Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.ke.na.lan] | ڤرکنلن

Definisi : 1. perihal (perbuatan dll) mem­perkenalkan (seseorang kpd seseorang yg lain): orang itu mengangguk-angguk tanda bersedia menerima ~ itu; surat ~ surat kenal­an; 2. perihal berkenalan, perhubungan (pergaulan dsb) sbg sahabat: ~ kami memang sudah lama; semenjak ~ kami malam itu, tidak pernah aku berjumpa lagi dengannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.ke.na.lan] | ڤرکنلن

Definisi : perihal berkenalan: ~ itu telah menjalin satu hubungan mesra antara mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kenal (kata kerja)
Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;,
Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Bolehkah penggunaan antara dan sesama dalam satu ayat? Contohnya: Proses perkenalan antara sesama pasangan mestilah diusahakan .... Tidakkah menunjukkan kelewahan bahasa?Frasa 'antara pasangan' lengkap dari aspek binaan frasa, iaitu kata sendi nama 'antara' diikuti kata nama 'pasangan'. Merujuk contoh yang diberikan, ayat tersebut boleh menjadi Proses perkenalan antara pasangan mestilah diusahakan atau Proses perkenalan sesama pasangan mestilah diusahakan.Tatabahasa13.03.2012
saya ingin membuat pertanyaan perkenalan panda tanda yang terletak di permise perniagaan saya. harap dapat bantuan cara untuk permohonan.Khidmat pengesahan penggunaan bahasa Melayu dalam visual iklan diberikan melalui dua (2) cara, iaitu secara dalam talian dan secara kunjungan kaunter. Untuk pengesahan dalam talian, tuan perlu mendaftar melalui portal DBP Sah Bahasa, iaitu www.dbpsahbahasa.my.  Untuk pengesahan bahasa melalui kunjungan kaunter,  anda boleh datang ke Kaunter Pengesahan iklan di Lobi DBP, Menara DBP KL atau di mana-mana kaunter Pejabat DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Utara, DBP Wilayah Timur dan DBP Cawangan Sabah dan Sarawak.  Jika anda memerlukan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, sila hubungi kami melalui talian 03-2147100/200/300.Lain-lain10.04.2019

Kembali ke atas