Salam sejahtera, Apakah tejemahan yang sesuai bagi "Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure"? 1. Prosedur Perjanjian & Perjanjian Semula Rakan Perniagaan 2. Prosedur Pengelibatan & Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan 3. Perjanjian Rakan Perniagaan & Prosedur Perjanjian Semula 4. Lain-lain (sila berikan pendapat anda). Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih sekali lagi. | Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure boleh diterjemahkan kepada Prosedur Perjanjian dan Perjanjian Semula Rakan Perniagaan, atau Prosedur Pengelibatan dan Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan, bergantung kepada konteks sebenar penggunaan dan maksud keseluruhan teks. Penterjemah lebih memahami konsep sebenar yang dibincangkan dalam wacana tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.07.2015 |
Pohon penjelasan perbezaan antara perkataan kontrak dengan perjanjian. | Kontrak bermaksud perjanjian formal dengan syarat-syarat tertentu antara dua pihak atau lebih. Manakala, perjanjian bermaksud pernyataan kesediaan untuk berbuat atau memberi sesuatu. | Makna | 08.12.2015 |
Adakah ayat di bawah ini betul: Perjanjian baru di antara Brunei dengan Malaysia ... atau, Perjanjian baru antara Brunei dengan Malaysia ... Terima kasih. | Perjanjian baru antara Brunei dengan Malaysia. | Tatabahasa | 22.06.2014 |
Bagaimana menulis nama perjanjian. Perlukah diitalikkan atau bagaimana? Contoh: Penulis ingin menegaskan, Injil khususnya perjanjian baru iaitu Gospel of Matthew, Gospel of Mark, Gospel of Luke, dan Gospel of John, hanya kata-kata Jesus. | Nama perjanjian tidak perlu ditulis dengan huruf condong. | Ejaan | 26.03.2012 |
Salam, saya ingin bertanya bagaimana boleh saya mendapatkan contoh perjanjian antara penulis dengan penerbit. | Dokumen perjanjian adalah satu dokumen kontrak bertaraf sulit antara penerbit dengan penulis. Oleh itu ia tidak boleh diedarkan untuk tatapan/rujukan awam. Waima contohnya sekalipun. Sekiranya saudara ingin mendapatkan maklumat umum tentang isi dokumen perjanjian ini, sila rujuk buku Penulis dan Undang-Undang yang ditulis oleh Kamal Halili Hasan. | Lain-lain | 30.06.2010 |
yang mana satu betul, Perjanjian di antara Raja Ahmad dan Sultan Ali atau antara Raja Ahmad dengan Sultan Ali | Penggunaan yang betul ialah perjanjian antara Raja Ahmad dengan Sultan Ali. | Tatabahasa | 01.09.2015 |
maksud memorandum? | Menurut AKmus Dewan, memorandum merujuk kepada dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang. Memorandum juga ditakrifkan sebagai nota ringkas tentang sesuatu perkara atau edaran dalaman. | Makna | 29.09.2007 |
Bolehkah saya dapatkan contoh perjanjian penerbitan versi Bahasa Inggeris daripada DBP? Adakag perkhidmatan ini dilakukan oleh DBP? | Tidak ada contoh dokumen yang diperlukan dalam pangkalan data yang boleh kami capai. Dokumen perjanjian ialah dokumen sulit dan tidak boleh diakses oleh semua pegawai. | Lain-lain | 15.05.2012 |
Salam sejahtera, Bolehkah saya dapatkan contoh format Memorandum Persefahaman? Terima kasih. | Memorandum Persefahaman merujuk kepada dokumen yang merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yang tidak melibatkan implikasi undang-undang. Tidak ada contoh/format Memorandum Persefahaman dalam sumber rujukan kami. Lazimnya Memorandum Persefahaman ini dianggap sulit oleh sesebuah organisasi dan tidak dipaparkan kepada awam. | Lain-lain | 11.04.2011 |
Salam. Mohon pencerahan mengenai penggunaan perkataan 'ketinggalan' ataupun 'kelewatan'. Misalnya, Syarikat tidak bertanggungjawab dalam sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan perjanjian ini. Adakah perkataan 'kelewatan' lebih sesuai digunakan untuk menggantikan perkataan 'ketinggalan'? Terima kasih atas bantuan pihak tuan/puan. | Syarikat tidak bertanggungjawab dalam sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam melaksanakan perjanjian ini. Ketinggalan bermaksud tercicir di belakang kerana tidak dapat menyaingi atau kerana tidak dapat mengejar sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 22.07.2016 |