Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perkembangannya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pegawai perkembangannya sastera DBP utara.Soalan tidak difahami. Mohon kemukakan soalan dengan lebih jelas.
Lain-lain14.02.2022
ASAL USUL LOGHAT UTARA DAN LOGHAT KELANTAN SERTA PERKEMBANGANNYAWujudnya bahasa dialek atau loghat ini disebabkan oleh tempat berasingan. Apabila penutur-penutur terpisah oleh sekatan-sekatan tertentu seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sebagainya, maka tiap-tiap kumpulan mempunya sejarah perkembangannya sendiri, termasuk perkembangan aspek-aspek bahasa. DAlam jangka masa yang panjang ciri-ciri perbezaan menjadi makin nyata, dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada genarasi seterusnya. Pada suatu ketika bahasa Melayu dipercayai terdiri daripada satu variasi tetapi telah berkembang menjadi dialek-dialek berasingan dan keadaan ini berkekalan sehingga sekarang. Oleh itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan asal-usul loghat utara dan Kelantan, sila rujuk buku-buku yang berkaitan.Lain-lain18.08.2006
Perkembangan bahasa Melayu selepas kemerdekaan, dari segi perkembangannya sendiri, peranan dan status, dalam perlembagaan dan peranan dalam masyarakat Malaysia. Terima kasih.

 

Bahasa Melayu : satu singkapan ringkas sejarah dan perkembangannyaRahim AmanPelita Bahasa01/02/1999

Kajian dan perkembangan bahasa MelayuAsmah OmarPelita Bahasa01/05/1992
Lain-lain17.01.2008
setiap budaya mempunyai sejarah perkembangannya sendiri. Berikan sejarah perkembangan Kebudayaan Melayu dan huraikan bagaimana ciri-ciri kebudayaan mempengaruhi perkembangan kebudayaan Melayu.

Saudari boleh merujuk  pada bahan seperti dibawah :

1. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan MElayu terbitan DBP tahun 1999

Lain-lain20.04.2008
Pengertian ' forum' dan sejarah perkembangannya di Malaysia

 

Maksud FORUM 

  • 1. perjumpaan utk perbincangan terbuka tentang perkara yg menjadi kepentingan awam: Berita Harian akan menganjurkan sebuah majlis ~ dlm bahasa Kebangsaan; 2. perantaraan utk perbincangan terbuka, mis majalah; 3. tempat perjumpaan umum utk perbincangan terbuka.
  • Lain-lain11.02.2008
    apakah fungsi dewan bahasa dan pustaka semenjak ia ditubuhkan sehingga sekarang?bagaimana sejarah penubuhan dan perkembangannya sehingga kini?saya juga ingin mengetahui misi dan visi dbp.Saudari boleh merujuk laman web DBP di http://www.dbp.gov.my untuk semua soalan yang dikemukakan dan maklumat-maklunat lain yang diperlukan. Sejarah penubuhan DBP termasuk objektif penubuhan,  visi dan visi boleh didapati di bawah tajuk Organisasi di seksyen pengenalan/profil.  Bagaimanapun bersama ini disertakan juga maklumat yang diperlukan untuk makluman. Terima kasih.Lain-lain19.02.2008
    Salam; apakah perkataan Maqasid Syariah merupakan kata nama khas?

    Maqasid al-Shariah merupakan istilah yang mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri.

    Untuk maklumat lanjut, boleh rujuk pautan ini.  (PDF) Pemakaian Maqasid al-Shari’ah (Objektif Syariah) Sebagai Seismograf Dalam Penilaian Isu Semasa (researchgate.net)

    Lain-lain14.11.2021
    Faktor-faktor campurtangan British di Tanah MelayuKedatangan British ke Tanah Melayu adalah kerana faktor ekonomi, agama dan ingin mencari kemasyhuran. Berikutan Revolusi Perindustrian, England memerlukan bekalan bahan mentah seperti bijih timah, rempah dan getah. Dari segi agama pula, berikutan Perang Salib di Eropah, kuasa - kuasa Barat cuba melemahkan perkembangan agama Islam walau di mana juga pusat perkembangannya.  Selain itu, kuasa-kuasa Barat berlumba-lumba mencari tanah jajahan bagi mendapatkan kemasyhuran sebagai satu kuasa dunia yang gagah. Tanah jajahan juga menjadi tempat memasarkan barangan keluaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Sejarah Malaysia Sepintas Lalu oleh Zainal Abidin Abdul Wahid et.al., buku Malaysia oleh Rupert Emerson, dan lain-lain. Lain-lain01.03.2008
    Apakah yang dimaksudkan dengan dialek dan bagaimana ia terjadi?

    Dialek ialah jenis bahasa yang digunakan dalam percakapan di sesuatu daerah atau bahagian negeri yang mempunyai pelat sebutan yang khas bagi daerah itu, yang berbeza pula daripada sebutan-sebutan umum yang digunakan di negara ini.  Contohnya dialek Kelantan; dialek Kedah;dialek Negeri Sembilan dan sebagainya. Dialek ini terjadi kerana faktor geografi ataupun daerah.Apabila penutur terpisah oleh sekatan-sekatan geografi seperti gunung-ganang, hutan rimba, dan sungai-sungai, maka setiap kumpulan mempunyai sejarah perkembangannya yang tersendiri, termasuk perkembangan aspek bahasa.Dalam jangka masa panjang, ciri-ciri iperbezaan menjadi semakin nyata dan ini dikekalkan daripada satu generasi kepada generasi yang seterusnya. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 35. Terima kasih.  

     

    Lain-lain14.01.2009
    Bolehkah diperjelaskan perbezaan antara STRATEGI dengan STRATEGIK.Untuk membezakan kata strategi dan kata strategik, anda perlu tahu makna yang terkandung dalam kata tersebut. Sila fahami takrif kedua-dua kata ini seperti yang terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) di bawah:

    strategi kata nama
    1 perancangan yang dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor atau aspek, dan disertai oleh persediaan yang rapi dan teliti untuk mencapai matlamat atau tujuan yang diingini.
    Contoh penggunaan:
    a. Strategi yang berkesan dapat membantu meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi.
    b. Dalam diam, dia memikirkan beberapa strategi bagi mengatasi pesaingnya.

    2 ilmu merancang dan melaksanakan tindak-tanduk peperangan, penaklukan dsb:
    Contoh penggunaan:
    Ada ketikanya strategi perang perlu dirahsiakan.

    3 taktik atau kaedah dalam peperangan untuk menyerang musuh:
    Contoh penggunaan:
    Kemenangan dalam sesuatu peperangan terletak pada strategi dan bukannya pada ramainya tentera yang terlibat.

    4 bahasa basahan
    siasat atau muslihat untuk mencapai sesuatu maksud.

    strategik kata adjektif
    1 (berkenaan kedudukan sesuatu) baik, elok atau sesuai letaknya:
    Contoh penggunaan:
    a. Poster dipasang di lokasi yang strategik untuk publisiti yang lebih luas.
    b. Kedudukan Melaka yang strategik dari segi perdagangan dan keselamatan 
    membantu perkembangannya sehingga terkenal di Timur dan Barat.

    2 dalam keadaan berhubungan atau berdasarkan strategi:
    Contoh penggunaan:
    Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi.

    Setiap kata mempunyai makna dan kelas kata yang tertentu mengikut konteks dan penggunaannya.

    Untuk carian pantas berkaitan kata dalam bahasa Melayu, sila layari prpm.dbp.gov.my.
    Makna19.09.2023
    12

    Kembali ke atas