Saya ingin tahu maksud perkataan perasa & perisa. Sekiranya saya ingin mengunakannya untuk produk makanan contohnya mee segera , mana yang lebih sesuai? Perisa ke perasa. Contohnya : Mee segera Perasa Sup @ Mee Segera Perisa Sup? | Perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang dibubuh dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enaknya. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning. | Makna | 09.05.2012 |
"perisa vanila semula jadi" atau "perisa vanila semulajadi"? | Ejaan yang betul ialah perisa vanila semula jadi. | Ejaan | 09.10.2007 |
Tuan, saya tengok iklan banyak menggunakan baharu untuk terjamahan "new". Contohnya, "Perisa Baharu". Adakah salah kalau "Perisa Baru" digunakan? Kerana ada juga saya terlihat iklan yang tertulis "Piza Baru". Terima Kasih. | Frasa peris baru atau perisa baharu, kedua-duanya betul. Begitu juga dengan piza baru atau piza baharu. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
perasa atau perisa ? | Saudara, Perkataan perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour dalam bahasa Inggeris, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning dalam bahasa Inggeris. | Istilah | 16.09.2010 |
Tjahjono Widijanto Jul 7th, 9:50pm Mohon informasi. Apakah jurnal Perisa msih terbit? | Untuk makluman tuan, DBP tidak lagi menerbitkan Jurnal Perisa. | Lain-lain | 07.07.2015 |
apakah perkataan yang sesuai untuk No Added Flavourings dalam bahasa melayu 1) Tanpa bahan perisa 2) Tanpa perasa tambahan | Padanan yang tepat untuk No Added Flavourings dalam bahasa Melayu ialah tanpa perisa tambahan. Untuk makluman saudara, perasa bermaksud benda yang memberi rasa pada masakan dan sebagainya, manakala perisa ialah bahan yang diletakkan ke dalam makanan atau minuman untuk menambah rasa enak. Untuk membantu saudara membezakan kedua-dua perkataan tersebut, perisa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan flavour, manakala perkataan perasa ialah padanan bahasa Melayu bagi perkataan seasoning. | Istilah | 24.03.2020 |
sesuai digunakan sebagai bahan perasa untuk semua bahan makanan | perasa/ perisa | Lain-lain | 18.06.2008 |
1. Chocolate Macadamia Cookies 2. Strawberry Cornflakes Saya perlu senarai diatas dalam bahasa Melayu. | Andrea, Saya telahpun menjawab soalan ini namun saya akan jelaskan sekali lagi. Chocolate Macadamia Cookies - Biskut Coklat Macadamia. Strawberry Cornflakes - Emping perisa Strawberi | Makna | 23.04.2010 |
berapakan bilangan jurnal (BM/BI) yang diterbitkan oleh DBP sejak daripada penubuhannya. Bolehkah saya mendapatkan data tentang jurnal yang diterbitkan oleh DBP? | Jurnal yang diterbitkan oleh DBP Jurnal Bahasa( Bahasa Melayu) Kanun( Bahasa Melayu) Malay Literature( Bahasa Inggeris) Perisa(Bahasa Melayu)* Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu( Bahasa Melayu)* * Jurnal ini tidak lagi diterbitkan | Lain-lain | 08.04.2010 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin bertanya, apakah padanan bagi "palate cleanser" dalam Bahasa Melayu? Bolehkah saya menterjemahkan istilah tersebut sebagai "pemurni (dalam konteks ini adalah sebagai agen menyuci) rasa (deria rasa)"? | Waalaikumussalam... Padanan khusus palate cleanser masih lagi belum ada dalam sistem rujukan kami. Cadanagan yang boleh pihak kami berikan bagi maksud palate cleaser ialah peneutral perisa adalah lebih sesuai berdasarkan konteks yang diberikan. | Makna | 28.06.2016 |