| Benarkah ayat ini : Amir menjemput adik dan saya ke majlis perkahwinannya. Betul ataupun tidak perkataan menjemput digunakan,atau perkataan mengundang lebih tepat? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan, menjemput bermaksud: 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong; dan 2. mengajak atau mengundang. Oleh itu, dalam konteks ayat tersebut perkataan menjemput atau mengundang kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
| Salam sejahtera, saya ingin bertanya tentang pertukaran ayat biasa kepada ayat songsang. Jika soalan saya berbunyi (1) Sazali terpakasa menangguhkan perkahwinannya kerana menghadapi masalah kewangan. (2) Pasangan penggantin diraja duduk di atas peterana sebaik-baik sahaja diarak oleh pasukan kompang. (3) Dia menonton bola sepak di Stadium. Apakah jawapan yang betul bagi ketiga-tiga soalan di atas? Soalan saya yang kedua ialah adakah Ayat Susunan Songsang tidak mempunyai makna? atau sebahagiannya mungkin tidak ada makna? Soalan saya yang ketiga ialah pernah pihak DBP menjawab soalan saya yang berbunyi menukarkan ayat pasif (Baginda menganugerahi pahlawan itu bintang kehormat) kepada ayat pasif (Pahlawan itu dianugerahi bintang kehormat oleh baginda). Jika mengikut hukum objek tepat dan objek sipi, bagaimanakah jawapan yang diberikan oleh DBP bagi soalan "Saya menghadiahi Ali sebuah basikal" akan menjadi Sebuah basikal dihadiahi saya? Bukan ke bagi orang pertama formula atau penyusunan binaan ayat pasif mesti "Kata ganti nama pertama atau kedua diikuti kata kerja"? Bukan ke jawapan yang sebenarnya harus berbunyi "Ali saya hadiahi sebuah basikal" yang sememangnya ikut hukum tatabahasa (objek tepat dan objek sipi serta hukum binaan ayat pasif bagi pelaku I dan II? Sekian, terima kasih. | Saudara, 1. Kerana menghadapi masalah kewangan Sazali terpaksa menangguhkan perkahwinannya. 2. Sebaik-baik sahaja diarak oleh pasukan kompang pasangan pengantin diraja duduk di atas peterana. 3. Di stadium dia menonton bola sepak . Susunan yang betul ialah ' Ali saya hadiahi sebuah basikal'. Mungkin jawapan yang diberikan oleh petugas sebelum ini tidak lengkap. Maaf atas kesulitan yang berlaku. | Tatabahasa | 13.08.2010 |
| maksud anak kandung,anak tiri,anak angkat | terima kasih kerana menghubungi knbdbp.- anak kpd isteri atau suami (seseorang) drpd perkahwinannya yg terdahulu ini dikatakan anak tiri manakala anak angkat ialah Anak orang lain yang tidak mempunyai pertalian darah yang diambil untuk dipelihara dan dibesarkan secara sah mengikut undang-undang atau adat seperti anak sendiri. manakala anak kandung adalah anak sendiri.
| Istilah | 21.10.2009 |
| Apakah takrifan yang lengkap bagi: 1-Anak tiri tanggungan 2-Anak Pelihara 3-Anak angkat yang diambil mengikut undang-undang; 4-Anak angkat de facto 5-Anak Orang Kurang Upaya. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih. | Dari segi bahasa, anak tiri ialah anak kepada suami atau isteri hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu (bukan daripada darah daging sendiri). Bagi jenis anak yang lain seperti yang puan senaraikan tidak ada dalam data kami. Istilah yang mempunyai implikasi undang-undang sewajarnya dirujuk dengan pihak yang berkaitan undang-undang juga. | Istilah | 25.11.2014 |
| apakah perbezaan antara“mengajak”dengan “menjemput” “sofian menjemput Ali pergi ke perpustakaan ”ayat ini betul tak?ribuan terima kasih | Mengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi. Menjemput pula menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian; 3. Mn mengambil seseorang utk dijadikan menantu: Dari segi makna, kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. | Makna | 14.06.2016 |
| saya ingin bertanya tentang tatabahasa. berapakah jenis-jenis ayat tanya yang terdapat dalam penggunaan tatabahasa? dan apakah jenis-jenis ayat tanya tersebut? berharap agar pihak anda dapat memberi penerangan dengan lebih lanjut. kerjasama anda sangat saya hargai.Terima kasih. | Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Ali hendak ke mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 30.01.2011 |
| Bolehkah sekiranya saya menggunakan di mana pada penghujung ayat. Seperti Dahan pokok mangga itu jatuh di mana? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih. | Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Abang kamu belajar di mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 28.05.2020 |
| Selamat sejahtera tuan. Mudah-mudahan tuan berbahagia setiap hari. Pinta jasa baik dan kudrat bahasa tuan dalam penyelesaian soal saya ini. Soal yang saya muatkan dalam WordPad ini terlalu ketara ditemui dan jika salah, perlu dipinda belum membudaya sehingga rumus yang betul disalahkan, rumus yang salah dibetulkan. | Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Ali hendak ke mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 15.10.2016 |