Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumpa
Kata Terbitan : berjumpa, menjumpai, memperjumpakan, terjumpa, perjumpaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah ayat-ayat ini boleh/sesuai digunakan dalam penulisan. 1.Perjumpaan Pegawai Jabatan Pendidikan Bersama Pegawai PPD. 2.Perjumpaan Pegawai Jabatan Pendidikan Bersama-sama Pegawai PPDAyat yang betul:

Perjumpaan Pegawai Jabatan Pendidikan Bersama-sama Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Lain-lain20.04.2021
Perjumpaan itu diadakan adalah untuk berbincang tentang segala masalah yang dihadapi oleh persatuan ituPerjumpaan itu diadakan adalah untuk membincangkan segala masalah yang dihadapi oleh persatuan ituTatabahasa17.06.2014
Tuan, bolehkah menerangkan kepada saya perbezaan penggunaan perkataan penjumpaan dan perjumpaan. Tolong berikan ayat contoh. Sekian, terima kasih.Penjumpaan ialah perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: Penjumpaan emas di California telah menarik para pelombong ke sana.

Perjumpaan pula ialah hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: Perjumpaan itu telah diadakan di Balai Budaya.
Tatabahasa19.05.2013
apakah definisi forum?Makna bagi perkataan forum ialah perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka. Harap maklum.Makna19.08.2007
Assalamualaikum. Saya kurang jelas beza perkataan FORUM dan PERSIDANGAN. Mohon penjelasan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat  forum  ialah perjumpaan untuk perbincangan terbuka tentang perkara yang menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis dalam bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan untuk perbincangan terbuka  3. tempat perjumpaan umum untuk perbincangan terbuka. Persidangan merujuk kepada perjumpaan (untuk membincangkan sesuatu), mesyuarat, rapat: masing-masing yang hadir dalam ~ tersebut mempunyai tafsir­annya tersendiri terhadap dasar itu; Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menangguhkan ~ yang sedang membahaskan krisis di Timur Tengah;Makna15.10.2015
Pengertian ' forum' dan sejarah perkembangannya di Malaysia

 

Maksud FORUM 

  • 1. perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka.
  • Lain-lain11.02.2008
    maksud 'persidangan'. secara abstrak.Perkataan persidangan bermaksud perjumpaan untuk membincangkan sesuatu, mesyuarat, rapat. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna17.07.2008
    Ayat ang mana lebih gramatis dan betul penggunaannya. 1. Perjumpaan aktiviti kokurikulum akan diadakan seminggu sekali. 2. Perjumpan aktiviti kokurikulum akan diadakan sekali seminggu.Kedua-dua ayat boleh digunakan.Tatabahasa23.01.2008
    Salam sejahtera, Adakah frasa yang betul adalah penemuan artifak atau perjumpaan artifak?Frasa yang betul ialah "penemuan artifak".Lain-lain13.06.2024
    Salam, apakah perbezaan seminar, kolokium dan wacana?Seminar dan kolokium ialah perjumpaan untuk menyelidik dan memperbahaskan se­suatu masalah di bawah pimpinan orang-orang yang ahli dalam hal itu. Wacana ialah perbincangan atau pertukaran idea secara lisan.Makna30.10.2014
    123

    Kembali ke atas