataan "LANGSAI" sering dikaitkan dengan hutang. Bolehkah 'LANGSAI" digunakan untuk urusan bukan hutang, contohnya seperti berikut: (1) melangsaikan (menyelesaikan) urusan peribadi (2) melangsaikan (menyelesaikan) perkara berbangkit (3) Hal ehwal belum langsai (unresolved matters) (4) Isu-isu belum langsai (oustanding issues) | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, langsai bermaksud 1. sudah habis dibayar (hutang dan lain-lain), jelas, lunas, selesai 2. (sastera lama) jelas (rupa, pandangan, dll), terang 3. melangsai - melayang (terbang) dengan cepat 4. tirai. Berdasarkan maksud yang diberikan, perkataan langsai tidak sesuai digunakan dalam konteks urusan peribadi, perkara berbangkit, hal ehwal dan isu. | Makna | 16.04.2012 |
private financing initiative | inisiatif pembiayaan peribadi | Istilah | 20.04.2011 |