Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.iÖ.la.nan]/[pe.rik.la.nan] | ڤراعلانن

Definisi : hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata periklanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam. apakah beza bagi perkataan "pengiklanan" dan "periklanan"? bolehkah berikan contoh penggunaannya? terima kasih

Salam saudari Khairunnisa,

Periklanan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud hal yang berkaitan dengan iklan manakala pengiklanan beerti, perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan.

Perbezaan perkataan pengiklanan dan periklanan dilihat dari aspek kemasukan apitan kata nama peN-...-an dan peR-...-an.

Lazimnya apitan peN-...-an bergabung dengan kata dasar iaitu (iklan) daripada golongan kata nama bertujuan menandakan makna proses mengerjakan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Manakala apitan peR-...-an membentuk kata nama yang membawa makna abstrak. Perkataan yang menerima apitan peR-...-an menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya.

untuk maksud yang mudah, pengiklanan lebih kepada proses mengerjakan iklan manakala periklanan hasil melakukan proses 'iklan.'

Contoh penggunaan dua perkataan tersebut dalam ayat;

1. Pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia periklanan Malaysia.

2. Pengiklanan produk baru syarikat itu dibuat melalui media massa.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa12.09.2012
Saya dari agensi periklanan dan saya nak semak adakah visual ini didalam bahasa melayu yang tepat. Sila nasihat. Terima kasih.Pembetulan:
1. Percetakan dan Sulaman
2. Dimiliki oleh (oleh - huruf kecil)
Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.
Tatabahasa24.04.2015
Saya bekerja dalam bidang periklanan tv/radio/media cetak. Saya hendak pastikan: (1) Adakah penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam satu ayat dibenarkan? Cth: "Jadikan cuti sekolah ini lebih 'awesome' bersama rancangan XXX" (2) Bagaimana jika diselitkan frasa Bahasa Inggeris dalam skrip iklan Bahasa Melayu, tetapi berlainan ayat? Cth: "Inginkan rambut lebih sihat? NO PROBLEM! Gunakan syampu terbaru XXX" Penjelasan daripada pihak DBP amat dihargai. Terima kasih.Komunikasi dan penggunaan bahasa dalam konteks rasmi hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang baik dan betul. Iklan ialah konteks rasmi, maka penggunaan bahasa Melayu hendaklah betul dan sempurna, iaitu tidak ada gabungan perkataan atau ayat antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa lain.Tatabahasa06.11.2014
Saya adalah salah 1 agen yang menguruskan reka bentuk grafik dan periklanan, yang membabitkan pelanggan serta membabitkan proses pencarian rezeki didalam perniagaan. soalan pertama. Mengapa proses penyemakkan dari pihak DBP mengambil masa terlalu lama daripada 1 hari jadi ke 3 hari dan kemudian menjadi melebihi 1 minggu? Sedangkan proses ini perlu dibayar memandangkan sebelum ini tidak perlu dibayar namum proses amat bagus yang hanya memerlukan masa 1 hingga 2 hari bekerja sahaja. Perkara sedemikian bukan la baru sekali dua berlaku pada saya, namun proses ini bole menjejaskan perniagaan saya yang mana saya perlu menunggu melebihi 1 minggu untuk mengaut keuntungan sebanyak rm200.00. Soalan kedua Adakah logik akal pada pihak DBP yang mana rm200.00 sudah cukup bagus tuk perniagaan yang perlu kita kutip dalam masa seminggu lebih? Soalan ketiga Adakah tujuan DBP membuat percaturan sedekian adalah untuk menjatuhkan ekonomi atau menjatuhkan penigaan orang melayu di malaysia ini. Soalan ke empat Kenapa perlu diwujudkan sistem ini andai boleh menyusahkan, merugikan pihak lain dan kenapa perlu dibayar andai sistem ini lembab.Untuk makluman tuan/puan, proses penyemakan dan pengesahan bahasa ditetapkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas bayaran diterima oleh DBP. Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk memproses permohonan dalam tempoh kurang dari 3 hari bekerja. Sistem pengesahan bahasa dalam talian diwujudkan bagi memberikan kemudahan dan pilihan kepada pelanggan yang tinggal di luar kawasan Lembah Kelang kerana tidak perlu ke Kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur untuk mendapatkan khidmat pengesahan bahasa. Sekian. Terima kasih.Lain-lain26.08.2017
sejarah awal dunia pengiklananSila rujuk bahan ini. Terima Kasih. : 1.Periklanan: suatu pengenalan Mohd Hamdan Adnan Dewan Bahasa dan Pustaka : 1997. 2. The language of advertising Goddard, Angela Routledge, 2002. 3. Iklan dan masyarakat oleh Mohamad Md. Yusoff Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1999. 4. Televisyen dan pengiklanan antara tanggungjawab dengan realiti oleh Azizul Halim Yahya Dewan Masyarakat. 01/11/2004 .Lain-lain16.11.2007
Saya ingin bertanyakan tentang perkataan 'Oder' yang telah disenaraikan di dalam Kamus Dewan Bahasa, adakah boleh dipakai untuk tujuan periklanan? Seperti contoh, "Oder cepat!" atau "Oderlah sekarang".Perkataan "oder" yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dilabelkan sebagai bp, iaitu bahasa percakapan dan tidak boleh digunakan dalam konteks rasmi. Untuk tujuan pengiklanan, kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan yang lebih sesuai, iaitu Pesan Sekarang, Pesan Cepat atau Pesan Segera.Lain-lain12.10.2021
Salam berikut adalah lampiran untuk bunting. Mohon perhatian pihak tuan/puan untuk memberi panduan atau perubahan yang perlu pihak kami buat untuk mendapat kelulusan lesen periklanan. terima kasihUntuk pengesahan iklan, sila klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, bukan Khidmat Nasihat DBP.Lain-lain29.12.2014
Apakah strategi-strategi komunikasi terkini yang digunakan pihak dbp dalam usaha organisasi ini membentuk imej, identiti dan reputasiIdentiti, imej dan reputasi korporat merupakan agenda utama aktiviti korporat bagi setiap organisasi termasuk DBP. Strategi-strategi komunikasi DBP bagi mengekalkan imej, identiti dan reputasi korporat yang positif dibuat secara terancang, berterusan dan sistematik merangkumi aspek berikut : Hubungan Media, Komunikasi Dalaman, Periklanan, Identiti Korporat, Direct Mail, Penajaan, Pameran (Hari Bertemu Pelanggan), Persidangan, Hubungan Komuniti, Pengurusan Krisis, Acara Khas dan Penghubung.Lain-lain29.07.2007
Saya berminat untuk membuat mengiklankan kolej kami di dalam dewan siswa untuk tujuan promosi pendaftaran masuk pelajar baru ke kolej kami. Boleh kah pihak tuan menghantar makluman atau nama pegawai untuk saya hubungi, terima kasih. -anis-Puan boleh menghubungi editor Dewan Siswa, haziah@dbp.gov.my dan hantar salinan e-mel (cc) kepada zubaidi@dbp.gov.my atau fauzilah@dbp.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tentang periklanan di majalah DBP.Lain-lain12.12.2012

Kembali ke atas