Cikgu, maksudnya segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan termasuk semua awalan meN-, ber- dan di- perlulah dijarakkan perkataan atau dipisahkan perkataannya. Seperti: mengulang kaji dan bersatu padu? Dan segala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan termasuk semua apitan seperti ke-...-an, peN-...-an, pe-...-an, meN-...kan, meN-...-i, TIDAK PERLU dijarakkan atau dipisahkan perkataannya seperti pengemaskinian (peN-...-an), pengulangkajian (peN...an), menguatkuasakan (meN-...-an), dikuatkuasakan (di-...-kan), mengurusniagakan (meN-...-kan) dan menyatupadukan (meN-...-kan)? Ada contoh kata kerja majmuk yang diimbuhkan "ke-...-an" yang tidak perlu dijarakkan atau dipisahkan perkataannya tak? Natijahnya, kata kerja majmuk yang menerima bentuk awalan perlu dieja terpisah, manakala kata kerja majmuk yang menerima bentuk apitan perlu dieja bercantum? | Kata majmuk yang menerima awalan (seperti di-, ber-) atau akhiran (seperti -nya, -kan) dieja sebagai dua perkataan, seperti berterima kasih dan urus setianya. Walau bagaimanapun kata majmuk yang menerima apitan (seperti peN-...an, ke-...-an, meN-...-kan) dieja sebagai satu perkataan, seperti pengemaskinian, keluarbiasaan dan mengurussetiakan. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Cikgu, berdasarkan buku Tatabahasa Dewan: Jika kata kerja majmuk diimbuhkan dengan awalan, perkataannya TIDAK perlu dipisahkan atau dijarakkan. Jadi, jika awalan "meN..." diimbuhkan pada perkataan "ulang kaji", akan dijadikan "mengulang kaji" atau "mengulang kaji"? Saya bertanya demikian kerana saya ternampak buku tersebut hanya memberikan contoh awalan "ber..." yang diimbuhkan pada kata kerja majmuk sahaja perkataan -nya perlu dijarakkan. Tolong berikan contoh awalan yang diimbuhkan pada kata kerja majmuk yang perkataannya perlu dijarakkan. | Pada asalnya kata majmuk dieja dua perkataan seperti kuat kuasa dan kemas kini. Apabila menerima awalan atau akhiran kata majmuk masih deja dua perkataan seperti berkuat kuasa dan dikemas kini. Namun apabila kata majmuk menerima apitan sama ada apitan ke-...-an atau pe-...-an barulah dieja satu perkataan seperti dikuatkuasakan dan pengemaskinian. | Tatabahasa | 07.05.2014 |
Slogan mana yang betul penggunaan perkataannya ? i) Integriti sifar rasuah atau ii) Integriti menuju sifar rasuah Terima kasih | Pada pandangan kami, “Integriti Menuju Sifar Rasuah” lebih sesuai digunakan. Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 20.06.2017 |
Apakah dialek yang paling banyak dipinjam perkataannya sebagai bahasa standard? Adakah dialek Johor? | Dialek Johor-Riau menjadi asas kepada pembentukan bahasa Melayu standard atau baku di Malaysia. Sekiranya tuan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai dialek ini, tuan boleh mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. | Istilah | 07.10.2014 |
Tuan, Bolehkah saya tahu apakah istilah atau perkataannya meletakkan tuala pada leher? Mengalungkan? Melilitkan? atau perkataan lain ang lebih tepat. Apakah pula istilahnya 'Tukang gunting itu __________sehelai tuala pada bahu pelanggannya sebelum mula menggunting rambut.' Sekian, terima kasih. | Perkataan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah meletakkan tuala di atas bah. Jika tuala tersebut dililit di lehernya, perkataan yang sesuai ialah lilit. | Tatabahasa | 04.06.2010 |
Tuan, Perlu atau tidak soalan yang dibina diulang-ulang perkataannya seperti berikut: "Ita hendak minum susu atau minum Milo?" tanya ibu kepada adik. | Bagi ayat tersebut, tanda soal perlu. Harap maklum. | Tatabahasa | 22.07.2008 |
bagaimanakah sekiranya saya ingin menulis sebuah karangan yang patah perkataannya sebanyak antara 3000 hingga 6000 patah perkataan tanpa sebarang kesalahan tatabahasa? | Untuk tujuan tersebut saudara perlulah menguasai tatabahasa bahasa Melayu dan sentiasa merujuk buku tatabahasa yang sedia ada di pasaran seperti Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Lain-lain | 20.06.2008 |
Assalamualaikum tuan/puan, saya mohon bertanya bagaimana untuk menulis sekiranya bentuk perkataannya ada sempang @ palang seperti di dalam ayat di bawah : Per : Kelulusan Jawatankuasa Latihan Bagi Semua Program/Aktiviti Latihan Peingkat Dalaman/Luaran Di UiTM (Pahang) Adakah perkataan - program/aktiviti ditaip seperti di atas atau sepatutnya (yang betul) ditaip seperti ini - program / aktiviti (ada jarak antara perkataan dan sempang)? Terima kasih | Kelulusan Jawatankuasa Latihan bagi Semua Program/Aktiviti Latihan Peringkat Dalaman/Luaran di UiTM Pahang. | Tatabahasa | 16.04.2015 |
Salam sejahtera. Jika "Hari Kanak-kanak" ditulis dengan huruf besar pada permulaan perkataannya, saya mengandaikan "Hari Ibu" juga sedemikian. Namun, berdasarkan kamus dewan, ditulis dengan huruf kecil iaitu "hari ibu". Mohon pandangan tuan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah Hari Kanak-kanak dan Hari Ibu kerana kedua-duanya nama khas bagi hari yang tertentu. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Ejaan | 26.07.2012 |
selain daripada imbuhan sisipan -el-, -er- dan -em-, apa lagi yang wujud beserta contoh perkataannya? | Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terdapat tiga bentuk sisipan kata nama (KN), iaitu -em-, -el-, -er-, dan empat bentuk sisipan kata adjektif (KAdj), iaitu -em-, -el-, -er-, dan -in-. Contoh: 1. Sisipan -em-: KN kuning - kemuning, KAdj serbak - semerbak 2. Sisipan -el-: KN tapak - telapak, KAdj geman - geleman 3. Sisipan -er-: KN gigi - gerigi, KAdj godak - gerodak 4. Sisipan -in-: Setakat ini hanya terdapat satu kata terbitan yang terhasil dengan bentuk sisipan -in-, iaitu sambung - sinambung. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 131 dan 237 untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 26.07.2021 |