Apakah istilah yang paling tepat untuk terjemahan 'trip making research' dalam bahasa melayu? Adakah 'kajian pembuatan perjalanan' menepati terjemahan tersebut? (Untuk makluman tuan, kajian 'trip making' adalah perbuatan melakukan perjalanan atau membincangkan tentang bagaimana individu membuat rutin perjalanan mereka setiap hari (tempat kerja, sekolah, membeli-belah dsbnya). Terima kasih. | Belum ada istilah lagi untuk "trip making research". "Kajian pembuatan perjalanan" tidak berapa sesuai kerana gabungan "pembuatan" dengan kata kerja "perjalanan" tidak gramatis. Kami cadangkan beberapa padanan yang mungkin sesuai: - kajian perjalanan - kajian rutin perjalanan - kajian kaedah perjalanan - kajian pengurusan perjalanan | Istilah | 25.04.2014 |
Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman". | c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". | Ejaan | 13.12.2011 |
Salam, Perjalanan yang selamat bermula dengan anda. atau Perjalanan yang selamat bermula dari anda. Ayat adalah ini untuk digunakan di atas kain rentang pengiklanan. | Ayat yang betul ialah Perjalanan yang selamat bermula daripada anda. | Tatabahasa | 09.08.2012 |
Salam sejahtera, Adakah “melanjutkan perjalanan”betul? Terima kasih. | Frasa "melanjutkan perjalanan" betul dan boleh digunakan dalam ayat. Namun lazimnya, frasa "meneruskan perjalanan" lebih sesuai digunakan. | Tatabahasa | 11.04.2025 |
“Oleh sebab jauhlah perjalanan yang kami lalui ini, kami berasa sangatlah tidak selesa apatah lagi hujan turun sepanjang perjalanan.” Adakah perkataan “jauhlah” di sini salah digunakan? | Ayat yang betul ialah “Oleh sebab perjalanan yang kami lalui ini jauh, kami berasa sangatlah tidak selesa apatah lagi hujan turun sepanjang perjalanan.” | Tatabahasa | 25.08.2024 |
Apakah terjemahan terbaik bagi 'business trip' atau working trip ? Semakan di DBP hanya memberi terjemahan untuk perkataan tersebut secara berasingan. Logiknya terjemahannya adalah "Perjalanan Perniagaan" atau "Perjalanan bekerja" Bolehkah kita samakan ia dengan "business visit" iaitu "lawatan bekerja"? | Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "business trip" atau "working trip". Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah lawatan kerja. | Istilah | 04.04.2013 |
Salam Negaraku. Mohon pandangan berkaitan tajuk bagi menunjukkan artikel/ buku berkaitan sejarah agensi. Adakah "Menelusuri Sebuah Perjalanan" boleh digunakan. Atau "Menelusuri Perjalanan". TKasih. | Untuk makluman, kedua-dua tajuk tersebut tidak salah jika digunakan. Sungguhpun begitu, pihak kami mencadangkan supaya digunakan judul "Menelusuri Perjalanan". | Karya | 27.04.2017 |
Bayangkan perjalanan dari Mekah ke Baitul Maqdis yang berbulan-bulan itu dilakukannya semalaman sahaja. Penggunaan "Bayangkan" dlm ayat di atas betul atau salah? terima kasih | Bayangkan ialah terjemahan imagine dalam bahasa Melayu. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 07.09.2012 |
JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN | JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN | Lain-lain | 03.03.2011 |
Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil bergurau-senda。 Adakah ayat ini betul? Terima kasih. | Ayat "Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil bergurau-senda." adalah betul. | Tatabahasa | 10.05.2014 |