Pertanyaan nama betul untuk PERSATUAN PERIKATAN PENGIKLANAN BERSEPADU NEGERI PAHANG | Berdasarkan carian kami melalui Internet, terdapat nama Persatuan Pengiklanan Negeri Pahang yang berstatus aktif, namun tidak menemukan nama Persatuan Perikatan Pengiklanan Bersepadu Negeri Pahang. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan pihak yang berkaitan atau buat carian melalui laman sesawang yang mempunyai pangkalan data mengenai senarai nama persatuan yang berdaftar. | Lain-lain | 26.05.2022 |
Adakah penggunaan adalah betul dalam konteks tersebut? -Kerajaan Perikatan Nasional berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang Negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali. -Majlis ini adalah tadbir urus tertinggi dalam menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital dan 4IR di Malaysia. -Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan.....etc | Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaan adalah 1. Kerajaan Perikatan Nasional berpendirian bahawa setiap rakyat Malaysia adalah tertakluk di bawah undang-undang Negara dan tidak ada sesiapa pun yang terkecuali 2. Majlis ini adalah tadbir urus tertinggi dalam menetapkan dasar, pelaksanaan serta pemantauan strategi dan inisiatif ekonomi digital dan 4IR di Malaysia. Perkataan adalah tidak boleh digunakan pada awal ayat seperti Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa... | Tatabahasa | 17.11.2020 |
Tuan, saya ingin bantuan untuk mendapatkan makna yang lebih tepat untuk penggunaan istilah Job Dis Embeddedness. Bolehkah jika saya gunakan Tidak Perikatan Kerja atau Tidak Terikatan Kerja bagi penggunaan istilah English tersebut. Terima kasih atas maklum balas. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: job disembeddedness - ketakterikatan kerja Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 14.01.2022 |
Apakah istilah yang digunakan untuk istilah 'loose alliances' :a union or association formed for mutual benefit, especially between countries or organizations. Terima Kasih. | Kami mencadangkan "sekutu bebas" atau "perikatan bebas" sebagai padanan yang tepat bagi istilah "loose alliances". | Istilah | 21.06.2020 |
apakah definisi bagi konsep persatuan? | 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata; Sila rujuk buku-buku yang berkaitan untuk maklumat yang lebih terperinci. | Lain-lain | 06.10.2009 |
Salam sejahtera tuan/puan. Saya ambil maklum bahawa menurut PRPM, maksud intrapreneurship ialah "usaha sama" yang yang merujuk kepada "proses penginovasian dalam organisasi yang sedia ada" manakala joint venture pula bermaksud "usaha sama" (bidang pengurusan) yang merujuk kepada "salah satu bentuk perikatan strategik yang melibatkan dua atau lebih organisasi dalam menubuhkan satu entiti korporat bagi tujuan perkongsian sumber dan keupayaan untuk menjana kelebihan dalam persaingan. Soalan saya, bagaimana jika kedua-dua perkataan 'intrapreneurship' dan 'joint-venture' berada sama satu ayat yang sama? Bagaimanakah kita boleh menterjemahkan kedua-kedua istilah tersebut? Jika boleh saya memberi cadangan, bolehkah saya cadangkan untuk istilah 'intrapreneurship' itu diterjemahkan sebagai 'pengkaryawan perusahaan', kerana pada hemat saya istilah ini merujuk kepada proses penginovasian tersebut yang dilakukan dalam organisasi/perusahaan yang sedia ada. Terima kasih. | Waalaikumussalam puan ... Jika puan mempunyai pendapat atau cadangan untuk memberikan terjemahan bagi perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Mohon puan membuat permohonan melalui http://ekamus.dbp.gov.my/ agar pihak kami boleh meniliti terlebih dahulu padanan yang diberikan. Keprihatinan puan terhadap perkara ini, amat kami hargai. Sekian terima kasih | Makna | 10.09.2022 |
maksud persatuan , pusat konvensyen , pusat persidangan , perancang mesyuarat korporat , perancang mesyuarat bebas , tour operator , pameran perdagangan dan eksposisi ,penaja pameran perdagangan dan kontarktor perkhidmatan dalam maksud pelancongan | Maksud persatuan ialah 1. gabungan, ikatan, kumpulan: anggota jawatankuasa P~ Penulis Nasional ialah sepuluh orang; P~ Bola Sepak Malaysia; 2. perikatan, syarikat: setiausaha ~ kastam; 3. perihal bersatu: ~ urat pd tangan dgn urat pd mata. Konvensyen ialah 1. persidangan ahli-ahli pertubuhan politik (perniagaan dll) utk membincangkan sesuatu perkara: beberapa perkara mengenai rangka perlembagaan itu akan dibincangkan dlm ~ yg akan diadakan; 2. perjanjian antarabangsa (antara negara, pemerintah, dsb). Maklumat selanjutnya, Saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 11.02.2007 |
Tuan, saya ingin bantuan untuk mendapatkan makna dalam Bahasa Malaysia yang lebih tepat untuk penggunaan istilah Job Embeddedness. Bolehkah jika saya gunakan Keterikatan Kerja bagi istilah Job Embeddedness. Sering kali berlaku kekeliruan penggunaan istilah yang betul antara Job Embeddedness dan Job Engagement. Ada penulis yang merujuk Job Embeddedness dan Job Engagement sebagai Perikatan Kerja. Saya dalam bidang pengurusan dan istilah ini penting untuk penulisan tesis / artikel jurnal saya. Jika dapat, bolekah saya perolehi juga maksud / definisi Job Embeddedness seperti yang didaftarkan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka. Terima kasih atas bantuan dan maklum balas. Sekian. | Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut: job embeddedness - keterikatan kerja job engagement - keterlibatan kerja Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 19.01.2022 |
Apakah istilah BM bagi 'intrapreneurship'? Di dalam PRPM, istilah nya ialah 'usaha sama',tetapi apakah beza 'usaha sama' untuk 'intrapreneurship' dengan 'usaha sama' yang membawa maksud 'joint-venture'? Terima kasih. | Berdasarkan Istilah Bahasa Melayu, Maksud intrapreneurship ialah "usaha sama" yang yang merujuk kepada "proses penginovasian dalam organisasi yang sedia ada" manakala joint venture pula bermaksud "usaha sama" (bidang pengurusan) yang merujuk kepada "salah satu bentuk perikatan strategik yang melibatkan dua atau lebih organisasi dalam menubuhkan satu entiti korporat bagi tujuan perkongsian sumber dan keupayaan untuk menjana kelebihan dalam persaingan. Setiap organisasi yang terbabit perlu bersetuju atas peratusan pemilikan hak perniagaan yang akan menentukan kadar pembahagian untung rugi operasi." | Makna | 07.09.2022 |