Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri/.sa]/[pe.rik.sa] | ڤريقسا

Definisi : selidik, penyelidikan, siasat; kurang (tiada) ~ a) (saya) tidak tahu, entah; b) kurang hati-hati (teliti); salah ~ agak lambat (perbuatan); usul ~ penyelidikan (penyiasatan, penelitian); memeriksa 1. mengamat-amati (meneliti, melihat-lihat) utk mengetahui keadaan atau menentukan buruk baik dll sesuatu: ia ~ seluruh rumah itu sebelum memutuskan akan menyewanya; tugas jawatankuasa ini ialah ~ kira-kira jabatan kerajaan; 2. menyelidik (mengkaji) utk mengetahui atau mempelajari sesuatu, menelaah (perkara, peristiwa, dll): doktor yg ~nya menyatakan ia tidak menghidap penyakit tersebut; bahan kimia ini harus diperiksa lebih lanjut sebelum diketahui kandungannya; 3. menyiasat (keja­dian, perkara, dll), mempertimbangkan dan mengadili (perbicaraan), mengugut, menyoal (orang yg dituduh dll) utk mengetahui kebe­narannya (kesalahannya): Jabatan Pencegah Rasuah akan ~ segala tuduhan menerima rasuah; 4. mengamat-amati, mengawasi: beg-beg kami lama diperiksa kastam di Changloon; baginda ~ barisan kehormatan sebelum merasmikan persidangan; memeriksai sl menyiasat (kejadian, perkara, dll), menyelidiki: maka titah Raja Pahang pd Laksamana, “Orang tuan membunuh saudara sepupu Seri Akar Raja, baiklah tuan periksai”; memeriksakan 1. memeriksa utk (orang lain): sesudah disiapkannya rencana itu ia meminta kawannya ~; 2. meminta (mem­biarkan) supaya diperiksa; peperiksaan ujian (utk menentukan ke­bolehan atau kepandaian seseorang): kira-kira 60% sahaja penuntut-penuntut sekolah itu masuk ~ Sijil Rendah Pelajaran; pemeriksaan 1. perbuatan memeriksa, pe­nyelidikan, penelitian, pengusutan: di hospital, doktor telah menjalankan ~ terhadapnya utk menentukan jenis penyakit yg dihidapinya; 2. hasil atau pendapat drpd meme­riksa: ~ yg baik akan memberi panduan kpd kanak-kanak dlm pelajaran mereka; pemeriksa orang yg memeriksa: ~ kira-kira. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri/.sa]/[pe.rik.sa] | ڤريقسا

Definisi : ; memeriksa 1 melihat-lihat dgn teliti utk mengetahui betul tidaknya dll: Pd sebelah malamnya pula, beliau sibuk ~ buku rampaian murid-muridnya. 2 menyelidik atau mengkaji utk mencari pengetahuan: Dia telah dipilih utk ~ gunung berapi di Jepun. peperiksaan ujian yg diadakan utk menguji pengetahuan (kebolehan dll) seseorang. pemeriksaan perbuatan atau hal memeriksa: Pusat Penyelidikan Getah Tanah Melayu selalu mengadakan ~ ke atas kilang-kilang yg mengeluarkan getah. pemeriksa orang yg memeriksa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
periksa
Kata Terbitan : memeriksa, peperiksaan, pemeriksaan, pemeriksa,

Puisi
 

Dari Arab ke negeri China,
     Sampai ke China bertukar nama;
Harap tuan saya terima,
     Sudahkah periksa keadaan bunga.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya,
     kalau harimau hendaklah dipandang belangnya.

Bermaksud :

Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sila periksa banner yang sudah diubahkan. terima kasihSimbol & perlu dieja dan. Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan.Tatabahasa12.06.2013
SILA PERIKSA BANNER INI, UNTUK MEMOHOM LESENSila buat pembetulan perkataan HP kepada TB, simbol & perlu dieja penuh menjadi dan, Pelekat Dinding kepada Kertas Hias Dinding.

Sila ke ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk kelulusan setelah membuat pembetulan.
Tatabahasa12.06.2013
Salam sejahtera. 1. check email dalam bahasa Melayu : semak emel atau periksa emel ? 2. Tempat bas berhenti di tepi jalan ialah perhentian bas ? Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah:

1. semak e-mel

2. perhentian bas

Istilah20.04.2011
yang mana betul beda atau beza,sebarangan atau sembarangan1. Ejaan yang betul ialah beza. 2. Kedua-duanyabetul: sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi.Ejaan15.03.2013
Mohon pihak DBP berikan jawapan untuk mengelakkan kekeliruan. Ayat & perkataan manakah yang betul? 1. bicara bukan SEBARANG bicara 2. dia bukan orang SEMBARANGAN Saya keliru untuk menggunakan perkataan SEBARANG, SEBARANGAN, SEMBARANG & SEMBARANGAN.Merujuk Kamus Dewan, sebarang bermaksud a) bukan yang biasa sahaja; b) bukan sedikit, luar biasa (sangat banyak sekali dan lain-lain); c) bukan apa-apa; sebarangan lazimnya digunakan dalam istilah bagi padanan arbitrary dalam bahasa Melayu; sembarang bermaksud  apa-apa atau sesiapa saja; asal saja; juga bermaksud sebarang; dan sembarangan bermaksud tidak dengan usul periksa; dengan begitu saja; tidak dengan pilih-pilih lagi. Berdasarkan maksud yang diberikan kedua-dua ayat tersebut adalah betul.Tatabahasa07.01.2011

Kembali ke atas