saya ingin mengetahui perkataan 'jawat'. Adakah PERJAWATAN ATAU PENJAWATAN boleh digunakan. cth ayat adalah spt berikut: Jumlah perjawatan/penjawatan seramai 2000 orang. Sekian terima kasih | Jawapan yang betul ialah perjawatan. Contoh ayat : jumlah perjawatan seramai 2000 orang. | Tatabahasa | 11.02.2011 |
Dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima cadangan penambahbaikan ejaan/ istilah dalam penulisan Waran Perjawatan/ Surat Kelulusan Perjawatan (WP/SKP) seperti berikut: 1. Ejaan Sekarang : Bahagian Penguatkuasa Cadangan :Bahagian Penguatkuasaan (Dalam konteks Organisasi/ Bahagian/ Sektor/ Cawangan) 2. Ejaan Sekarang :Penguatkuasa Cadangan :Penguat Kuasa (Dalam konteks Jenis-jenis Jawatan dan Gelaran Jawatan) Contoh penulisan waran perjawatan adalah seperti di Lampiran. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan untuk memberikan maklum balas ejaan sebenar bagi perkara yang dinyatakan di atas. Sekian, terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) kata penguat kuasa bermaksud orang atau pihak yang menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya, manakala penguatkuasaan ialah perbuatan atau proses menguatkuasakan peraturan, undang-undang dan sebagainya. Lantaran makna tersebut, jika nama jawatan perlulah menggunakan kata penguat kuasa, misalnya Pegawai Penguat Kuasa Maritim dan Penolong Pegawai Penguat Kuasa Trafik. Bagi nama unit/bahagian/jabatan dan sebagainya yang melibatkan proses atau tanggungjawab menguatkuasakan sesuatu, perlulah menggunakan kata penguatkuasaan misalnya Bahagian Penguatkuasaan Maritim, Unit Penguatkuasaan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik. | Makna | 06.01.2025 |
TATACARA/PENGGUNAAN SINGKATAN PENEMPATAN & PERJAWATAN. Saya ditugaskan untuk menyelaraskan perkara tersebut dan bertujuan untuk mendapatkan panduan dari pihak DBP. Kerjasama pihak tuan amat dihargai. Tq | Bagi pembentukan singkatan, tuan boleh merujuk Gaya Dewan Edisi Ketiga halaman 95. | Lain-lain | 03.08.2023 |
Manakah satukah yang benar penjawatan atau pejawatan (kata nama)? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah perjawatan dan penjawat. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 14.11.2008 |
Askum dan salam sejahtera. Tuan/Puan, 1) mohon pencerahan tentang penggunaaan perkataan 'perwujudan' @ 'pewujudan' @ 'mengwujudkan' Contoh ayat : Cadangan untuk perwujudan/pewujudan/mengwujudkan perjawatan gred u40 di jabatan ini (adakah ayat ini betul @ tidak?) 2) panggilan Tuan/Puan dlm ayat surat rasmi kerajaan di pertengahan ayat..adakah huruf besar di awal perkataan @ kecil.. Contoh ayat : Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan @ tuan/puan amat kami hargai. Saya sangat berbesar hati sekiranya dapat maklumbalas daripada pihak tuan/puan. Sekian, terima kasih. | 1. Ejaan yang betul ialah pewujudan. 2. Perkataan tuan/puan ditulis dengan huruf kecil pada pertengahan ayat. | Tatabahasa | 19.04.2021 |
DI BAHAGIAN MANA YANG TERDAPAT PERINCIAN MENGENAI JAWATAN-JAWATAN YANG ADA KEKOSONGAN | Bahagian Pengurusan Personel merupakan bahagian yang dipertanggungjawabkan dalam urusan perjawatan DBP. Pemakluman untuk mengisi jawatan kosong akan dibuat melalui iklan di akhbar tempatan berbahasa Melayu dan juga melalui laman web DBP. | Lain-lain | 16.05.2008 |
Salam, boleh admin share perkembangan terbaru iv Perancang Bahasa DBP? Bila tarikh pengumuman keputusan iv trsebut ya? Tq | Salam sejahtera, Maklum balas perjawatan Dimaklumkan bahawa keputusan temu duga jawatan Perancang Bahasa Gred S41 masih diperingkat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik dan keputusan sama ada calon temu duga berjaya atau simpanan atau tidak berjaya, akan dimaklumkan dalam tempoh 2 minggu selepas mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Melantik. Keputusan temu duga juga akan dimaklumkan melalui e-mel tuan/puan. Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama. | Lain-lain | 16.06.2021 |
Perkataan yang sesuai bagi menjelaskan tentang maksud amalan biasa pengisian jawatan atau bolehkah diguna perkataan keperjawatanan bagi menjelaskan maksud tersebut | Perkataan pengambilan atau perjawatan boleh digunakan bagi maksud pengisian jawatan. | Lain-lain | 13.03.2008 |
Selamat Pagi, Saya ingin mengetahui berkenaan nama unit di jabatan saya. Adakah nama unit "Unit Pengurusan Perhubungan Pelanggan" atau "Unit Pengurusan Hubungan Pelanggan" yang betul menurut untuk penggunaan dalam Bahasa Melayu. Semoga pihak tuan/puan dapat menjelaskan berkenaan perkara ini. Sekian, terima kasih. | Kata hubungan dan perhubungan mempunyai makna yang sama, walau bagaimanapun dalam bidang perjawatan ungkapan yang lazim digunakan ialah perhubungan seperti Pegawai Perhubungan Awam dan Pengurusan Perhubungan Pelanggan. | Tatabahasa | 09.09.2011 |
Di dalam organisasi kerajaan, penggunaan perkataan "INCAS" digunakan bagi merujuk kepada ketua sekumpulan kecil pekerja dalam kerja. Dalam kamus PRPM, saya tidak menjumpai perkataan ini. Saya difahamkan ia adalah sebutan asal daripada perkataan Inggeris iaitu "In-Charge". Apakah perkataan yang sesuai di dalam Bahasa Melayu yang boleh menggantikan perkataan "INCAS"? | Kata yang dicadangkan ialah penyelia atau penanggungjawab. Penggunaan kata ini bergantung kepada kesesuaian makna dan konteks perjawatan di sesebuah organisasi atau institusi. | Lain-lain | 12.07.2023 |