| saya memesan kopi manakala adik memesan teh. adakah penggunaan 'manakala' di atas betul ? | Dalam sumber rujukan kami, tanda koma sebelum perkataan manakala boleh ada dan boleh juga tiada. Lazimnya bagi perkataan manakala yang bermaksud tetapi didahului tanda koma. | Ejaan | 27.09.2012 |
| Adakah dibolehkan memulakan sesuatu ayat dengan perkataan "Manakala"? | Manakala" ialah kata hubung dan boleh digunakan pada permulaan ayat dengan syarat ada kesinambungan wacana dengan ayat yang sebelumnya. | Tatabahasa | 12.03.2014 |
| Bolehkah menggunakan perkataan 'manakala' dal membina ayat majmuk? | Kata manakala digunakan dalam ayat majmuk, iaitu apabila menghubungkan ayat pertama dengan ayat kedua yang membawa maksud pertentangan. | Tatabahasa | 12.04.2014 |
| Selamat pagi, admin. Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan manakala, adakah perlu tanda koma selepasnya atau tidak perlu? Mohon penjelasan pihak dbp. Terima kasih. | Manakala merupakan kata hubung dan tidak memerlukan tanda koma selepasnya. | Tatabahasa | 15.05.2020 |
| Saya igini bertanya tentang penggunaan tanda baca koma (,) dalam ayat untuk kata hubung "manakala" dan "tetapi" kerana saya lihat ada sesetengahnya meletakkan tanda koma sebelum penggunaan kata hubung tersebut. Mohon penjelasan tentang kekeliruan ini. Terima Kasih | Dalam sumber rujukan kami, tanda koma sebelum perkataan manakala boleh ada dan boleh juga tiada. Lazimnya bagi perkataan manakala yang bermaksud tetapi didahului tanda koma. | Ejaan | 23.07.2015 |
| Selamat sejahtera, Perkataan "manakala" dikelaskan sebagai kata apa? Kata hubung atau boleh dikelaskan sebagai penanda wacana? Jika digunakan di hadapan ayat, perlukah diletakkan tanda koma? Ayat Contoh: Manakala, kurniaan mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada Jesus ialah bukti kenabian Jesus. Terima kasih. | Manakala merupakan kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Sehubungan dengan itu, perlu diletakkan di tengah-tengah ayat. Contohnya, “Dia duduk di samping ayahnya, manakala adiknya duduk di hadapan ibunya.” | Tatabahasa | 22.01.2020 |
| Bagaimanakah cara mengira jumlah perkataan dewan serba guna dan wakil rakyat. Boleh beri penjelasan | Dewan serba guna mempunyai tiga perkataan, manakala wakil rakyat mempunyai dua perkataan. Kedua-duanya perlulah dipisahkan. | Ejaan | 23.06.2021 |
| 1) Ingin tahu bahawa cara memastikan perkataan majmuk . Contohnya, kereta api / hal ehwal, adalah dalam dua perkataan, manakala ,contohnya ' titikberat' dalam satu perkataan. Bagaimana mengenalpastikan perkataan majmuk dalam satu atau dua perkataan? 2)Di manakah tempat buku tatabahasa keluaran DBP edisi terbaru dapat dibelikan ataupun edisi elektronik boleh didapatkan? | 1) Untuk mengetahuinya, puan boleh membuat rujukan melalui Kamus Dewan atau carian http://prpm.dbp.gov.my/ 2) Puan boleh menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP melalui talian 03-41012409 / 2476. | Lain-lain | 17.05.2018 |
| Selamat sejahtera. Tolong nasihat sama ada ayat-ayat berikut betul atau salah: 1. Para penduduk bergotong-royong untuk membersihkan sungai di Kampung Selamat. *Adakah perkataan "penduduk" membawa maksud jamak? 2. Ali dan Ahmad suka makan roti canai manakala Abu suka makan nasi lemak. *Perkataan "manakala" betul penggunaannya atau perlu diganti dengan perkataan "tetapi"? Sekian, terima kasih. | 1. Penduduk lazimnya membawa maksud jamak, ayat yang betul penduduk bergotong-royong untuk membersihkan sungai di Kampung Selamat. 2. Penggunaan kata hubung "manakala" dalam ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 05.04.2016 |
| 1. Apakah perbezaan antara "sementara" dengan "manakala"? 2. Kaum lelaki membersihkan kawasan balai raya________kaum wanita pula menyediakan makanan dan minuman. A. Sementara B. Manakala C. Serta Apakah jawapan bagi soalan ini? | Sementara dan manakala, kedua-duanya ialah kata hubung pancangan keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Lazimnya kata sementara digunakan dalam situasi ayat yang membawa maksud dalam tempoh atau dalam waktu tertentu, contoh ayat: Lebih baik berjagung-jagung, sementara menanti padi masak; dan perkataan manakala digunakan dalam ayat yang membawa maksud waktu atau pada ketika tertentu, contoh ayat: Dia tersenyum, manakala melihat adiknya tidur. Daripada penjelasan tersebut, perkataan yang paling tepat digunakan dalam tersebut ialah manakala. | Tatabahasa | 21.12.2013 |