Adakah slogan ini betul dari sudut maksud nya itu sendiri. Tranformasi bervisi peneraju altruistik mahasiswa | Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, maksud perkataan pada slogan di atas adalah seperti yang berikut: 1. transformasi - perubahan bentuk, rupa, sifat, keadaan dan sebagainya sesuatu sistem, pentadbiran dan sebagainya 2. visi - pandangan jauh, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara; wawasan 3. peneraju - orang atau pihak yang menerajui 4. altruistik - suka mengutamakan kebajikan atau kebahagiaan orang lain lebih daripada diri sendiri 5. mahasiswa - pelajar atau penuntut di universiti Slogan ini perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaannya. | Makna | 26.01.2023 |
maksud kekangannya | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kekangan bermaksud 1. besi bergerigi yg dikenakan pd mulut kuda (utk mengendalikannya), kendali; 2. = tali ~ tali drpd kulit dll utk mengendalikan kuda; 3. ki sesuatu (spt undang-undang dll) yg digunakan utk mencegah keburukan (kejahatan dll), larangan: terdapat ~ yg akan menimpa perkembangan bahasa; ~ yg mengikat mereka sudah tidak ada lagi. Unsur "nya" yang ditambah pada perkataan kekangannya hanyalah berfungsi sebagai penekan. | Istilah | 15.03.2010 |
Saya mempunyai beberapa soalan di sini. 1) Saya ingin kepastian penggunaan perkataan DARI dan DARIPADA secara betul. 2) Saya juga ingin kepastian makna dan kesesuaian perkataan itu digunakan contoh seperti perkataan sayugia, waima dan natijah. Terima kasih di atas ulasan pihak tuan. | 1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas, sebahagian DARIPADA pelajar sekolah itu sudah pulang ke kampung, Ali lebih tinggi DARIPADA Ahmad. 2. Ejaan yang betul ialah seyogia, daripada perkataan yogia. Seyogia membawa makna sepatutnya, selayaknya, semestinya. Contoh ayat: jikalau tuan hendak belayar, seyogianya hamba dibawa. Waima berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud sama ada, walaupun. Contoh ayat: apa pun yg dibuat manusia, ~ dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan. Natijah: keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat. Contoh ayat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu. | Tatabahasa | 30.11.2010 |