Perisian Bisnes Terunggul | Perniagaan | Lain-lain | 18.06.2008 |
Saya ingin mengetahu sama ada Perisian Dewan Eja adalah hakmilik Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ini adalah kerana saya bercadang membeli perisian untuk kegunaan peribadi dan juga tugas harian saya. Saya bekerja di Unit Peperiksaan yang memerlukan istilah bahasa yang betul. Saya pernah menggunakan perisian ini di pejabat lama dan didapati perisian ini perlu diperbarui setiap tahun. Istilah di dalamnya juga lambat dikemaskinikan. Apabila saya membuat carian Google saya menjumpai banyak syarikat yang menjualnya tetapi tidak tahu mana satu yang benar dan patut saya pilih. Saya juga ingin mendapatkan khidmat nasihat bagaimana saya hendak dapatkan perisian kamus bahasa melayu betul istilah dan ejaannya. Harap dapat maklumbalas dari pihak tuan. Sekian, terima kasih. | DBP ada memberi izin kepada beberapa syarikat luar untuk menerbitkan perisian kamus, termasuklah Dewan Eja. Perisian Dewan Eja ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP, Tingkat Bawah Menara DBP, K.L. | Lain-lain | 06.06.2012 |
Adakah DBP mengeluarkan perisian untuk menterjemah perkataan B.Inggeris ke B.Melayu? Jika ada, harap dpt berikan maklumat lanjut dan cara bagaimana utk mendapatkan perisian tersebut samada terus dgn DBP atau ada ejen yg dilantik utk memasarkan perisian tersebut. t.kasih | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak mempunyai atau mengeluarkan perisian untuk menterjemah. Walau bagaimanapun, pihak Universiti Sains Malaysia dan juga Universiti Multimedia ada mempunya penyelidikan dan pembangunan perisian ini. Saudara mungkin mendapatkan bantuan daripada universiti berkenaan. | Lain-lain | 01.04.2010 |
Saya ingin bertanya tentang Perisian Untuk Terjemahan, ada tak digunakan di DBP sebagai rujukan? Jika ada boleh saya tahu nama perisian serta butirannya... Jika dijual oleh pihak DBP, boleh saya dapatkan butirannya? Terima kasih. | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menggunakan sebarang perisian untuk terjemahan. Saudara boleh berhubung dengan Institut Terjemahan Negara untuk mendapatkan bantuan, atau saudara juga boleh mendapatkan bantuan daripada Prof. Dr. Zaharin di Universiti Multimedia, atau saudara juga boleh menghubungi Universiti Sains Malaysia. Untuk pengetahuan saudara, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Multimedia memang ada membangunkan perisian untuk terjemahan. | Lain-lain | 17.02.2009 |
Ada tak perisian lembut 'software' untuk muatturun kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka edisi ke-4 melaui laman web yang percuma. | Saudara, Untuk makluman saudara, DBP belum lagi menyediakan perkhidmatan tersebut. Walau bagaimanapun, DBP ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Sdr. boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388. Selain itu juga, saudara boleh menggunakan perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) secara percuma. Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) berfungsi sebagai enjin carian untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 08.02.2011 |
Saya telah melayari laman web DBP dan menemui Pangkalan Data Umum Bahasa Malaysia. Syarikat kami sekarang dalam usaha membangunkan perisian khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU) dalam BM dengan kerjasama MDeC dan MIMOS. Perisian ini akan digunakan oleh OKU bagi tujuan komunikasi dan pendidikan. Antara applikasi khas dalam perisian tersebut adalah 'word prediction' dimana aplikasi ini akan mencadangkan kemungkinan perkataan yang boleh digunakan bagi mempercepatkan OKU menaip. Pihak kami memerlukan senarai perkataan dalam BM yang sesuai digunakan bagi peringkat rendah dan menengah. Selain dari itu, perisian ini juga dilengkapi dengan 'voice synthesizer' yang akan membantu OKU (yang tidak boleh bercakap) untuk bercakap dalam BM. Pihak kami sangat mengharap segala kemungkinan bantuan dari DBP bagi kesejahteraan OKU di Malaysia. Terima kasih. | Encik Mohd. Fikri, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Untuk menyelesaikan masalah yang tuan hadapi sila hubungi bahagian Perkamusan DBP dan juga bahagian Hak Cipta . InsyaAllah mereka akan dapat membantu anda. | Lain-lain | 31.01.2009 |
Adakah perisian tatabahasa untuk menyemak penulisan bahasa melayu dengan betul yang dicadangkan oleh dewan bahasa untuk digunakan. terima kasih | Untuk makluman tuan, DBP belum pernah menerbitkan perisian khusus bagi menyemak tatabahasa, selain Dewan Eja yang digunakan untuk menyemak ejaan. | Lain-lain | 23.01.2013 |
APAKAH CARA PALING MUDAH UNTUK SAYA MENGETAHUI ATAU MENYEMAK MAKNA SESUATU PERKATAAN? | Sila dapatkan perisian makna daripada penerbit swasta yang menyediakan perisian makna kata. Misalnya, dapatkan kamus telapak BESTA atau layari laman web DBP. | Lain-lain | 17.02.2008 |
Assalamualaikum, Adakah perkataan spyware dan malware boleh digunakan sebagai perkataan bahasa melayu? Jika tidak, apakah padanan BM bagi 'spyware' dan 'malware'? Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu untuk spyware ialah perisian intip dan istilah bahasa Melayu untuk malware ialah perisian hasad. | Istilah | 06.01.2011 |
Di manakan saya boleh mendapatkan perisian elektronik kamus dewan dan pustaka? | Di Kedai Buku Dewan Bahasa dan Pustaka atau semua cawangan/ wilayah DBP serta semua wakil pengedar yang dilantik. | Lain-lain | 20.09.2008 |