| Apakah padanan yang paling tepat untuk istilah "Period Drama" yang merujuk kepada: "a television or film production set in a particular historical period and characterized by the use of costumes, sets, and props that are typical or evocative of the era." Terdapat istilah "period play" yang dipadankan dengan istilah "lakon zaman" di laman web prpm. Adakah bersesuaian jika "period drama" diterjemahkan kepada "drama zaman"? Terima kasih. | Padanan yang paling sesuai untuk istilah period drama ialah drama zaman. | Istilah | 07.07.2022 |
| 1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang 2) Opening Balance = Baki Pembukaan 3) Earned This Period = Memperoleh Tempoh Ini 4) Redeemed this Period = Menebus Tempoh ini 5) Available Balance=Baki Tersedia Mohon khidmat nasihat DBP untuk terjemahan berikut. Ini adalah untuk sektor perbankan. Terima Kasih | 1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang 2) Opening Balance = Baki Pembukaan 3) Earned This Period = Perolehan dalam tempoh ini. 4) Redeemed this Period = Penebusan dalam tempoh ini. 5) Available Balance = Baki Tersedia Cadangan terjemahan ini boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.09.2015 |
| istilah dalam bahasa Melayu- grace period- by the way, anyway | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan "grace period" ialah tempoh tenggang atau tempoh tangguh. Padanan bahasa Melayu bagi "by the way" ialah oh ya manakala padanan bagi "anyway" ialah bagaimanapun. Penggunaan semua perkataan ini bergantung pada konteks ayat. | Lain-lain | 09.06.2021 |
| Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan 'spread over period'? | Istilah dalam bahasa Melayu untuk 'spread over period' ialah 'tempoh liputan'. | Istilah | 20.01.2021 |
| Salam sejahtera, boleh saya bertanya apakah padanan paling sesuai untuk "availability period" dan "best interest"? adalah "tempoh kebolehsediaan" dan "kepentingan terbaik"? Terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi istilah availability period ialah tempoh kebolehsediaan dan istilah best interest ialah kepentingan terbaik. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.02.2024 |
| Salam sejahtera, Tim penyelidik kami menjalankan kajian tentang 'period poverty' iaitu situasi di mana seseorang individu mempunyai kekurangan utk mendapatkan keperluan menstruasi. Contohnya, tidak cukup pad/tampon, tiada akses kpd pad/tampon atau tidak mampu membelinya. Keadaan ini menyebabkan pelbagai masalah sosial seperti: a) malu utk ke sekolah semasa didatangi haid b) penggunaan yang tidak sanitasi (ulang guna, tidak menukar dengan kerap c)menggunakan bahan2 yg tidak sanitasi seperti sabut kelapa, surat khabar. Soalannya: Apakah translasi utk 'period poverty' dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Cadangan padanan terjemahan bagi period poverty ialah kekangan produk menstruasi atau kekangan kelengkapan peribadi wanita. | Lain-lain | 10.12.2020 |
| terjemahan untuk "grace Period" | Jika dalam konteks ekonomi dan pentadbiran perniagaan diterjemahkan sebagai "tempoh tenggang/tempoh tangguh", manakala dalam konteks sosiologi dan pentadbiran diterjemahkan sebagai "tempoh tangguh". | Makna | 09.12.2014 |
| Salam sejahtera. Adakah istilah "medieval period" mempunyai padanan selain "zaman pertengahan"? "Middle Ages" juga membawa maksud "Zaman Pertengahan". Bagaimanakah kedua-dua istilah ini boleh dibezakan? Penggunaan istilah tersebut adalah dalam konteks sejarah. Terima kasih. | Dalam data kami, middle age ialah zaman pertengahan, dan medievel juga disebut zaman pertengahan. Berdasarkan istilah sasar dalam data kami, kedua-duanya sama, iaitu zaman pertengahan. | Tatabahasa | 15.05.2014 |
| apply license, to hang up & dismantle on 1/8/2018. License period from 23/7/2018 to 31/7/2018. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui www.dbpsahbahasa.my. Pelanggan baharu hendaklah mendaftar terlebih dahulu dan kemudian pilih DAFTAR IKLAN. Untuk maklumat lanjut, rujuk manual pengguna dalam laman web berkenaan. | Lain-lain | 19.06.2018 |
| Bolehkan tuan memberikan terjemahan rasmi bagi perkataan-perkataan berikut? 1. Lock In Period 2. Cash Back 3. Reward Points 4. Air Miles 5. Complimentary | Maklumat yang ada dalam sumber rujukan kami ialah: Cash Back - wang tunai dikembalikan, Reward Points - mata ganjaran, dan Complimentary - pujian atau hadiah ikhlas. | Penyemakan dan penterjemahan | 06.09.2017 |