Sy ingin bertanya tentang cadangan perkataan bagi ayat2 ini, sama ada perlu meggunakan perkataan "PERIMETER" @ "PARAMETER" : 1. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan sebagai penanaman perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. 2. Ini bermakna ruang 2 meter penanaman perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. Sy juga ingin bertanya tentang kewujudan perkataan "KEMUDAHSAMPAIAN" (accessibility) dalam istilah b.melayu atau dalam kamus dewan terbaru. Terima kasih. | 1. Dalam Kamus Dewan Edisi keempat, perimeter bermaksud ukuran panjang keliling sesuatu objek, rajah satah atau kawasan. Manakala parameter bermaksud garis-garis yang menentukan atau menandakan keluasan atau batasan sesuatu, keluasan yang ada batasan-batasannya. Berdasarkan takrifan tersebut, perkataan yang sesuai ialah perimeter. Pihak Jabatan Landskap telah menggariskan keperluan asas bagi penyediaan kawasan lapang dengan pendekatan perimeter bagi setiap cadangan pembangunan. Hal ini bermakna 2 meter perimeter ini hanya disediakan untuk keperluan penanaman pokok dan keperluan aktiviti rekreasi sahaja. 2. Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 08.09.2017 |
Apakah istilah Bahasa Melayu untuk 'perimeter fencing'?Bolehkah 'pagar keliling' atau 'pagar perimeter' digunakan? Terima kasih. | Padanan bahasa Melayu yang sesuai ialah pagar keliling. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.07.2017 |
Terdapat satu atap zink yang sengaja dipasang di belakang rumah itu menutupi hampir setiap perimeter dari hujan dan panas terik. SOALAN: ...dari hujan ATAU ...DARIPADA HUJAN? | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Terdapat satu atap zink yang sengaja dipasang di belakang rumah itu yang menghalang hampir setiap perimeter daripada hujan dan panas terik.” Untuk maklumat lanjut mengenai ayat, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 432-575. | Tatabahasa | 18.04.2025 |