Mohon bantuan. Sesuai atau tidak saya menggunakan perkataan 'Peringatan Mesra' bagi surat-surat peringatan yang saya hendak keluarkan kepada jabatan/agensi lain | "Peringatan" telah memadai untuk menyatakan tujuan surat itu dikeluarkan, namun bukanlah suatu kesalahan untuk menggunakan frasa "Peringatan Mesra". | Tatabahasa | 17.11.2014 |
Apakah padanan yang sesuai dengan terjemahan perkataan "gentle reminder" dan mengapa? A. Peringatan lembut. B. Peringatan mesra. | Padanan perkataan bahasa Melayu yang sesuai untuk frasa “gentle reminder” ialah “peringatan mesra”. Perkataan “mesra” bermaksud bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati, erat atau karib benar (Kamus Dewan Perdana, mukasurat 1458) lebih sesuai digunakan dan secara lazimnya frasa ini digunakan untuk padanan “gentle reminder”. | Makna | 23.07.2024 |
Peringatan ini adalah cetakan komputer atau Peringatan ini ialah cetakan komputer? | Ayat yang betul ialah "Peringatan ini ialah cetakan berkomputer" | Lain-lain | 05.07.2023 |
Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang. Kejadian itu wajar dijadikan peringatan kepada semua orang. adakah "menjadi" dan "dijadikan" juga betul diguna? terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Kejadian itu wajar menjadi peringatan kepada semua orang". | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Apakah perbezaan antara surat peringatan dan surat amaran? Perlukan perkataan "Tuan,Puan Tuan/Puan dan Syarikat" ditaip dengan huruf besar dipangkal perkataan. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Peringatan ialah hal memberi ingat, memberi nasihat dll utk mengingatkan. Manakala amaran membawa maksud perintah, suruhan; 2. peringatan (yg keras). Di sini dapat dilihat perbezaan antara surat peringatan dengan surat amaran. Di pangkal perkataan wajib ditulis dengan huruf besar bagi permulaan ayat. manakala di tempat lain hanya huruf kecil. Syarikat pula kalau ditulis bersama nama syarikat perlu huruf besar tetapi huruf kecil jika syarikat sahaja. | Ejaan | 04.08.2012 |
TAMAN PERINGATAN NIAN EN تامن ڤرايڠتن نيان اين SILA SEMAK EJAAN, TERIMA KASIH. | Ejaan ini betul: تامن ڤرايڠتن نيان اين . SILA pastikan EN di sini bunyi "e" seperti endah, jika bunyi "e" seperti encik ejaan yang betul ialah ان . | Ejaan | 08.08.2017 |
terima kasih di atas peringatan atau terima kasih di atas pengingatan | Terima kasih atas peringatan. | Lain-lain | 09.03.2023 |
Sebagai penjawat awam kami sering diberikan peringatan mengenai tatacara berpakaian, dengan tajuk "ETIKA PEMAKAIAN". Contoh peringatan seperti di lampiran. Saya ingin mendapatkan pengesahan mengenai penggunakan frasa yang betul - "ETIKA PEMAKAIAN" @ "ETIKA BERPAKAIAN" @ "ETIKA PAKAIAN". Terima kasih. | Istilah yang tepat ialah Etika Berpakaian yang membawa maksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak berpakaian. | Tatabahasa | 05.01.2024 |
“Sembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangkan”,suatu peringatan tertera di hadapan masjid. munsyi, adakah ayat ini gramatis? pendapat saya ialah “Bersembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangi”,suatu peringatan tertera di hadapan masjid. TQ | Ungkapan "Bersembahyanglah kalian sebelum kalian disembahyangi" adalah gramatis namun ungkapan "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Mohon semak ayat di bawah: Walau bagaimanapun, sebagai peringatan tuan/puan dipohon untuk menyemak sekali lagi bagi memastikan bahan pihak ketiga yang digunakan dalam laman tuan/puan tiada perlanggaran hak fipta. | Sebagai peringatan tuan/puan dimohon untuk menyemak sekali lagi bahan pihak ketiga yang digunakan dalam laman tuan/puan bagi memastikan tidak berlaku perlanggaran hak cipta. | Tatabahasa | 15.05.2013 |